6
 Bengkak susu bleh buat ibu tak senang duduk...
Rasa pening2.. berdenyut2.. dan sakit bila disentuh

Semua ibu melalui dan merasa apakah yang dikatakan "nikmat" bengkak susu atau dikenali juga sebagai duktus tersumbat...atau bagi sesetengah kes yang lebih kritikal diserang Mastitis.

Memang benar,
pentingnya menyusukan bayi atau membuat sesi perahan yang sempurna iaitu sehingga payudara benar-benar kosong. Namun sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari dari kehidupan yang penuh dengan aktiviti maka ada segelintir ibu-ibu yang mengepam dengan keadaan kelam kabut, tidak kurang bagi ibu yang keletihan...ibu dan bayi sama lena dan bayi pula menyusu secara ala kadar....ini antara fenomena biasa ibu yang menyusukan anaknya.

Kebiasaannya ibu-ibu  setiap kali terjadi rasa ketulan di payudara akibat pengaliran susu yang tidak sempurna, akan lakukan

1. tuam dengan tuala panas/ lebih mudah mandi dengan shower air panas
2. menyusukan sekerap mungkin
3. worst case...tuam dengan lapisan kobis yang sejuk (paling cepat kesannya tetapi kekangannya pula susu akan cepat kering) *** elak buat yg nih.!!!

Jom kita kaji Apa itu duktus tersumbat?
Terdapat dua jenis duktus tersumbat. Jika anda mengalami benjolan bengkak di buah dada anda yang berasa sakit, lazimya disertai radang kemerahan yang bertompok pada kulit berdekatan benjol itu, ini dikatakan “duktus susu tersumbat". Malah, duktus ini sebenarnya tidak tersumbat tetapi tisu di sekitar duktus susu itu radang dan menekan duktus tersebut. Duktus tersumbat sebenarnya adalah mastitis di peringkat awal.

Duktus yang betul-betul tersumbat jarang berlaku dan selalunya berlaku dalam beberapa minggu atau bulan selepas ibu mula menyusukan. Biasanya benjolan itu sakit dan kadang-kala terdapat juga tompok merah.

Sesetengah wanita akan mengesan satu tompok putih kecil pada hujung puting mereka, iaitu tanda saluran tersumbat dan sel kulit tumbuh di atasnya. Ini sebenarnya ialah lecur yang mudah dirawat. Jika anda menghidapinya, anda boleh merawatnya dengan mencucuk hujungnya dengan jarum yang steril. Lakukan ini selepas bayi anda telah menyusu iaitu apabila kulit anda lebih lembut.

Apa punca duktus tersumbat?
"Duktus tersumbat" (deskripsi yang lebih tepat ialah radang duktus) selalunya disebabkan oleh buah dada yang tidak "diperah" dengan efektif oleh bayi semasa dia menyusu. Jika buah dada tidak disalirkan dengan betul, susu akan terus “mengundur" disebabkan penghasilan lebih cepat daripada saliran. Susu ini akan dipaksa mengalir ke tisu sekitar yang akan menyebabkan keradangan, tisu jadi merah, panas dan sakit.

Perasaan seakan-akan selesema mungkin mengiringi mastitis dan ianya bukanlah tanda jangkitan (walaupun mastitis boleh menjadi jangkitan, selalunya ia adalah keradangan). Perasaan seakan-akan selesema ini adalah tanda bahawa badan anda menyangkakan susu itu sebagai protin asing dan sistem imuniti anda bertindak melawannya.

Apa yang boleh saya lakukan mengenainya?
Masalah duktus tersumbat boleh diselesaikan dengan memastikan bayi anda menyusu dengan efektif. Untuk melakukannya, dia mesti melekap pada dada anda dengan rapat. Panduan langkah-demi-langkah menunjukkan bagaimana ini dilakukan.

Adalah penting untuk bertindak dengan segera supaya anda dapat menghapuskan simptom awal sebelum ia mengembang menjadi mastitis sebenar.

Jika boleh, hubungilah pakar runding penyusuan dengan segera. Beliau dapat memastikan cara pelekapan bayi yang betul dan membantu bayi anda menyusu dengan efektif. Ini akan membolehkan susu terus disalirkan terus melalui buah dada anda. Berbincang dengan pakar pediatrik, pakar obstetrik atau doktor keluarga anda yang boleh mencadangkan seorang pakar runding.

Buat masa ini, ingatlah bahawa:
  • Penting untuk terus menyusukan bayi anda walaupun ianya menyakitkan. Menyusulah sekerap mungkin dan elakkan masa yang panjang di antara penyusuan.
  • Mempelbagaikan posisi penyusuan boleh membantu bayi anda melekap dengan lebih baik.
  • Menggunakan pam buah dada selepas setiap penyusuan boleh membantu mengeluarkan susu.
  •  Mengurut buah dada anda sebelum dan selepas penyusuan adalah sangat efektif.
  •  Meletakkan kain flanel yang hangat (atau sejuk) di buah dada, bermandikan air panas dan urutan lembut juga boleh membantu.
Jika simptom anda tidak menyusut (selalunya selepas 24 jam) atau jika anda mula berasa sakit dan seakan-akan mendapat selesema, hubungilah doktor anda. Anda mungkin menghidapi mastitis dan anda memerlukan antibiotik jika anda mendapat jangkitan.

Adakah ini akan menjejaskan bayi saya?
Kadang-kala, aliran susu anda pada buah dada yang terjejas itu lebih perlahan daripada biasa dan ini mungkin menyebabkan bayi anda menjadi "cerewet" apabila menyusu pada buah dada tersebut. Selain itu, ia tidak akan menjejaskan bayi anda.

Bolehkah saya terus menyusu?
Adalah penting untuk terus menyusu supaya bayi anda dapat menyalirkan buah dada dan mengeluarkan semua susu, dan anda boleh mengelakkan daripada menghidapi mastitis. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai suhu yang tinggi selepas 24 jam, dan terus berasa sakit selepas mengikuti nasihat yang terdapat di atas, anda perlu berjumpa dengan doktor anda. (taken from http://mimialya.blogspot.com/2010/05/duktus-tersumbat.html#links)

Petua Lama untuk atasi bengkak susu/payudara
1. Sapu B dengan air asam jawa sambil baca selawat. InsyaAllah boleh kurangkan demam dan bengkak.
2. Bertungku payudara anda. Ni free advice daripada my tukang urut.
3. Boleh buat tuaman dengan bungkusan rumusan halba yang diikat seperti cepu dan direbus sehingga kembang. (from http://petualama.blogspot.com/2010/06/rawatan-tuaman-bengkak-susu.html)

Bahan2 :
  • 1 genggam halba
  • 1 genggam jintan hitam
  • 1 genggamketumbar biji
  • 12cm halia - ditumbuk pecah/cincang kasar
  • 1 cekak daun sirih

Cara sediakan :
  1. Satukan semua bahan ke dalam kain dan diikat seperti cepu. Rebus hingga kembang. Cepu digunakan panas tetapi tidak sampai melecurkan kulit.
  2. Tuam dibhgn ketiak, urat belakang, belikat, tengkuk sehingga ke dada kemudian ke bahagian payudara.
  3. Ulangi tuaman sehingga susu menitis dan pembengkakan berkurangan. Teruskan sehingga sembuh.

entry ni khas utk Ina Melaka 
 Selamat mencuba!!

Post a Comment

Cik Puan Nurul said... January 5, 2011 at 7:55 PM

sy penah alaminya byk kali peliknya time anak dah umur 6 bulan keatas..memang sakit dan saya demam sampai sy sedekah pisang setandan kat surau lepas baik mende alah tu.saya urut breast yg bengkak tu dengan jari dan cuba keluarkan susu tu mmg sakit pastu tuamkan dgn botol yg berisi air panas plg penting teruskan penyusuan lama2 kelamaan bengkak menyusut dan sakit makin hilang.kalo bleh elakkan masa mula sakit tu dr mengepam sbb pam akan galakkan pengeluaran susu sedangkan susu xleh nak keluar sbb tersekat..so keluarkan dulu susu yg tersumbat dengan mengurutnya keluar baru boleh pam.masa mula kena sy terus pam apalagi sakit makin bertambah,berbeza dgn kalo kite direct feeding terasa makin berkurang sakitnya..mungkin lain org lain rasa sakitnya kot tapi mmg cara tu antara yg berkesan dgn saya,meskipun berair mata tahan sakit tp percayala ia akan sembuh juga yg penting jgn stop lak menyusukan anak dan sentiasa kosongkan breast.

Momma Mia said... January 6, 2011 at 7:53 AM

Thanks nurul for sharing!!!

MamaAiman said... January 6, 2011 at 10:52 AM

trimakasih kongsi tips2 yg sgt berguna..dulu mase awal2 susu tak keluar, saya letak kobis terus mengalir2 susu keluar..tapi bila baby dah 4bulan, susu tiba2 berkurang saya ulang letak kobis tak menjadi.. akak cakap bila letak kobis susu cepat kering ye?

adianiez AIDA said... January 6, 2011 at 12:52 PM

adus. memang sakit kalau bengkak B. tak tahan! mengalir air mata!!! tq for the tips, friends...

~ ms julie ~ said... January 6, 2011 at 4:19 PM

Ya Allah sungguh seksa pabila cik B bengkak.lagi2 masa tu dlm pantang.Hope for 2nd baby tak berulang lagi...tapi ms tu sy hanya tuam dgn ais,lagi cepat cair susu yang tersumbat tuh.Mula2 tuam dgn tuala yg dibasahkan dgn air panas.Tapi hasilnya lambat.Bila tuam pakai ais..barula cair..

BIONIC WOMEN said... January 8, 2011 at 7:28 PM

salah satu yg org kita jrg buat dan x perasan ia membantu ialah mandi air suam..sepanjang menyusu badan, saya x mandi air sejuk, terutama mandi malam..walaupun xder water heater, saya rebus air..alhamdulillah, sepanjang 2thn setengah menyusukan dulu, saya x pernah bengkak susu..
then elakkan@kurangkan makan menda sejuk, ais yg paling patut elak...
setiap pagi, bangun jer tido, minum air suam..sebelum tido minum susu suam..

 
Top