Skip to main content

Susu sedikit?!! - Kaedah untuk menambah pengeluaran susu


(1) Tambahkan kekerapan dan masa mengepam
Pengeluaran susu ibu adalah berasaskan demand-supply, bermaksud semakin banyak demand semakin banyak supply yang dihasilkan. Tambah kekerapan menyusukan bayi secara terus sewaktu berada bersama bayi. Setiap kali selepas menyusukan, perah susu bagi menghantar mesej kepada badan untuk menghasilkan susu yang lebih banyak. Jangan kecewa sekiranya susu yang berjaya diperah tidak banyak, kerana tujuan asal adalah untuk menambahkan pengeluaran susu. Menurut kajian, susu lebih banyak dihasilkan pada waktu pagi. Oleh yang demikian, bangun pada pukul 3:00 atau 5:00 pagi untuk memerah susu.

(2) Menggunakan kaedah double-pumping
Sekiranya hanya mempunyai single-pump, anda boleh menyusukan bayi sambil memerah susu. Ramai ibu-ibu yang telah berjaya setelah mencuba kaedah ini. Kesabaran adalah penting kerana biasanya kesan hanya dapat dilihat selepas 2 minggu.

(3) Melalui pemakanan
Minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari
Air soya
Air barli
Jus pegaga
Air rendaman halba
Air rebusan longan kering (Boleh didapati di Giant)
Ulam jantung pisang
Lobak putih masak bening
Oats
Kurma
Madu
Milkmaid tea ( Boleh dibeli di kedai-kedai online)
Betik muda masak bening
Pil ASI

Berbincanglah dengan pakar sekiranya susu masih tidak mencukupi. Elakkan daripada meminta pendapat orang yang kurang pengetahuan tentang penyusuan susu ibu. Kini terdapat ramai pakar laktasi yang boleh memberikan nasihat secara percuma. Contohnya Puan Kamariah tuan punya Susuibu.com , Farah Farhan Sarakids or Suraya Lunatots.


.
.
sumber : http://susu-terbaik.blogspot.com/search/label/Persoalan


Comments

Nia said…
Thanks for the info dear! Kalau ada rezeki lagi lps ni, i mmg nak try fully BF.
Mazatul azura said…
Alhamdulillah... saya dulu memang susu tak berapa nak banyak.. so, tiap kali lepas minum, start pump walaupun quantity yg keluar tak banyak.. Sekarang, cukup memuaskan hati.. Ikut konsep belajar ekonomi "High demand, high supply"..
alinalan said…
Nia @ unlisted one >> InsyaAllah. Sempat lagi Nia utk bb 2010
alinalan said…
Kak Mai >> huhu mesti stok dah byk dlm peti sejuk... biler start keje? Wah lepas nih meriah geng2 mengepam ASI
Anonymous said…
yeah..
really great info

kita pun for 2nd ni mmg niat nak fully bf
siap dah beli spectra 3

ya allah..perbanyakkan la air susu ku ini..amin..
alinalan said…
Maria >> Yipiee ada lagi geng2 BF... Tahniah, pilihan yg tepat. Wah dah beli pump ek... ok slamaat mengepam nnti... most important, jgn give up tau esp bila supply merudum... think positif...