5

Setelah semua usaha-usaha kita lakukan seperti mengepam 3/4 jam sekali di pejabat, lakukan power-pumping dengan pam double-pumping, dah makan semua milk booster dan supplement banyakkan susu tapi susu tetap macam itu apa yang ingin tekankan ialah....BAGAIMANA HUBUNGAN KITA DENGAN MAHA PENCIPTA ITU SENDIRI? Saya bukan ustazah tapi saya adalah insan biasa yang ingin membantu dan apa yang saya nyatakan ini untuk peringatan diri saya sendiri juga.

Sebenarnya ramai ibu-ibu di luar kurang menjaga dan menitikberatkan tentang amalan 5 waktu (ingatkan diri sendiri juga). Ibu-ibu terlalu ghairah untuk menambahkan kuantiti susu hingga masa kita untuk bersama Pencipta kadang-kala terabai atau kita terlalu mengejar jadual mengepam hingga kita tertinggal untuk melakukan jadual bersama Pencipta kita. 
 
Kalau kita boleh mengepam 3-4 kali di pejabat, apakah salahnya ambil sedikit masa untuk lakukan solat sunat Dhuha, berdoa, berzikir dan sebagainya. Jangan lupa sentiasa apa yang kita rancang, Allah yang menentukan. Setiap ketentuan yang diberikan ada hikmahnya. Banyakkan bersabar, berdoa, jangan lupa berzikir dan yakin setiap apa yang kita lakukan Insyaallah Allah pasti membantu. 
 
 
Apa pun bagi ibu yang sedang stress dan tertekan, cuba relaks dan bertenang. Makanlah apa sahaja milk booster, ubat banyakkan susu atau suplemen yang mahal-mahal tapi jika hati tidak tenang, otak kacau-bilau sukar untuk hasilkan susu. Ingatkan saat yang indah dan gembira semasa mengepam, makan apa sahaja dengan hati yang ceria dan gembira.....pasti akan ada hasilnya. Saya di sini hanya mampu berdoa agar perjalanan ibu-ibu menyusu sentiasa dipermudahkan....Insyaallah.

Peringatan untuk diri sendiri!!! 

Post a Comment

ajumohit said... January 6, 2011 at 8:37 AM

bagus info ni, good reminder for us...

Zaidah said... January 6, 2011 at 10:54 AM

terima kasih alin kerana saling ingat mengingati....

ღnFashyaღ said... January 6, 2011 at 12:13 PM

thanks kak alin..good 1.:)

Ibu_Niyaz said... January 6, 2011 at 2:30 PM

thanks a lot

tolong igt kn mn yg terlupa

sharing is caring...

wan nurul hezrina abd halim said... January 6, 2011 at 3:09 PM

tq momma mia memang apepun cara kita kena kembali pada yang ESA..doa tawakal n amalan harian kita..insaf kejap=(

terima kasih saling ingat meningati..

 
Top