Skip to main content

Puting Tenggelam Bukan Halangan Untuk Menyusukan Anak

Saya ingin berkongsi pengalaman menyusukan bayi saya. Ssaya ibu kepada 2 org anak. Bekerja dgn sebuah syarikat swasta. Anak yg pertama tidak dapat langsung menyusukan secara terus dr breast kerana masalah inverted nipple+xde ilmu langsung. Saya cuma pump itupun guna pump manual biase. Paling byk dpt 2oz sahaja, lama-lama rase makin susah jadi terus saya beralih kepada susu formula, yg sedihnya baby dr lahir lagi dh minum susu formula.

Tambahan pula pada masa itu org sekeliling langsung tidak menyokong saya untuk bf baby..
kesedaran mula timbul setelah anak pertama berusia 8 bulan..saya perhatikan anak pertama mudah mendapat selsema, batuk, demam..setiap bulan aje mesti sakit..penggunaan susu formula menyebabkan anak selalu juga sembelit. walhal susu yg digunakan agak terkenal dan agak mahal juga tp semua tu tetap x dapat lawan susu ibu yg terbaik di dunia dijadikan Allah.

Semenjak dr anak pertama berusia 8bulan saya mula terdedah sedikit terhadap penyusuan susu ibu.. Setelah anak pertama berusia 2tahun 3bulan saya mula mengandungkan anak kedua.semenjak mengandungkan anak kedua lagi bertambah rancak saya mencari ilmu berkenaan dgn penyusuan susuibu.

Ketika kandungan berusia dua bulan saya mula membeli pump spectra3 extravaganza lengkap.mase tu x berani nk ckp dekat husband yg harga pump tu 600++..saya cuma ckp yg pump tu berharga 200..kemudian saya mula mngumpul sume peralatan untuk projek penyusuan anak yg kedua..semua brg saya beli sedikit demi sedikit.ketika cukup 9bulan saya melahirkan bayi perempuan..ketika itu perasaan bercampur kerana memandangkan susu belum ada..saya lihat anak yg keluar tu mula menunjukkan tanda2 untuk meyusu..

saya cuba gagahkan diri untuk meyusukan bayi,malangnya tidak berjaya kerana bayi tidak dpt melekap dgn betul. hati mula x keruan mase tu.mujurlah ada adik lelaki saya yg bekerja sebagai pembantu perubatan dia mengajar saya cara untuk melekapkan bayi dgn betul..Alhamdulillah dgn bantuan adik saya berjaya menyusukan bayi..tetapi masalah yg timbul pula bayi menghisap terlalu kuat sampaikan saya merasa fobia bile mendengar bayi mula menangis mahukan susu.


tp dgn izin Allah segala keperitan dapat saya atasi selama 3minggu berhadapan dgn sakit semasa menyusukan bayi..jadi kepada ibu2 yg mempunyai masalah inverted nipple percayalah bayi anda sebenarnya bayi anda tidak kisah bagaimana rupe bentuk payudara anda asalkan anda dapat melekapkan bayi dgn betul..ingat bayi bukan menyusu dr puting tp dr keseluruhan aerola kita.Suami yg pada mulanya kurang memberi galakan akhirnya menyokong saya dlm penyusuan susu ibu..suara2 sumbang yg byk menghalang saya untuk menyusukan bayi akhirnya lenyap begitu sahaja..

Memandangkan saya terpaksa berpisah dgn bayi (kerana bekerja) saya mula memerah susu seawal minggu pertama selepas bersalin..pada awal2 sesi mengepam saya hanya dpt 1oz-2oz..tp saya tetap kan terus mengepam susu utk memastikan bekalan mencukupi apabila saya telah mula bekerja nnt..saya mengepam 7-8 kali sehari siang dan malam untuk meperbanyakkan susu..mengamalkan pemakanan yg berkhasiat serta minum air yg mencukupi.

Alhamdulillah setelah masuk kerja saya mempunyai bekalan stok susu 120++ botol susu 4oz-5oz susu..murah rezeki saya pada mase itu..tp setiap kali saya pump pun paling byk dptlah 4oz..setelah masuk kerja,saya mula mngepam 4-5kali sehari..pada masa itu saya boleh dapat dlm 25oz kadang2 lebih dlm mase sehari.kemudian saya beralih kepada pump avent manual..dgn pump ni saya boleh dpt lebih lagi..yg mengejutkan saya boleh dpt 4kali let down dgn avent manual…pernah sekali pump sy dapat 13oz..paling byk buat diri saya sbb breast saya tidaklah sebesar mana.

Ketika anak berusia setahun,sekali lagi saya di uji..ketika pulang berhari raya,saya terlupa untuk memastikan peti tertutup rapat..pulang dr kampung amat2lah terkejut bile saya dapati peti sejuk terbuka sedikit..habis musnah 50 botol susu..ketika itu saya tiada sebotol stok susu pun..termenung seketika ketika itu.

Saya mula terfikir untuk campur susu bayi dgn susu formula..tp suami byk memberi semangat untuk saya kerapkan semula pump susu..saya mula berkerja keras..pada hari pertama bekerja selepas raya saya cuma ade 10 botol susu untuk bayi..ketika itu anak saya minum 4 botol sehari,tp alhamdulillah saya berjaya tidak memberi bayi sebarang susu formula sehingga kini anak saya sudah setahun 11bulan. Bulan 7 ni masuk usia nya dua tahun.

Saya akan terus memberikan susu ibu yg terbaik buatnya sehingga lah anak saya tidak mahu lagi menyusu.walaupun penat tp merasa amat berpuas hati..kesihatan anak kedua saya ini amatlah memberansangkan.dia jarang sakit dan seorg budak yg baik..inilah antara sedikit sebanyak pengalaman saya menyusukan bayi.

Kini dh ramai kawan2 saya turut serta menyusukan bayi mereka walaupun bekerja.saya menjadi tempat rujukan kawan2 untuk bertanya..sedikit sebanyak ilmu yg saya ada,saya kongsikan bersama mereka..terasa puas hati apabila dpt membantu ibu2 untuk menyusukan bayi.

ps. mommaMia: B/feeding tu tak mudah yer, tapi semngat ibu-ibu yang menentukan kejayaan penyusuan anda. Setiap orang punya cara yang berbeza untuk berjaya dan tiada satu pun cara yang boleh dinilaikan salah kerana setiap manusia mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri... pokok pangkal Jangan berputus asa!!


Perkongsian ilmu dan pengalaman yang paling berharga

Comments

Assalamualaikum,
Betul cakap akak tu..flat dan inverted niple x menghalang untuk menyusukan anak secara ekslusif...sbb saya telah berjaya menyusukan kedua2 bayi saya, hanya dgn susu ibu walaupun saya mengalami masalah flat & inverted nipple..tambahan pula, kedua2 anak saya mempunyai masalah tounge tie...

Pokoknya, yakinlah, dengan niat yg suci murni dr seorang ibu, Allah akan permudahkan jalan kt...Semangat yang tidak pernah luntur..dan yang penting, doa, doa dan doa..

hehe..tiba2 bersemangat plak saya ni..

thanks akak sbb share kisah ini...sekurang2nya dpt memberi semangat pd ibu2 yg lain..
kayzie said…
bgus kisah ni..ramai dh jmp kwn2 yg bg alasan mslah puting tuk tak susukan bayi..sbnrnya krng ilmu penyebab utama..sedey..
yup...jangan mudah putus asa..dan jgn mudah buat alasan..cuba sedaya upaya..insyallah niat yang baik selalu direstui oleh allah..
Jemari Matakia said…
Saya pun dah mula putus asa bila bayi saya )

mengamuk sebab x de susu badan.. Boleh x saya dapatkan menu pemakanan yang boleh membanyakkan susu badan?
Jemari Matakia said…
Saya pun dah mula putus asa bila bayi saya )

mengamuk sebab x de susu badan.. Boleh x saya dapatkan menu pemakanan yang boleh membanyakkan susu badan?
Siti said…
saya pon ank pertama ni x lme susu bdn...dia mengamuk kalo x kenyang lg..kesian tgk dia..terpaksa bg susu formula..skag ni dh 4bln...