Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2010

Bila corong pump TER-tinggal di opis, bagaimana nak pump??!!

Tajuk jer dah mencerita ceritikan  segalanya... Kejadian berlaku kelmarin. Betapa lalainya momma. Hajat hati nak sambung sessi mengepam dirumah terganggu. Sampai jer di rumah, semasa nak menyimpan hasil EBM terperasan ngapa lak beg menyusu momma ni nampak macam lengang jer, biasa penuh dan padat bag menyusu nih... pk punyer pk baru terperasan yang corong mengepam tertinggal di opis. Geram tak sudah sebab  macam mana momma boleh lalai dan tinggalkan BESTPREN momma tuh kat opis.... aaaarghhhhhh.... Menyusukan lil Dzakirah direct feeding tanpa pam kat sebelah lagi terasa memang rugi sangat. Tapi... nak dijadikan cerita lil Dzakirah dah minum masa momma balik ke rumah... so momma memang kena buat double pumping, tapi macam mana sebab corong pump takde.  So dengan rela hati terpaksa la momma pump guna tangan atau dengan bahasa lain nya buat Teknik Marmet... bukan mermaid yer kawan-kawan. Actually teknik ni one of the pilihan dalam memerah susu ibu juga. Teknik marmet ini orang kata lebih

Alhamdulillah - Terima kasih dari kami sekeluarga

Prizes recently received from blog contest/GAs...  Gizillion thanks !!!  Nak tau apa yang kami dapat??? Jom layan . card wallet from BabyIbu @ "Warkah untuk BabyIbu" Buku Enid Blyton from Nurul Azni @ AkuNoi's Birthday Contest Seronok Damia dapat buku Azni tuh... TQVVM dear Pencil Case & Clip from Cik Firus @ contest Spread your love Tie rack from Ajjah @ 3f's first giveaway

EBM - Berpuasa nisfu Sya'ban

Alhamdulillah, dengan izin-Nya smalam momma berjaya berpuasa sunat nisfu Sya'ban. RIndu rasanya nak update tentang info penyusuan and EBM lil Dzakirah. InsyaAllah before puasa momma akan update lagi tentang stok lil Dzakirah. Sebelum tuh jom tengok macam mana stok EBM momma smalam. Juadah bersahur smlam hanyalah 2 keping roti prata (bangun lambat) + Energy Soy Protein (ESP) di campur bersama Performance Drink  (PD) + 3 biji kurma. Malam sebelum tido momma makan 2 biji Alfalfa + 1 biji B Complex + 1 biji Vitamin C + 1 biji Vitalea/ Multivitamin.  Alhamdulillah, murah rezeki lil Dzakirah. Ini hasil stok EBM smalam. Mostly 4x pumping semuanya... petang terbabas sesi pumping sebab ada meeting projek. sesi 1 - 4.30am = tendum pumping (direct feeding + pumping) = 5oz sesi 2 - 8 am = tendum pumping (direct feeding + pumping) = 4oz sesi 3 - 12 pm = 7 oz sesi 4 - 6 pm = 8 oz sesi 5 - direct feeding di rumah sampai pagi Total = 24oz. Biasa momma boleh dapat dalam 30o

Momma... Mia pun nak bagi susu boleh??

Sejak dua menjak nih, Damia semakin positif dalam setiap perkembangan KOGNITIFnya... perghh susah gak momma nak cari perkataan. Yang pasti Damia  semakin petah bercakap, apa yang kita cakap dia dah pandai ikut dan ajuk. Suka sangat bila apa yang kita sebut dia berjaya sebut dengan jayanya... ro-ti, ma-kan, na-si... Damia juga dah pandai cakap bila nak buang air kecik. Nak ciiing maa.. Hehe... kekadang betul-betul kluar, kekadang dia cari alasan untuk main air and tukar pampers.  Paling best dalam aspek penyusuan momma dengan lil Dzakirah, Damia pun  berminat nak join skali. Kalo dulu Damia nak join momma mengepam , kali nih Damia nak join nenek and momma bagi susu botol pula. Tapi Damia bukan bagi kat lil Dzakirah  yer, sebaliknya Damia bagi kat kawan-kawan dia. Siapa kawan-kawan Damia tuh???! Jom  kita berkenalan...   inilah kawan-kawan Mia Nota kaki :  Perkembangan Kognitif merujuk kepada bagaimana seorang anak MERASA, BERFIKIR dan MEMAHAMI dunia persekitaran melalui interaksi,

Renungan : As Salam

Ilmu utk dikongsi bersama Berdasarkan radio IKIM (91.50 FM), Ustaz Zawawi bercerita tentang sunnah Rasulallah S.A.W.  Antaranya tentang bab memberi salam. Baginda memberi salam dgn lafaz " assalamualaikum " dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh " waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh " Memberi salam - " assalamualaikum " Menjawab salam - " waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh " Apabila berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata (Contoh) "Kirim salam assalamualaikum pada  ZIZAH ye".  Bukannya : "Kirim salam kat  ZIZAH ye". Dan bukannya " Kirim salam maut" - statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan! Semoga ada manfaat.    * *   "Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot" Maksud singkatan " A'kum" Untuk renungan bersama : Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms a

Lagu patriotik pun anak momma layan tau

Siapa layan lagu patriotik yang berkumandang di TV??? Biasa mesti ramai yang akan tukar channel kan?? Hehe.. alkisah anak momma si Damia masa percutian diibukota hari tuh. Tengah sibuk-sibuk momma mengemas untuk check-out boleh pulak dia beraksi sambil layan lagu patriotik. Elok gak dia layan lagu tuh. Boleh dia tau kat Malaysia ni berbilang kaum... Tolong abaikan segala suara-suara merdu, tangiasan lil Dzakirah mahupun selimut mak nenek kat blakang tuh yer... zass layan video...

Info Penyusuan : Tahukah Anda??? Berapa banyak air badan kita perlukan?!

Orang selalu kata ibu yang menyusu kena minum banyak air, jangan kurang if not nanti milk supply kurang. Masalahnya macam maner nak tau berapa banyak yang kita perlukan? Do u ever wonder how much water your body needs?  Info ni from CERY . Dia dapat dari PCSB HSE Dept: basically minimum amount of water you need depends on  your weight, activity level & climate formulanya: WATER FORMULA ==>   Weight in kilograms/30 = ___ liters example: berat anda 65kg....65/30 = 2.2 liter  (jadi minimum air yg anda perlu ialah 2.2liter)   Ni just general basic laa.. and the amount bukan jer bergantung pada weight... tapi suhu and activity level juga... kalo dibilik beraircond, memang kena consume air lebih hokey. (ni peringatan keras utk diri sendiri) WHEN TO DRINK? Drink warm water after waking up from bed for great skin Drink 30 minits before or after a meal ( drink during meals disrupt the digesive juices in meal digestion) Drink before u thirsty (u are already dehydrated if u fe

Renungan : Cara Untuk Menangani Anak

Cukup tersentuh setiap kali membaca entry Ummu Solihin at AnakkuSoleh.com . Coretan nya selalu memberikan ingatan dan renungan dalam mendidik anak-anak momma. Mekaseh Ummu Solihin. So sebab tu momma nak kongsi bersama ibu-ibu dan teman-teman semua. * *   1 Cara Untuk Menangani Anak yang Nakal Pada hujung minggu yang lalu, saya telah bertemu dengan lebih daripada 10 orang kanak-kanak berumur di bawah 6 tahun, pada waktu yang berbeza, dan di tempat yang berbeza. Saya bermain dengan mereka, berbual dengan mereka, membaca dengan mereka, kerana saya sayang mereka dan ingin belajar sesuatu daripada mereka. Maha besar kuasa Allah swt yang telah menjadikan mereka sebagai asbab untuk saya mendapatkan pelbagai  ilmu dan idea baru, terutamanya dalam ilmu pendidikan anak-anak. Allahuakbar . Daripada pemerhatian saya yang masih cetek ilmu ini, saya dapati bahawa sifat anak-anak pada usia bawah 6 tahun sangat-sangat dipengaruhi oleh apa yang dilihat dan didengar pada setiap hari. Ini bermaksud, s

Gizilion Thanks to Tecik Craft

Pengumuman!!! Ramai yang bertanya dimana kami tempah baju cuti Damia & lil Dzakirah.  So ini jawapannya... Gizilion thanks to Nurul sebab bersusah payah mencari baju lil Dzakirah yang nak dimatchkan juga dengan baju akak Damia... Tak ketinggalan baju momma dan abah... Sesuai benor konsep bunga cinta dan bee tuh... Untuk tau lebih lanjut apa lagi yang kami dapat dari Tecik Craft, click SINI sedikit entry dari blog nurul ... si kenit damia..hope Damia muat ngan baju ni dan sukeeeeee memakainye (memang Damia suka sangat dengan baju ni...) lalalalala..for baby Dzakirah.. aiseh panjang lak namanye so takleh nak letak huruf besar besar untuk suami beliau yang tercinta.. hehe Alin just minta untuk letak wording 'Abah' je tak nak gambo... tapi saya menambah sedikit aksesori tuk menceriakan suasana.. tuk hot momma saya hiasi huruf 'O' dengan bunga bunga cinta... sepadan ngan bee tadi..hohooho   So sesiapa yang berminat tuh singgah-singgah la ke Tecik Craft ..

Percutian kami di Ibukota - Hari Terakhir di Legend Hotel

Hari Terakhir di Legend Hotel, acara wajib aksi bergambar guling-guling atas katil... wakaka. Best wooo... So layan jer la aksi kami anak beranak hokey. Semoga korang semua happy denga coretan percutian kami di Ibukota - Aksi kolam renang, Aquaria, Taman KLCC dan aksi guling-guling di hotel ni. Thanks abang for this holiday!!! We luv u always... mmmmmmuuuuuuuuuuuuuuuaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhssss..... Semoga berjumpa kita di percutian yang lain ok. Cau cin cau... tapi sebelum tuh layan aksi makan Damia.... setiap kali tengok gamba nih, momma cam nak ajak Damia gie makan jer... sungguh berselera Damia kalo makan kan???! Geram.

Percutian kami di Ibukota - Taman KLCC

Selepas ke Aquaria, kami jalan jalan ke Taman KLCC. Alhamdulillah cuaca tak panas... suam-suam kuku jer. Redup tapi tak nampak tanda-tanda nak hujan. Pot mesti tuju for Damai KLCC Playground. Taman air tuh lain kali yer sayang sebab kita dah mandi kat pool hotel. Seronok giler Damia main buaian nih... biasa jumpa buaian yang open jer. Kat sini ibu-ibu bapak-bapak tak dibenarkan main buaian skali yer sebab ada mata-mata akan tiup wisel suh anda bangun. Hehe...momma la yang terkena tuh... maner tauuu... Next main gelongsur pulak. Semua Damia yang pilih sendiri and we ouls just perhatikan jer. Berani jer dak Damia nih... Ni pulak bas berspring... Paling suka aksi Damia di sini. Happy nyer dia. Siap buat aksi bawak bas dengan gaya dia. Geram jer momma tengok. rasa nak gheget-gheget jer...  Masa kat sini, tak pulak dia mintak dukung... pandai jalan sendiri. Siap jalan-jalan and say Hai to  Mr. Zebra lagi... hihi klakor jer waktu tuh. Sayang seronok yer??? InsyaAllah lain kali kit

Percutian kami di Ibukota - Aquaria

Ni 1st time kami sekeluarga ke Aquaria. Sebelum ke Aquaria, Damia telah kenal dengan Nemo and turtle dari CD Nemo and frog dari CD Princess Frog... So bila kat sini Damia dah kenal  mostly semua binatang kat Aquaria ni. Seronok dengar Damia sebut ikan, Nemo, turtle and frog... Mostly Damia dengan Abah, lil Dzakirah dengan momma. Lil Dzakirah seperti biasa tido jer... Takpe next time lil Dzakirah dah besar, abah kata kita datang lagi. InsyaAllah yer sayang. Yeehaa... kami dapat ole-ole photo family. Thank you Aquaria... Peace!!! Nantikan entry seterusnya... 

Percutian kami di Ibukota - Aksi kolam renang

Percutian family kami bulan ni hanya di ibukota... we stay at Legend Hotel KL 3 hari 2 malam. Seronok tengok aksi anak-anak yang ceria dan bermacam ragam... Siapa lagi kalo bukan 2 cinta hati kami Damia and lil Dzakirah.... Antara tempat-tempat yang dituju Aquaria, Taman KLCC dan kolam renang... Jemput layan aksi percutian kami. Kita ENJOY!!! Cik Damia paling sronok la... Siap ada peminat lagi. Duduk kat Legend Hotel tuh kan ramai tourist pak arab... Setiap kali jumpa pipi tuh tak abis-abis kene cubit  dek anak-anak pak arab... Sib baik Damia ok jer, tak nangis. Mungkin dia pelik kot. Paling kontroversi masa kami nak bayar beli barang kat c/storage The mall. Siap ada anak Taiwan ni tetiba jer kata i luv u and siap peluk and angkat Damia. Memula tuh we ouls ok je tapi anak taiwan ni tak nak lepaskan Damia la pulak... risau gak kami.  Tapi Damia tak nangis gak... cool jer. ishhh risau la dengan anak dara momma sorang nih... Nantikan entry seterusnya... 

Reminder : Malam Nisfu Sya'aban 1431H

Assalamualaikum w.b.t...   Untuk makluman…sekadar ingat & mengingatkan..! Malam Nisfu Sya'aban 1431H akan tiba pada hari Isnin (26hb.Julai 2010) malam Selasa ( sebaik saja masuk maghrib), dimana bermulanya 15 Sya'aban 1431H.   Oleh  itu, marilah kita sama-sama mengambil masa keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan  seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Riwayat yang muktabar menyatakan Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama  setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.   Berikut adalah antara amal ibadah yang digalakkan di hari Nisfu Sya'aban: 1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa)     Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat     Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x     Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x   2. Membaca Yasin 3x selepa

Thank You Libresse

Gizillion thanks to Libresse. Sample yang momma request dulu from website Libresse dah sampai. Sungguh pemurah Libresse nih. Biasa orang bagi free sample dalam 1-2 jer tapi Libresse tidak. Semua 5 jenis diberikan nya. Best giler. Tak yah nak g beli dulu & try... So sesiapa yang masih belum request free sample boleh go to web site LIBRESSE . Berbaloi-baloi...   - kotak free sample from Libresse - - range of product Libresse -  Apa tu Libresse??? - Sanity Pad / Panty Liner tau.  Ada 2 unique feature called Secure Fit and DFC Secure Fit - ada potongan di tempat yang betul  --> lebar di depan, tirus ditengah dan rekaan berbelah di blakang DFC (Deep Flow Channels)   --> Pantas mengalirkan cecair ke dalam, kemas selesa, serapan sempurna Kalo sesiapa yang masih tak faham-faham, moh layan iklan klakor by Adibah Noor kat bawah nih... Me paling suka panty liner dia dan pad slim non-wing. Takde bocor-bocor lagi... bila pakai terasa cam tak pakai jer... wakaka... korang cuba la s

Dzakirah - 3 bulan

Lil dzakirah skarang dah 3 bulan 2 minggu... Macam-macam dah pandai. Paling best skarang lil Dzakirah takde masalah nak minum botol bila momma pergi kerja. Takde merajuk-rajuk lagi. Alhamdulillah. Selera minum susu EBM pun dah meningkat. Minimum minum skarang at least 3.5 oz. Kekadang 5 oz pun leh abis dalam 2x minum after burp kan dulu.  - Pandai pegang botol dah - - dah pandai angkat kepala 45 degree -   - suka isap jari dia yang runcing tuh jugak - Paling best  * * * * - Suka berbual-bual & senyum. Cair hati momma la sayang - pastu - Pandai bermain & berkawan dengan akak Damia - dan juga - pandai buli akak Damia ... lol - * * Berat 3.5 kg - masa lahir >>> ke 4.5 kg - hari ke 26 >>> ke 5.1 kg - 1 bulan 3 minggu 5 hari >>> 5.6 kg - 3 bulan 7 hari  >>> ... Panjang / Tinggi 49 cm - masa lahir >>> to 53 cm -  hari ke 26  >>> to 57 cm - 1 bulan 3 minggu 5 hari >>> .... 3 bln (lupa nk