Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2010

My 2nd Pregnancy Journey - Amalan Semasa Mengandung

Amalan yg elok diamalkan semasa mengandung. Ni enrty REMINDER!! utk Momma so that dpt memberikan yang terbaik demi "Adik D" walaupun momma kadang2 terlalai & terleka. Info2 nih melalui pembacaan buku-buku, majalah & blog hoping from BabyIbu & Yatiechomel . Thanks sbb you all sudi sharing. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38 ) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41) Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan) Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin) Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak) Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa) Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat) Surat Toha (Semoga bayi lembut

Ibu bapa punca anak kurang selera makan?? Yer ke??!

Kanak-kanak mesti dilatih lebih awal supaya mereka biasa dengan pelbagai sayur, buah-buahan Kita sering mendengar keluhan daripada ibu bapa yang mengatakan anak mereka kurang selera makan. Kebimbangan mereka memuncak apabila mendapati berat anak mereka terus menurun. Sebagai ibu bapa kita perlu faham bahawa terdapat pelbagai faktor menyebabkan selera makan kanak-kanak berkurangan. Antaranya faktor makanan itu sendiri, rasanya, penyajian kurang baik, menu makanan tidak menarik dan tidak bervariasi. Selain itu, masalah anak tidak mahu makan terutama pada usia antara 1 hingga 3 tahun juga dipengaruhi sikap ibu bapa yang memaksa anak mereka makan dalam jumlah tertentu. Perlu disedari, paksaan boleh menyebabkan anak marah dan memberontak ketika diberi makan. Dalam menghadapi keadaan begini, kesabaran amat diperlukan dan ibu bapa wajar memberi kasih sayang seperti memujuk dengan lemah lembut. Kurang selera makan dalam jangka masa yang lama pada kanak-kanak boleh membahayakan kesihatannya s

Penyusuan Ibu Eksklusif 6 bulan Pertama

- fr susuibu.com - WALAUPUN kempen penyusuan ibu baru sahaja berakhir, namun usaha untuk menggalakkan lebih ramai ibu menyusukan bayi mereka masih diteruskan. Ini kerana kelebihan menyusukan bayi sendiri adalah yang terbaik dan tiada tandingannya. Ia bukan sahaja bagus untuk si manja malah bagi ibu itu sendiri. Menurut Pakar Perunding, Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Madya Dr. Jamiyah Hassan, sungguhpun sudah ada kesedaran di kalangan ibu-ibu menyusukan bayi mereka tetapi ternyata ia tidak mencukupi. “Paling penting, mereka perlu menyusukan bayi mereka secara eksklusif sekurang-kurangnya enam bulan pertama, barulah dikatakan matlamat menyusukan bayi itu tercapai dan memberi kesan yang cukup positif pada bayi,'’ ujar Dr. Jamiyah. Jelas beliau, penyusuan eksklusif ini bermaksud, hanya susu ibu diberikan kepada bayi dalam tempoh enam bulan itu tanpa sokongan makanan atau minuman lain (termasuk air masak). Makanan tambahan hanya dimulakan

Children's Book Giveaway by Little Red Reading Nook

Contest Title: Children's Book Giveaway by Little Red Reading Nook Tarikh Tutup: 3 March 2010 Organise by: http://littleredreadingnook.blogspot.com/2010/02/childrens-book-giveaway-by-little-red.html Grand Prize : Maisy's Home & Garden Pop-up & Play Book Special BONUS prize : Children's Book Hamper Best blog entry : Hello Kitty Mystery Gift Hamper sponsored by Huiwearn Kids Store winner will be selected randomly (random.org) so the higher the number of entries you have, the better the chance of you winning. So what are you waiting for? Get those entries in QUICK! Huhu... What a spectacular carousel book opens out to an interactive 3-D setting that kids will want to visit again and again. Is what every child needs! Where to grab???!! Go to Little Red Reading Nook , a cosy book shop for the little ones. You can get price range as low as RM1 to RM60. So what are you waiting for? Visit them today !! Since this is a Children's books Giveaway, i would like to sh

"CUTEST BABY WITH CUTE MOM by MaMa_Aqish"

Tajuk Contest: "CUTEST BABY WITH CUTE MOM by MaMa_Aqish" Tarikh Tutup: 3 Mar 2010 Anjuran: MamaAqish at http://damiaqish.blogspot.com/2010/02/cutest-baby-with-cute-mom-by-mamaaqish.html Penaja : So Lovely Collection , LuvBabyFashion , dnurboutique , dnurjusmate5 & addacutecloth Nama Anak : Damia Azlan Nama Ibu : Azlin Umur anak : 1 tahun 7 bulan Umur Ibu : 31 tahun 1 bulan Nama Panggilan anak : Mia Nama Panggilan Ibu : Alin Ceritakan sedikit ape yang anda tahu mengenai blog mama_aqish It's all about mamaAqish nyer life with her dear hubby and her darling daughter cutie Aqish Sharing info & update about MEGA SALES around Malaysia Sharing tips about how to do blogging i.e tukar layout template, sticky mode, Nuffnang etc.. Paling best always friendly & murah hati organise CONTEST kenapa anda suka terjah blog mama_aqish (pendek pun tak pe) sbb MamaAqish rajin update blog sbb MamaAqish suke sharing good info & tips... tak kisah ler pasal blog atau pasal perk

Jaundis bayi undang risiko

Semoga kelahiran anak momma kali nih tak kena Jaundis, Amin!! Artikel nih dapat masa Damia kena Jaundis. Tak sanggup rasanya melihat baby kena rawatan fototerapi tuh. kesian sesangat!!! Nak baca details citer Damia Click SINI JAUNDIS merupakan penyakit yang biasa dialami bayi yang baru dilahirkan. Lazimnya ia dapat dikesan selepas 24 jam bayi itu dilahirkan. Hari ini, sekitar 50 peratus bayi yang dilahirkan mendapat jaundis. Biarpun jaundis adalah suatu penyakit yang biasa dihidapi bayi namun ia boleh menjejaskan kesihatan bayi. Jaundis yang teruk, jika tidak ditangani dengan betul boleh mengundang risiko. Bayi boleh menjadi pekak dan kemungkinan kerosakan otak. Pakar Kanak-kanak Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, Selangor Dr. Roliza Ibrahim dalam satu pertemuan, menasihatkan ibu bapa jangan memandang ringan penyakit jaundis ini. “Jaundis berbahaya sekiranya bayi itu menghidap jaundis yang teruk dan kesannya boleh dilihat dalam proses perkembangan fizikal dan mental bayi

To day is my Day!!

Alhamdulillah... today lepas subuh genap usia momma bertambah satu angka lagi, dah 30-an + 1 angka jadi ler 31 tahun dah isshhh2... tua dah ke??? Tahun nih juga merupakan tahun ke-2 momma celebrate Bufday dgn tittle MOMMA... lain tau celebrate zaman remaja, bujang, berkahwin & bertittle momma ni... wakaka... tak cayo sape yg blom kawin tuh cepat2 la kawin... hihi... Sesungguhnya momma bersyukur kerana masih lagi dipanjangkan usia utk menikmati hidup ini, mempunyai kesihatan yg baik utk terus berbakti & beramal kepada Nya, suami, kedua-ibu bapa & anak2 memiliki hubby yg loving, caring & understanding memiliki anak yg chomel & menceriakan Sesungguhnya momma berdoa, semoga dengan pertambahan usia nih, momma akan jadi orang yang lebih baik dari hari ini, semalam & tahun lalu... Semoga momma lebih bersyukur dengan nikmat Tuhan Semoga Tuhan memurahkan rezeki momma sekeluarga Semoga Tuhan menambahkan zuriat untuk momma sekeluarga Semoga hidup kami dilimpahi rahmat All

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin

Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.” Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Janganlah risau kerana takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat. Kurma juga ada banyak kelebihan, antaranya: Kaya dengan zat besi — sangat sesuai dimakan, terutama bagi

Jadikan Anak Sebagai Winner

Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2. Berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya... selamat mencuba! 1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik . Bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Apatah pulak kalau yang memanggil nama tak elok tu mak bapak sendri. Lagi la malu kan ? Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2. 2. Berikan anak anda pelukan setiap hari - ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk . Bila kita peluk dia setiap hari esp seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita senti

9 Cara Suami / Bapa Bantu Jayakan Penyusuan Susu Ibu

Artikel nih, momma muat turun from blog Farah Farhan @ mummy sara & syasya. Owner Sarakids. Momma like the topik sbb ia ditulis dari pengalaman seorang yg bernama suami, lebih tepat lagi suami kpd Farah iaitu Saudara Saiful Azwan ttg Peranan Suami/bapa dalam menjayakan Penyusuan Susu Ibu . Tak caya clik SINI .  Kepada cik Abang sayang... momma tahu abang baca blog momma. Jadi Momma tujukan khas untuk abang artikel nih for preparation/reminder untuk anak ke-2 kita. Momma tahu abang boleh... Luv u dear!! Blog Farah ni byk info-info & tips ttg breastfeeding, milk supply, mother support & parenting. Just click http://www.sarakids.com/blog/ utk layari blog beliau. Macam-macam ada... 1) Membuat Pilihan Bersama Isteri Untuk Melahirkan Anak di Hospital Rakan Bayi . Ramai suami mengeluh apabila membuat keputusan memilih hospital untuk isterinya bersalin. Semua suami mahu yg terbaik, tetapi kadang-kadang lupa apa aspek yg penting yg perlu diambil kira.  Hospital rakan bayi adal