17

Hari nih genap 8 hari kelahiran Dzakirah. Alhamdulillah, Dzakirah sihat & A.S.I pun ok cuma kekadang Dzakirah nih nk tido jer masa siang and tak mo minum susu. Risau gak kene Jaundice. Apa yang best hari ni 08.04.2010,

  • Tali Pusat Dzakirah dah tanggal. Cepat 1 hari compare dengan Damia. Damia dulu lahir 14.8.08 & t/pusat tanggal masa 22.08.08. Momma pernah terbaca kat blog Farah sarakids that petua orang tua-tua nak bagi anak2 rapat dan kurang bergaduh serta sayang antara satu sama lain, tali pusat mereka disimpan dalam satu sampul. Momma bukannya percaya sgt petua2 org lama nih cuma bg momma amik dr segi logiknya. Momma simpan dlm kotak nih & dibungkus. Simpan skali senang nk cari nnti sambil berdoa semoga ia akan merapatkan hubungan antara mereka. Semoga akak Damia & adik Dzakirah akan saling sayang menyayangi sesama mereka. Lagi satu petua menurut tukang urut, if anak demam bleh rendamkan tali pusat tuh + baca selawat & doa. Buat airmandian mereka. InsyaAllah dgn izin Allah akan redakan panas demam.


  • Abang dah register kelahiran Dzakirah di JPN. Sijil lahir dah ada just waiting for kad Mykid


Hari nih juga momma start mengurut dengan Kak Siti. Yang ni rekomen from DEMC Home Care kak Seri. Yang best kak Siti ni bleh datang sendiri tak yah nak mintak tolong dengan atuk untuk mengamik & menghantar, just tambah RM 10 untuk transport jer. ok la kan. Yuran mengurut hanya RM50. So total just RM60/day. Momma insyaAllah amik 3 hari dulu. So sesiapa yang nk guna khidmat kat Siti nih bleh menghubungi beliau di 016-6515400. Kak Siti tak suh promote pun, tp momma just nak sharing the info.


Hari nih juga demam Damia datang semula. Kelmarin Damia demam panas yg kuat. Tak bleh tido momma dgn nenek dibuatnya sbb Damia pun tak mo tido. Nak berdukung jer. Sian nenek. Nasib baik ada baby wearing Damia so nenek bleh pakai skali. Damia skarang nih pun makin susah bebenor nak makan ubat doktor. Habis dijuih and disembur2nya ubat yg dimasukkan tuh... Sian pun ada. Macam nak berperang jer bile time makan ubat. Sib baik abang ada utk layan all kerenah Damia tuh. Main lotion lumur satu kaki, tengok Barney kat lappy & jln2 naik buai.


Post a Comment

nieda said... April 8, 2010 at 9:02 PM

get well soon damia..mkn ubat syg nnti boleh main..bab tali pusat tu arwah opah saya mmg simpan satu tmpt kami 5 beradik...

Ummi Salsabila said... April 8, 2010 at 9:19 PM

chubbynya pipi baby..:P

bab tali pusat tu mmg betol kak.simpan satu bekas.

thanks for share tukang urut tu.in case ade emergency,le call dia.tq

get well soon mia.:)

Momma Mia said... April 8, 2010 at 9:46 PM

Thanks Nieda. Mlm ni baru berjaya masukkan semua ubat demam kat mulut dia. Macam2 umpan abah dia buat... tp ubat antibiotik dia tetap berjaya juih & sembur2kan. Geram jer

Momma Mia said... April 8, 2010 at 9:49 PM

Geramkan Raudhah @ US. Hihi.. tu la aksi Dzakirah everytime after nak burb lepas menyusu

Intan said... April 8, 2010 at 10:36 PM

Sian damia demam lak dia ye...agaknya demam penangan dpt adik kot nie. Get well soon kay sayang :)

Alooo bb bam-bam....muah cikit kat dia!!!

Mazatul Azura Muhamad said... April 8, 2010 at 11:31 PM

Ala kesiannya Damia.. Hopefully get well soon...

AshAnas said... April 8, 2010 at 11:38 PM

laa, siannya damia... kakak tgh cb biasakan diri ada adik baru la tu... get well soon damia shumil!

MamaDamia a.k.a Haiza said... April 9, 2010 at 2:04 AM

Tembamnya la pipi 'D' junior tu...geram je tengok...alala siannya 'D' senior demam ye sayang...aunty doakan Damia cepat sembuh ye nanti leh tolong momma jaga adik tu ye sayang...muacchh for both 'D'

firahadifa said... April 9, 2010 at 9:43 AM

macam mana damia bile dapat adik baru?? dia jeles x??

Siti said... April 9, 2010 at 10:51 AM

sian damia demam ye...semoga cepat sembuh sayang.
sama cam batrisyia dulu, susah betul nak mkn ubat

temp. housewife said... April 9, 2010 at 5:39 PM

congrats dgn baby baru. akk lama tak dtg sini. tengok2 dah ada baby. kesian yg kakak "Damia" pula yg tak sihat. cepat2 sihat ye Damia.

Momma Mia said... April 9, 2010 at 9:13 PM

Intan >> Agaknya kot. tapi macam nampak nk tumbuh gg geraham lagi. mmmmuuahhh tuk arissa bam bam gak!!

Momma Mia said... April 9, 2010 at 9:15 PM

Kak Mai, AshAnas >> tengkiu aunty2. Damia memang syg adiknya sgt. Everytime adik poh poh Damia yg tolong buang pampers kat tong sampah. rajin kakak nih

Momma Mia said... April 9, 2010 at 9:17 PM

Haiza >> thanx dear. Damia memang suka tenangkan bila adik Dzakirah menangis...

Momma Mia said... April 9, 2010 at 9:19 PM

Afida Arif >> Alhamdulillah Damia ni understanding u. tak jeles2, suka usap2 kepala adik dia bila adik nya menyusu sambil senyum2 simpul

Momma Mia said... April 9, 2010 at 9:20 PM

Siti >> Batrisya dulu buat cane biler tak mkn ubat? hari nih bw jumpa doktor & doc propose cucuk ubat antibiotik

Momma Mia said... April 9, 2010 at 9:30 PM

Nuradyani @ tem h/wife >> Thanks akak. susah hati gak bila kakaknya tak sihat. Sian tapi dua2 tak bleh lupa kan.

 
Top