5
Perkembangan tumbesaran anak-anak 1-3 tahun adalah waktu kritikal.. Waktu nilah pelbagai aksi/ragam, percakapan, perlakuan, pertuturan diabsorb.. dicatch ke dalam memori anak-anak... So apa yang mama & abah boleh lakukan to make sure hanya yang terbaik diabsorb & dicatch oleh anak-anak???

Diawal usia 1 tahun 1 bulan, lil Dzakirah dah pandai ikut momma bersolat
Syukur alhamdulilllah.. semoga sayang rajin2 bersolat & jangan tinggal solat tau!!

Ini dia 9 waktu mustajab untuk ibu bapa nasihat anak walaupun untuk seminit...  petik dari ceramah Dr Fadzilah dan dari berita harian online...
  1. Sebelum tidur - saya sedang mengamalkannya… sambil tidurkan anak2, bagi good night kiss & bagi salam... Berdoa semoga hari esok adalah lebih baik dari hari ini... Ungkit semula segala perlakuan yang dah dilakukannya... i.e jangan tolak adik, kena sayang adik, kena jaga adik...
  2. Sedang tidur (bisikkan di telinga) - yang ni pun sedang dipraktis… so selawat dan baca kursi ke telinga dia)
  3. Selepas bangun tidur - bagi salam & nyanyikan lagu good morning... Skarang bila Damia bangun pasti tengok tingkap & tunjuk dah siang... seronok dia bila siang sbb boleh buat macam-macam... paling tak tahan sudah pandai ajak nak gie jalan... Mood suh mandi biasanya ok jer, pandai g toilet bukak baju, kekadang jer mood  moody... lil Dzakirah pun sama pandai g toilet & bukak pampers serta letak baju kotor dalam bakul.. kekadang Damia punyer baju pun dia tolong...
  4. Selepas mandi - skarang ni anak-anak paling suka bila letak minyak telon ke perut & tapak kaki... siap suruh kita buat lagi... so masa nih berdoa semoga anak-anak sentiasa ceria & sihat2 sejahtera serta terpelihara dalam rahmat Ilahi...
  5. Selepas solat - saya suke baca alfatiha & doa sesama anak-anak, pastu suh salam, hug & kiss... juga amalkan baca "Ya Latif" 3x dan tiup ke ubun2 anak2
  6. Selepas baca al-Quran - Baca depan anak-anak agak anak2 dapat dengar skali... kalo boleh ajak skali duduk sesama baca walupun sekejap takpe... lama-lama sebati la dalm jiwa anak2, InsyaAllah...
  7. Selepas berdoa - doa sama2… selalu kata ke anak2 agak bykkan berdoa
  8. Selepas riadah - haa...yang ni kalau weekend suka bwk anak2 jalan2… so lepas balik ajar anak say Thank you momma & abah sbb bawak jalan2...
  9. Ketika emosi anak terangsang - contohnya selepas memarahi anak especially bila time tengah nangis... nasihat agak jangan ulangi lagi... paling tak tahan si Damia, bila kata faham laju jer jawap "ham"... siap promise... tapi buat lagi... tu pasal kena nasihatkan selalu...

 
Damia rajin ikut abah solat berjemaah...
momma kantoi... bila amik gamba hilang khusyuknya bersolat jemaah...

 _____________________________________

Ayat al-Quran yang digalakkan diamalkan:
  • Surah al-Baqarah - satu malam baca, tiga malam syaitan tidak masuk rumah
  • Surah al-Nahl, ayat 97 (amalan untuk mencapai kebahagiaan).
  • Ayat akhir surah at-Taubah (baca 7 kali selepas solat fardu untuk mengharap pertolongan Allah)
Firman Allah yang bermaksud: “Jika mereka berpaling, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah Allah bagiku (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Kepada-Nya aku berserah diri dan Dialah yang memiliki ‘Arasy yang agung.”

 Anak-anak Anugerah terindah
Syukur ke hadratmu Ya Allah...

Post a Comment

Huraizah said... June 14, 2011 at 12:01 PM

Salam
Mmg mendidik anak nie kena byk sabar
Kena byk berdoa utk anak2
Kak pun bisikkan kata2 semangat n doa
Kebaikan anak2 ms depa tdoq...

Ada juga cara kt atas tue yg akak nk share yer
Minta permission ek :)

azrinna said... June 14, 2011 at 12:13 PM

TQ tip ni. Mmg kna byk2 sabar nk didik anak ni.

MamaAiman said... June 14, 2011 at 1:35 PM

sgt sweet post ni. saya nak amalkanla untuk anak saya setahun sebulan. sedih sgt lepas die respons dgn vaksin MMRV (tak sihat 2minggu) die suka menjerit2 menangis even untuk benda yg kecil. sgtla bersabar. nk kata masih taksihat nampak dah sihat tapi mungkin die terbawa2 perangai menjerit tu masa sakit haritu :(

yantz-yeem said... June 14, 2011 at 2:35 PM

bagus kalo amalkan cara2 nie..tapi time bangun tido tu susah nak amalkan sbb tergesa2 nak keluar umh...tapi mmg mujarab bila kita bg nasihat mse sblum tdo mlm...esok nya nampak perubahan dia kan?

nur easy said... June 14, 2011 at 2:51 PM

bagusnya info ni...thanks bkongsi

 
Top