Skip to main content

Tip Motivasi : Bagaimana Membina Keluhan Positif

Rentetan entry Sebuah Keluhan Menarik Ribuan Kenegatifan... So Bagaimana Membina Keluhan Positif??? Thanks to iMotivasi... keep sharing. i like!!!


Biasanya sikap suka mengeluh dikaitkan dengan sikap negatif. Namun apa jua yang negatif, boleh ditukar menjadi positif. Bila ada yang positf, barulah ada motivasi.

Positif sifatnya membina, negatif sifatnya memusnah.

Keluhan boleh ditukar menjadi keluhan positif. Hal ini baik untuk memperbaiki diri Anda dalam pelajaran, kerjaya, kekeluargaan, perniagaan, gunanya untuk membina jati diri lebih baik.

Bagaimana untuk mewujudkan keluhan positif?

Ia terjadi apabila Anda terbuat satu kesilapan. Jangan mengeluh, sebaliknya belajar dari kesilapan. Terima kesilapan itu, fahami apa yang tak betul, kemudian buat balik dengan betul. Anda mengeluh sebab Anda buat tak berapa bagus.

Beranikan diri untuk gagal, beranikan diri buat kesilapan sebab kesilapan dan kegagalan adalah guru terbaik bagi seseorang yang mahu berjaya.

Keluhan positif wujud apabila Anda merasa diri Anda tidak berasa bagus, kemudian timbul keinginan untuk buat dengan lebih bagus di lain kali.

Keluhan positif tidak perlu di lepaskan dengan mengeluarkan nafas beserta keluhan berat seperti mana Anda mengeluh tatkala ditimpa masalah atau ditimpa kesusahan. Keluhan positif cukuplah sekadar dengan mengetahui kesilapan, terima kesilapan sebab Anda buat tak berapa bagus selepas itu pasang tekad mahu buat yang terbagus di lain kali.

Anda sentiasa ada peluang membaiki diri, bezanya sama Anda nak dan tak nak saja. Seorang juara kekal menjadi juara sebab dia belajar dari kesilapan, dialah yang paling banyak menemui kesilapan. Pernah tak Anda terfikir kenapa atlit terus menerus berlatih? Sebab mereka beranikan diri buat kesilapan supaya mereka tahu kelemahan mereka. Bila sudah tahu kelemahan, mereka akan memperbaiki kelemahan itu.

Aset utama juara adalah pengetahuannya.

Dia tahu apa yang salah dan apa yang betul. Dia tahu lebih banyak dari orang lain. Sebab itulah dia kekal jadi juara. Perbaikilah diri Anda dari sehari ke sehari. Bila bangun pagi dan sebelum tidur, pasang niat di dalam hati Anda mahu perbaiki diri Anda pada keesokan hari.

Comments

ajumohit said…
yes betul, kalau org tegur kita buat silap selalunya kita akan putus asa, atau pikir aku dh buat betul2 pon still kene komplen lagi? maksudnya org yg mnegur tu nakkan yg labih baik dari kita, pikir kesan atau implikasi positif dari negatif, barulah gaji naik lebih hehehhe...gaji baru dh masuk bulan ni hehehe syukur
ICA said…
good info. it's a process sebenarnya...coz sometimes otak auto fikir negatif and selalu kena sentiasa peka and alert to take it in a positif manner... a continuous process..kan.
Ummi M.I.M.S said…
bgus info nih..
mekasih for sharing...