Skip to main content

Tips Memberus Gigi


Menjaga gigi susu bayi anda dapat memastikan gigi kekalnya tumbuh dengan
baik dan teratur serta memupuk tabiat memberus gigi yang baik.
Oleh Dr Yong Junina, Pakar Perunding Pediatrik

Seperti orang dewasa, kanak-kanak juga mengalami masalah nafas berbau, sakit gigi dan gusi sekiranya mereka tidak menjaga dengan betul. Mulakan semasa mereka masih kecil dan tunjukkan contoh yang baik. Anda boleh bermain permainan membersih gigi bersama doktor gigi untuk memupuk tabiat memberus gigi pada peringkat awal.

MEMBERSIHKAN GIGI DAN GUSI BAYI
 
Bersihkan gusi bayi setiap hari walaupun giginya belum tumbuh. Basahkan sapu tangan atau kain lap yang bersih, balut pada jari anda dan lapkannya perlahan-lahan pada gusi bayi. Pada usia 7 bulan, giginya akan mula tumbuh. Perkenalkannya berus gigi kanak-kanak yang lembut. Gunakan sedikit ubat gigi florida, kira-kira saiz kecil kacang pis. Berhati-hati dengan ubat gigi kanak-kanak kerana ada jenama yang mengandungi gula.

MEMBERUS GIGI BAYI
 
Berus gigi bayi anda selagi dia membenarkannya. Dia mungkin mahu memberus giginya sendiri apabila mencecah umur 2 tahun. Ajar anak anda dengan berdiri di belakangnya di hadapan cermin. Tunjukkan cara pergerakan yang betul untuk memberus dengan memegang tangannya. Pastikan dia tidak menelan ubat gigi itu. Biarkan dia berkumur dan berludah. Aktiviti yang menyeronokkan ini dapat membantunya memupuk tabiat suka memberus gigi.


BAGAIMANA MEMBERUS DENGAN BETUL
  • Gigi atas - Berus gigi ke bawah dan menjauhi gusi. Pastikan berus gigi anak anda sampai ke bahagian atas gigi belakangnya.
  • Gigi bawah - berus gigi ke atas dan menjauhi gusi. Pastikan berus gigi anak anda sampai kebahagian bawah gigi belakangnya.
  • Permukaan gigi kacip - Berus semua permukaan gigi tersebut.
  • Gusi - Berus bahagian atas dan bawah gusi dalam gerakan membulat. Pastikan bahagian dalam dan luar gusi juga diberus.
MENCEGAH KEROSAKAN GIGI
  • Berus gigi anak anda setiap hari, paling baik selepas sarapan pagi dan sebelum tidur.
  • Bawanya berjumpa doktor gigi buat pertama kali ketika usianya 12 bulan. Pada usia 2 tahun setengah, dia sepatutnya menjalani pemeriksaan setiap 6 bulan.
  • Hadkan makanan ringan 3 hingga 4 kali sehari. Elakkan gula-gula dan minuman manis.
  • Elakkannya tidur bersama botol susu.
  • Jadi contoh terbaik dengan membiarkannya melihat anda memberus gigi dan flos.

** Artikel sumbangan program Positive Parenting dan diurus oleh Persatuan Pediatrik Malaysia. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.mypositiveparenting.org

Comments

Suziey Ahmad said…
haih..gigi aQeel rosak2 dh..dia tido ngn botol..tgh mlm tido minta milk..huhu..penjagaan kena dr kecik..
Elly Emmy said…
bagus info ni..
kalau kecik2 dah rajin berus gigi dan betul cara pemberusan tu.. tak laa gigi cepat rosak...
Diyana said…
ade tips cmne nk galakkn anak kecik berus gigi?damia tkmo...:(.susah btul nak ajak die mmberus gigi..mmm
Yaati Nor said…
baby zahra baru 16 bulan gigi dah rosak..nak kena bawak gi klinik gigi ke?
nieda said…
tq for info,,humaira sgtlah susah nk gosok gigi dia. mcm2 method dah guna tapi x jln. setiap mlm memang kena berperang dulu dgn si kecik ni
alinalan said…
@ suziey - stuju la suziey. my dami pun nk menyusu baru leh tido. selalu gagal jer nak tarik botol susu dia bila tido sbb omaknya pun dah tertido skali... utk si adik nk prepare awal sket.
alinalan said…
@ Elly & Emmy - so si kembar comel elly & emmy pun kene rajin2 berus gigi tau!! so that tak cepat rosak.
alinalan said…
@ Diyana - haha tips nak galakkan ek. Ni rasanya paling susah utk ibu2 kan.. mau kena paksa pun susah kan. Me macam2 dah buat sampai beli berus gg elektri tau... tapi mood dia masih on/off gak utuk berus gg
alinalan said…
@ Yaati - ermm kena la yati sebelum lagi teruk. mana tau dia mau ikut cakap doktor
alinalan said…
@ Nieda - oo mama teror berperang dgn Humaira ek... hehe sama la kita. payah kan. Cabaran betul.