Skip to main content

Penyusuan <> BMI <> The Biggest Loser



Bermula 1 Sep - 30 Nov 2010, HSE Department kat opis momma menganjurkan The Biggest Loser. Hadiahnya lumayan juga tuh... 1st Prize RM500. So dengan hati yang berkobar-kobar momma pun pasang niat untuk mendaftarkan diri. Sebabnya momma merasakan masih ada lagi bahagian-bahagian badan nih yang perlu diuruskan... heheh faham-faham jer la, kalo bagi ibu-ibu yang lepas bersalin cane.

Syarat kelayakan adalah Body Mass Index (BMI) mesti lebih dari 25. Kenapa BMI itu perlu? BMI perlu supaya kita tahu adakah kita mengambil makanan secara bersesuaian atau sebaliknya.  Dengan mengetahui nilai BMI maka kita dapat mengetahui apakah kita masuk dalam kategori kurang berat badan, normal, atau kobesitas (kegemukan). Risiko penyakit yang berhubungan dengan kegemukan seperti penyakit jantung, kencing manis bahkan stroke dapat dilihat dari nilai BMI. Kesimpulannya, BMI adalah alarm peringatan bagi kesihatan anda! 

Body Mass Index boleh dikira dengan formula berikut:


BMI Classification:

 So lepas diukur tinggi dan ditimbang kati... mommanya BMI adalah 20 dan tersenarai dalam kategori BMI NORMAL . So secara automatik tidak layak untuk menyertai The Biggest Loser... uuuwaaa sedis la juga wooo tapi dalam hati ada taman... dalam hati riang gumbira kerana berat momma telah turun kepada berat masa zaman sebelum menjadi isteri orang. Paling best semua sluar lama boleh pakai semula...

Semasa pregnant Dzakirah berat momma sebelum bersalin adalah 67kg. Selepas bersalin berat 62kg... turun 5 kg jer. Masa Damia dulu lepas bersalin turun 10kg... So selepas 5 bulan bersalin berat momma 49.2kg. Dulu masa Damia momma amik masa dalam 6-8 bulan untuk turun ke berat asal. Tapi kali nih hanya mengambil masa 5 bulan jer. Alhamdulillah... yipieeeee.

Momma memang tak amalkan diet-diet ek sebab menyiksa badan jer. Alhamdulillah selera makan masih berganda. Nak tau apa rahsianya??? Lakukan Penyusuan!!! Semua tahu, sewaktu mengandung rahim mengembang dan selepas melahirkan anak ia mengambil masa untuk kembali ke saiz asalnya. Dengan menyusui bayi, sejenis hormon dipanggil Oxytocin yang dirangsangkan melalui hisapan bayi membantu rahim mengecut lebih cepat. Itulah salah satu kebaikan penyusuan... Ini juga dibantu oleh anak-anak momma juga. Dulu jaga Damia jer skarang kene jaga 2 orang, so faham-faham jer la dulu cane skarang macam maner.. hehehe. Mungkin kah sebab tak cukup tido??? Apa-apa jer la ek...

Comments

Unknown said…
mommaMia,
rasanya yg ibu yg muda2 ni cepat/mudah turun berat badan melalui penyusuan ibu..

tp mcm kakyong.. umur dah hampir ke 4 series ni.. mampu menten jer.. bmi pun 24-25... huhuuu...
ummi said…
cayalah momma mia...
mas da nyaris2 underweight ni...padahal mkn mcm org kebuluran....huhhuhuh....
xpela,demi anak....