2
 sumber google

Bismillah hir rahman nir rahim...

Ya ALLAH ya Tuhan Kami 
  • Jika ada dikalangan kami orang yang sedang sakit, berikan kesembuhan kepada mereka
  • Jika ada dikalangan kami orang yang susah, bantukanlah segala urusan mereka
  • Jika ada dikalangan kami orang yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar bagi permasalahan mereka
  • Jika ada dikalangan kami orang yang sangat berhajat dengan keperluannya, sampaikanlah hajat dan cukupkanlah keperluannya.. terutama ibu-ibu yang sedang menyusukan anak mereka dengan susu ibu
  • Jika ada dikalangan kami orang yang menderhaka kepadamu Ya ALLAH, isteri yang menderhaka kepada suaminya YA ALLAH, anak2 yang menderhaka kepada  ibu dan ayahnya. ampunkanlah dan pimpinilah mereka
Ya ALLAH ya Tuhan Kami
  • Susah kami, bantulah Ya ALLAH
  • Beban Kami, ringankanlah Ya ALLAH
  • Permasalahan kami, berikanlah jalan keluar Ya ALLAH
  • Hajat kami, tunaikanlah Ya ALLAH
Ya ALLAH ya Tuhan Kami
  • Dosa kami, ampunkanlah Ya ALLAH
  • Keaiban kami, tutuplah Ya ALLAH
  • Keras hati kami, lembutkanlah Ya ALLAH
  • Hidup kami, bimbingkanlah Ya ALLAH
Ya ALLAH Ya Tuhan Kami
  • Keluarga kami, bahagiakanlah Ya ALLAH
  • Suami kami, Solehkanlah Ya ALLAH
  • Isteri kami, Solehahkanlah Ya ALLAH
  • Anak2 kami , soleh dan solehahkanlah Ya ALLAH
  • Jika ada antara kalangan mereka yang keras hatinya, lembutkanlah Ya ALLAH
  • Jika ada antara kalangan mereka yang belum mendapat kesempurnaan hidayahMu, berikanlah hidayahMu kepada mereka Ya ALLAH.
credit to kak N...

Post a Comment

Ummi Salsabila said... February 28, 2011 at 5:09 PM

terima kasih ka..everyday is agood day! Alhamdulillah..masih dipanjang umur kita ni.. :)

Momma Mia said... March 1, 2011 at 9:44 AM

@ Odah - Alhamdulillah. Actually smlalm my mom tak sihat muntah2.. tu yg risau sgt. Hari nih dah kurang sket. nak g kerja pun tak sedap hati... semoga my mum cepat sembuh..

 
Top