23
Gizillion thanks kepada anda semua yang sentiasa mengikuti perjalanan penyusuan  @ Korean. Ampunkan momma sebab tak sempat membalas semua komen-komen positif anda terhadap penyusuan @ Korea dan BW ke blog kalian. Maklum ler setelah berjauhan lama dari office, banyak hutang-hutang kerja yang perlu diselesaikan dahulu. InsyAllah, memang hajat dihati untuk berusaha singgah ke blog kalian. Tunggu yer!

***

Penyusuan @ Korea - Day 5, Khamis 2 Dec 2010

Seperti entry INI, Hari Ke-5 skali lagi Cabaran penyusuan @ Korea bermula. Kalo cabaran during travel day agak mencabar. Tapi hari nih cabaran untuk transport the frozen  EBM lagi lagi mencabar. Pagi ni kami akan check-out and bertolak pulang dari Ulsan - ke Gimpo - then ke Incheon. Kami bermalam di Incheon sebelum bertolak pulang ke Malaysia. Since kena bermalam lagi di Incheon, tu pasal cabaran untuk transport EBM lagi lagi mencabar... Bagaimana mahu mengekalkan EBM beku???! BIG BIG question mark!!

So benda utama dan yang paling paling penting sudah tentu momma memerlukan AIS so that EBM kekal beku. Bayangkan bagaimana mahu penuhkan coolbox coolman tu dengan ais?? bukan sikit tuh! Alhamdulillah ada ais machine & freeee kat Hyundai hotel tu. Tapi, lupa plak nak amik gambo ais machine yang free dan berjasa tu sbb duk khusyuk packing EBM... InsyaAllah kalo kena pergi lagi momma amik gamba dia ek.
 
 Both coolerbox - kecik & besar diletakkan ais... 
Bagaimana nak tahu ais tu cukup ke tidak??
Momma just make sure letak EBM tu semua ditutupi oleh ais. 
Kira sorok kan all your EBM di bawah ais gitu

 
 Pastu dah letak semua ebm momma tutup lagi EBM tuh dengan chiller & ais pack

Pastu tutup dengan tuala yang tebal yer
so that EBM bawah tuala tuh kekal sejuk & beku

 Then seal coolerbox tu sesedap hati sampai rasa secure tak akan terbuka walau ditongang terbalik kan
Lagi satu seal ini juga to protect if ais tu cair, air tak meleleh kluar tau

Seawal kul 8.30am kami check-out. Alhamdulillah flight dari Ulsan ke Gimpo dengan Asiana Airline tiada lagi delay mahupun cancel. Tepat 11.00am kami depart from Ulsan Airport ke Gimpo Airport. Sampai Gimpo dalam kul 12pm, then kami meneruskan perjalanan ke Incheon dengan taxi pula. Sampai Incheon dalam kul 1pm... So bayangkan perjalanan momma dalam 5 jam dengan Frozen EBM.

 Selamat sampai Oceanside Hotel, Incheon
Haruslah menuntut Camera yang tertinggal masa day 2 dulu kan...
pastu cari tempat perlindungan untuk Frozen EBM momma

 Alhamdulillah jumpa lagi fridge 2 pintu di belakang bilik receptionist hotel

EBM yang telah selamat mendapat tempat perlindungan untuk 
1 malam sebelum pulang ke Malaysia
Thank you Allah... 
Frozen EBM from Ulsan-Gimpo-Incheon kekal beku sepanjang 5 jam perjalanan


 Aktiviti seterusnya... mengisi perut yang lapar
Kami bernasib baik sebab seorang dari teman sekerja tuh pernah menetap di Korea selama 3 bulan so dia tau ler selok belok apa yang boleh dan tak boleh makan...
Tapi memang tak mudah mencari makanan HALAL di Korea ni yer

 EBM di malam hari
Berjaya memerah 2x juga hari nih... 
Yang nih momma terus simpan kat fridge di recep tu sebab minibar dia kecik sangat

Tengah pening esoknya cane nak dpt ais yang banyak utk transport frozen EBM from Incheon to Malaysia??? sebab kat hotel tu takde machine ais free macam di Ulsan... Kedai yang berdekatan plak tak jual ais... kitchen hotel pula takde ais katanya ...

***

Penyusuan @ Korea - Day 6, Jumaat 3 Dec 2010

Kami pulang ke Malaysia dengan menggunakan MasAirline. Flight pukul 11am.  Pagi-pagi bangun check ais semalam yang dari Ulsan masih ada yang beku. cair hanya dalam 30-40%... sangat sangat bersyukur sebab at least ada ais dari takde langsung kan???

 Pagi yang Indah di Incheon... Hari ni cuaca sangat sejuk dan berangin...
agaknya tu sebab ais smalam tak cair sangat kot...
Coolman coolerbox memang bagus!!! Tak rugi beli & invest!!!

Penyimpanan frozen EBM dilakukan seperti semalam. Cuma bezanya, ais tak sepenuh semalam... Ikutkan plan nak singgah ke E-mart semasa perjalanan ke Airport. Tapi tidak kesampaian... and tak tau cane nak kata...

Sampai Di Incheon Airport kul 9.45am, sib baik our Managing Director remindkan momma kita kena cari ais before checkin bag. terus berdezub darah... Ya Allah takutnya frozen EBM momma rosak bila sampai di Malaysia. So tak fikir panjang terus mulakan operasi mencari ais di Incheon Airport.

MasyaAllah tak mudah unttuk mencari ais yang dijual seperti di Gimpo Airport. So apa yang momma plan nak beli jer di kedai fast food. Tapi dorang tak jual ek!!! So terpaksa meminta dan merayu untuk dapatkan ais. Ada 6 buah kedai kot yang momma terjah. Dari 6 buah kedai, 4 jer yang willing untuk "mendermakan" ais mereka. Setiap kedai hanya memberikan ais lebih kurang 1 gelas penuh softdrink tuh.. ada gak yang baik hati bila momma mintak more ais, ada yang say no-no... Many thanks to Dunkin' Donuts, Burger King, LotteRia dan 1 lagi ekslusif restoran yang momma tak faham namanya sebab dalam bahasa Korea! Mesti dorang pelik giler apa yang momma nak buat dengan ais yang banyak tuh... Masa sangat cemburu ek. Kena ingat kami belum checkin lagi... so bila nak nampak ais tu macam mencair momma bergegas mencari coolerbox semula. 
 
Ais yang berjaya diperolehi ditaburkan secukup rasa dalam coolerbox

 Ni ais dalam coolerbox yang kecik

 Tengok ler orang Jepun/Korea belakang kawan momma tu memerrhatikan jer.. 
mesti pelik
Alhamdulillah berjaya juga diseal 
Momma hanya momma berdoa dan berdoa sahaja supaya frozen EBM tak rosak!!
Perjalanan kami akan memakan masa 5 jam ke Malaysia. 
Target sampai ke Malaysia dalam 4.50pm
So total travel hours ada dalam 11 jam (dari kul 8am -7pm) sehingga sampai dirumah

 Alhamdulillah berjaya check-in...
Million thanks to teman-teman sekerja Anuar dan Azizan serta En. Shaiful our MD atas bantuan dan sokongan sepanjang perjalanan penyusuan @ Korea!!!

 Coolerbox selamat tiba dirumah dalam kul 6.30pm

  
Alhamdulillah tak rosak..cair dlm 5% jer
Syukur Alhamdulillah.... Thank you Allah

Frozen EBM dipindah kan kedalam laci chest freezer
nasib baik ada kosong...

 Selamat disimpan bersama rakan-rakan EBM yang lain... Alhamdulillah

 Tidak dilupakan 2 botol EBM cair dalam coolerbag 
Project dalam flight masa kul 1pm.. kalo dibiarkan bengkak lagi
tak tahan rasanya, cukup la kena masa travel day!!

Selepas selesai dengan EBM terus cari budak kecik nih lagi
Both anak-anak ceria bila momma pulang kata nenek...  if not monyok jer
Dalam kereta dua-dua nak duduk dgn mama
Dzakirah of course mencari hanya yang satu bila sampai rumah

Post a Comment

rose --{@ ibuRafiq @}-- said... December 17, 2010 at 11:32 AM

waa mencabar
alin, im touching tgk ur working partner..susah payah tolong
million thanx to them kan?
hmmm...byk jugak dugaan ye

alin, if dah cair skit leh lagi ke simpan ek?

Momma Mia said... December 17, 2010 at 11:37 AM

@ rose - betul betul betul million thanks to them... me dah tukar heheh... thanks!

Dulu alin pernah tanya Intan Azmira... dia kata kalo cair dlm 10% masih boleh simpan. Kalo dah 50% tu memang tak dapat diselamatkan... apa2pun tawakal jer

f a i z a h 's said... December 17, 2010 at 11:43 AM

bgsnya rakan sekerja..diaorg tau kak alin berjuang bf n byk stok susu jgk ek???apa response diaorg???MD siap remind soh cr ais tuh...mmg supportive....sukanyaaaaa!!!

ch@ said... December 17, 2010 at 11:45 AM

sepanjang akak kat sana kan, kita memang tabik dgn kawan-kawan akak tu, mereka memang supporter terbaik, sepanjang akak cerita, kita terbayang suasana akak dan partner2 mencari ais dan mereka siap tolong kemas2kan EBM tu.

Seolah-olah akak pergi sana bukan kerana kerja, tapi kita rasa macam mana cara menyimpan EBM jika diluar negara (pergi buat ujikaji la maksudnya)

Emy Omar said... December 17, 2010 at 11:52 AM

Mencabar sungguh ye nak kekalkan EBM tu dalam tahap beku utk bawak balik ke Malaysia..syukurla semuanya di permudahkan

puterihannan said... December 17, 2010 at 12:36 PM

momma, bravo sbb bersusah payah demi anak2... terharu pulak sy... tahniah!

nursalwa said... December 17, 2010 at 1:44 PM

alin.. alhamdulillah dpt opismate yg sudi membantu kan.. mmg sgt2 bangga ngan alin.. sambil baca salwa membayangkan keadaan alin di sana.. mmg terharu n tahniah yea alin..

Dayu said... December 17, 2010 at 2:52 PM

bertuah akak ada working partner yg memahami. bila kita gigih nak menysukan anak ni
ilang dah rasa malu smua kan
saya bleh bayangkan mcm ne akak ke hulu hilir carik ais tu
mcm mana saya ketuk pintu rumah org nak tumpang simpan EBM dulu..

niat yg baik sentiasa dipermudahkan

nieda said... December 17, 2010 at 3:01 PM

terharu baca. kerana gelaran seorang IBU apa shj kita sanggup buat..Dan juga your bos dan ofismate yg sgt2 membantu. Niat yg baik pasti dipermudahkan..

atie @ ejay said... December 17, 2010 at 3:08 PM

waa..mmg xtau nak ckp ape..
puasnya rasa

[-suziey-] said... December 17, 2010 at 3:19 PM

fuhh mmg mencabar..byk bekaalan ais diperlukan..syukur la xrosak yek..jauh perjalanan nk smpai umah tu..bgs dpt rakan sekerja yg memahami dan membantu lagi..terharu je tgk..

Diyana Zulkifli said... December 17, 2010 at 3:28 PM

sungguh kagum2..touching pun ada bila baca..huhu.tahniah kpd momma mia.:d

Mieja@Amiizaa2001 said... December 17, 2010 at 4:47 PM

salamss alin,

terharunya tgk susu alin, tgk kawan-kawan alin yang sangup tolong angkat tong coolman tu:)

seronoknya kat sana ada ais mesin, tak payah beli plak tu...lagi bersemangat nak mengepam, sebb kemudahannya ada....:)

tahniah alin......tumpang gembira & pembahagi semangat juga...:)

muahh muahhhh:)

firahadifa said... December 17, 2010 at 5:01 PM

mencabar nyer dear... tapi bagus la kawan2 u sentiasa menyokong .. da la bawak kotak ice tu kemana2 saja pergi kan... bagus la u... respect giler..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said... December 17, 2010 at 10:12 PM

TAHNIAH YE.. MEMANG KUAT SEMANGAT..UNTUNG ANAK2 DAPAT IBU MACAM NE

nurulazham said... December 19, 2010 at 11:20 AM

banyaknya stok susu dzakirah... ;)
bangga sungguh dgn teman2 sekerja momma tu...tabik lah kat diorang!!
syabas momma!!

wan nurul hezrina abd halim said... December 20, 2010 at 10:14 AM

wah teuja n terharu btul tgk.memang ptut u dapat anugerah alin.hehe..yang co partner yang tulung2 handle tuh bersusah payah gitu..im touching..

ummi said... December 21, 2010 at 11:34 AM

kak...bagusnya colleague akak...beruntung...beruntung...

alin said... January 11, 2011 at 10:59 AM

bangga dengan akak, sungguh tegar perjuangkn ebm utk anak2.....nasib saya x brp baik jika dbandingkan dengan kak alin, anak pn dok kt sabah ngan nek dia, so mmg sedih coz dpt ebm just more than 4 month. Anyway, semangat akak ni akn mmg perlu dicontohi ^_^

faraazri said... February 24, 2011 at 7:56 AM

salam,
wah... bangganyer!! dan tahniah atas kesabaran dan ketabahan!.. :)
Nak tanya pasal freezer.. :D brand, harga dan beli di mana ek?.. millions thanks..

Ayu@Sweetlilcraft said... April 1, 2011 at 6:41 PM

assalam,
kuat betul semangat momma.Tahniah!! bukan senang nak buat semua tu, lebih-lebih lagi travel jauh. Yelah,kalau tak perah..confirm sakit.

Bertuah anak2 momma :)

Aku Comel said... April 24, 2013 at 9:15 PM

salam..I;m a new mom.
masalah saya ialah urat susu sering tersumbat.. jadinya sering bengkak susu sebab bila pam pun susu tak keluar banyak dan bila baby menyusu, tak puas.. please help. what should i do? rasa nak demam selalu.
would highly appreciate your advice. terima kasih.

Momma Mia said... April 25, 2013 at 12:43 PM

@ aku comel - aduhh sakit tu... pasti sebelum mengepam u urut2 dulu breast tu. do contact alin ek 019-2682709

 
Top