0
Buat teman-teman yang punya ibu dan bapa yang mengidap kencing manis.. semoga perkongsian ini dapat membantu anda... credt to kak N & Intan.
Pada musim Haji yang bakal tiba tidak lama lagi, insyaAllah mak dan ayah saya akan berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan Haji.

Tarikh penerbangan meski belum diketahui, namun beg dan gelang tangan dari Tabung Haji sudah pun diperolehi menandakan memang sahlah mak dan ayah saya akan dapat mengerjakan Rukun Islam yang kelima ini. Alhamdulillah.. tercapai jua hajat kedua orang tua saya untuk menunaikan Haji pada tahun ini. Sementelah pula ayah pun dah pencen, memang sedang eloklah mereka ke sana.

Walaupun gembira di atas berita itu, namun terselit jugak rasa sayu apabila mengenangkan bakal berjauhan dengan mak dan ayah dalam tempoh masa yang agak lama jugak. Juga bimbangkan kesihatan kedua orang tua saya ini.

Mak dan ayah merupakan penghidap diabetes. Namun, paras gula dalam darah mak lebih tinggi berbanding ayah. Dah lama mak saya menghidap sakit ini, iaitu sejak hamil adik saya yang bongsu, berterusan hingga sekarang. Kedua-duanya bergantung kepada ubat. Bermakna ianya masih terkawal kerana masih mampu bergantung pada ubat dan belum lagi suntikan insulin. Mungkin berkat mak dan ayah menjaga pemakanan mereka sehari-hari. Ketika menjalani pemeriksaan bakal Haji, mak saya didapati paras kolesterol mak saya juga melebihi tahap yang sepatutnya. Mak telah dinasihati mengambil pula ubat mengawal kolesterol.

Namun saya terfikir, alangkah baiknya kalau mak dan ayah tidak bergantung lagi kepada ubat kencing manis itu atau paling tidak mengurangkan dosnya.

Akhirnya saya mengambil keputusan untuk membelikan ini sebagai bekalan untuk mak dan ayah.....
Performance Drink dan Fibre Plan Unflavoured dari Shaklee...


Fiber Unflavored... 
its good for Gout,Diabetic,high kolestrol,masalah sakit jantung,sembelit,digestion,mulut berbau..
Minuman Fiber ini merupakan serbuk serat semulajadi yang tidak berperisa dan kaya dengan Vitamin C. Setiap hidangan Fiber Plan ini mengandungi 4 g serat larut air. Ianya juga dipercayai dapat mengawal kandungan gula dalam darah dan paras kolesterol serta dapat memperbaiki kesihatan jantung.

Sudah 3 hari mak dan ayah mengamalkan meminum Fiber ini setiap pagi sebelum mengambil sarapan. Hari ini, sepulangnya saya dari sekolah tadi, mak memberikan saya khabar gembira.

"Tadi mak check darah, gula mak turun 4.6!!! Selalunya paling rendah pun mak dapat 7 atau 8, tak pernah dapat sampai macam ni.... " beritahu mak yang nampak gembira sangat dengan paras gula dalam darahnya.
(Mak ayah saya memang ada kit pemeriksaan darah untuk diabetes. Jadi mereka boleh periksa kandungan gula sendiri secara teratur)

SubhanAllah!!!! Saya yang dengar macam nak melompat kesukaan. Alhamdulillah... setelah pelbagai petua, ubatan dan minuman yang mak ayah saya cuba.. akhirnya hari ini dia berjumpa dengan yang sesuai dengannya. Saya memang gembira. Apatah lagi nampaknya tiada kesan sampingan daripada minuman ini. Tenang sikit hati saya bila mengetahui minuman Fiber ini sesuai dengan kedua orang tua saya. Tidaklah saya susah hati mengenangkan keadaan kesihatan mak dan ayah di Mekah nanti.

Satu lagi minuman yang saya bekalkan untuk mak dan ayah saya adalah Shaklee Performance Drink khusus untuk membekalkan mereka tenaga dan mengelakkan dari dehidrasi sewaktu beribadah di Mekah kelak. Semoga mak dan ayah saya dapat melakukan ibadah Haji dengan lebih bertenaga dan sempurna tanpa sebarang halangan... insyaAllah...

Anda bagaimana? Dalam pada kita asyik memikirkan kesihatan diri sendiri, suami dan anak-anak.. tidakkah teringat kepada kesihatan mak dan ayah kita??? Alangkah bahagianya hati mereka dan hati kita sendiri jika dapat memberikan sesuatu untuk kesihatan mereka kan? 

Bagi yang ingin mencuba, atau ingin bertanya lebih lanjut tentang Fiber Drink ini silalah tinggalkan komen atau email azlin.mohdatan@gmail.com.
Harganya???
Fiber Plan Drink Mix Unflavoured (10.6 oz) = RM 135 (Discounted Price)

Mahal??? Tidak sebenarnya, untuk saiz ini boleh digunakan sehingga 6 bulan kerana sehari hanya guna 1/2 sudu teh sahaja dibancuh dengan semug air atau apa-apa jus kegemaran. Jaid jika dihitung panjang sebulan hanya mengeluarkan belanja RM 22.50 tunaiiiiii sahaja. Tak mahal kannn???

Post a Comment

 
Top