Skip to main content

Buat ibu-ibu yang sentiasa sibuk dan tidak cukup masa... apa perlu kita buat???


Sibuk - sangat senonim dengan kehidupan seorang wanita bergelar ibu... sehingga ada yang menjadi parah sehingga ada yang stress & demotivated... Bagaimana kita nak tackle masalah ini?? Tertarik dengan keberkatan masa yang dikongsi mommyLyna...
Bila bercakap tentang keberkatan masa, kita selalu rasa “Eh sekejapnya, dah petang dah, aku tak buat apapun lagi”. Duduk sekejap dah malam, akhirnya apa pun tak buat. Tapi ada orang dalam masa 2-3 jam dah boleh buat 2-3 kerja. Dalam masa sehari boleh berada di 2-3 tempat. Tapi kita asyik tak ada masa saja. Di situlah letaknya keberkatan masa. Sebenarnya ia bergantung kepada time management. Semua orang diberi 24 jam saja, tak ada sorang pun yang cuma ada 12 jam atau 30 jam.
Kalau kita asyik bagi alasan “Tak ada masa, lah." maka tiada masa la kita... tapi kalo kita kata ‘Masa itu ada’... haa maka dapat lah kita buat apa sahaja sebab masa itu ada... sangat simbolik kan??? Jadi jom bermula hari ini kita tukar dari berkata ‘tiada masa’ kepada ‘masa itu ada’....

Sekarang ni hidup mengejar masa... kan?? memang tak dinafikan!! Jadi jom kita blajar tips bagaimana membahagikan masa cara Mommy Lyna...
  1. Buat jadual peribadi.
  2. Jauhkan diri dari memberi dan mencari alasan.
  3. Cut masa untuk bersenang-senang terlampau lama.
  4. Jadikan setiap masa adalah masa untuk berfikir.
  5. Sentiasa rasa ‘kalau tak buat sekarang nanti tak buat-buat dah’.
  6. Adakan masa untuk Tuhan, Tuhan akan ‘adakan’ masa untuk kita.
  7. Kurangkan masa untuk berbual-bual dan memikirkan perkara yang tidak berfaedah.
  8. Kurangkan masa untuk mengeluh, berharap kepada orang, membebel, merungut dan lain-lain perbuatan yang tidak mendatangkan apa-apa kecuali kecewa, letih dan penat.
  9. Sentiasa berusaha untuk challenge diri sendiri.
  10. Anggap setiap halangan yang datang adalah masa untuk berehat, misalnya waktu-waktu anak meragam, komputer rosak, telefon rosak dan sebagainya.
  11. Dapatkan rehat yang optimum, bukan rehat yang melampau.
  12. Bawa sekurang-kurangnya sebuah buku ke mana-mana agar masa yang terluang dapat diisi dengan membaca buku.
  13. Galakkan perbincangan yang berfaedah dengan orang terdekat, terutama pasangan.
  14. Tahu limitation yang kita ada. Kemudian, push to that limit.
  15. Jangan jadikan orang yang tak berjaya sebagai ‘demotivator’ untuk kita, sebaliknya lihat pada mereka yang sibuk dan berjaya mengurus masa mereka, then belajar dari mereka.
  16. Sentiasa berdoa agar diberi masa dan peluang untuk membuat kebaikan dan kebajikan.
  17. Katakan tiada masa pada perkara-perkara remeh-temeh.

 It requires being a bit more proactive, a bit less lazy and a lot more organized!!
Apabila nak lakukan sesuatu yang baru, cuba buat sekarang. Jangan tunggu nanti, sebab kalau kita tak mula sekarang, nanti tu tak tentu kita boleh mula atau tidak.

Comments

Unknown said…
LIKE this entry
Nor said…
salam alin. suka baca entry ni, sangat memberi motivasi!

Tahniah dah jadi SV skrg ye!
e!ya said…
salam kenal..
besh baca blog awak n dah add bloglist saya..bc info yg bguna..
tq for sharing..
zaidah said…
suka baca...mula hari nie kna tukar minda supaya masa yang diberikan cukup n dihargai sepenuhnyer...terima kasih alin..
edane said…
good info dan sgt berguna!
mamamiya said…
wahh bestnya tips ni...

tq..(^_^)
Pija Madzlan said…
Like juga....lebih memahami tentang keberkatan masa :)