3
Perkongsian ilmu... Semoga menjadi pandauan untuk semua....Hukum Hakam Penyusuan Ibu. Thanks to Zatul for sharing!! Buat ibu-ibu susuan do share yer pengalaman anda!!



1. Hak untuk menyusu adalah hak ibu
Maknanya seseorang ibu itu boleh memilih samada hendak menyusukan bayinya atau pun tidak. Jika dia memilih untuk tidak menyusukan bayinya, walaupun disuruh oleh suaminya untuk menyusukan bayi mereka, tidaklah jatuh hukum derhaka kepada suami.

2.Tanggungjawab suami mencari ibu susuan jika isteri tidak mahu menyusukan bayi
Jika isteri menolak atau tidak berkemampuan untuk menyusukan bayi mereka, suami bertanggungjawab untuk mencari ibu susuan untuk anak mereka.

3. Syarat wajib menjadi anak susuan
  • a. Bayi tersebut mestilah berumur 2 tahun ke bawah.
  • b. 5 kali kenyang – 5 kali kenyang ini bermaksud, 5 kali menyusu dan setiap penyusuan ibu itu haruslah sehingga bayi itu benar-benar puas , nampak kenyang, tidak meragam dan jika ada sendawa ianya boleh dijadikan panduan sebagai kenyang.
4. Hukum Maram antara anak susuan dan adik beradik susuan
  • a. Adik beradik susuan tidak boleh berkahwin 
  • b. Anak susuan tidak boleh berkahwin dengan nenek/atuk disebelah ibu dan ayah susuan 
  • c. Anak susuan tidak boleh berkahwin dengan ayah susuan 
  • d. Tidak boleh berkahwin dengan adik beradik kepada ibu dan bapa susuan 
  • e. Haram berkahwin dengan anak kepada ayah susuan yang berlainan ibu. maknanya jika ayah susuan tu ada berkahwin 2 atau lebih, tidak boleh berkahwin dengan anak ayah susuan tersebut. Dalam bahasa lain ianya bermakna anak tiri ibu susuan la (begitu juga dengan anak kepada ibu susuan dengan suami terdahulu atau terkemudian (jika berlaku perceraian). 
  • f. Tidak boleh berkahwin dengan anak perempuan kepada adik-beradik susuan lelaki atau perempuan
Nota: Yang lain-lain saya tak ingat sangat. Rugi tak rakam masa tu. Kepada yang arif dalam hukum hakam ni, kalau ada kesilapan disini, minta betulkan. Terima kasih.

5. Pembahagian harta dengan anak susuan
Hukum mahram anak susuan dengan adik beradik dan ayah/ibu susuan hanya setakat hubungan nikah kahwin dan tidak termasuk dalam pembahagian harta. Namun begitu, adalah tidak salah jika ayah susuan ingin menyerahkan sebahagian hartanya kepada anak susuannya. Maknanya di sini ialah anak susuan tidak termasuk dalam hukum farait.

6. Lain-lain
  •  Adalah haram jika adik-beradik susuan memandang satu sama lain dengan perasaan berahi. 
  • Jika mereka berkahwin tanpa mengetahui mereka adalah adik beradik susuan, mereka perlu dipisahkan (apa istilah dalam Islam ni yer?). Ustaz tersebut ada juga menyebut mengenai tindakan yang perlu diambil jika mereka tidak boleh dipisahkan tetapi saya dah terlupa apa dia. Jika ada yang tahu, minta email saya supaya saya boleh update info untuk pengetahuan bersama.
7. Apa hukumnya kalau suami terminum susu isteri?
Tidak mengapa dan hukumnya harus, dan tidak akan menjadi anak susuan kerana salah satu syarat wajib menjadi anak susuan ialah 2 tahun ke bawah. Suami confirm dah lebih dpd 2 tahun umurnya.

credit : 
  • http://www.babynme.com.my/blog/?p=2212
boleh refer sini juga : 
  • http://www.ustaznoramin.com/2010/04/pergaulan-adik-beradik-saudara-susuan.html
  • http://duniasusuibu.com/perspektif-islam-terhadap-penyusuan-ibu/hukum-ibu-susuan/

Post a Comment

Sitisifir10 said... June 16, 2011 at 8:03 AM

Hari ni baru tau yang anak tiri ibu susuan pun jadi mahram kita... hhuhuhu

♥S@R@♥ said... June 16, 2011 at 11:20 AM

good info..

kakk saya pernah jadi ibu susuan..utk mengelak anak dia berkahwn dgn anak susuan..kakk saya kata dia tulis nama anak susuan dia tu pada surat beranak anak dia..

Azrina Mohd Tajul Ariffin said... June 16, 2011 at 4:42 PM

Alin..actually ada khilaf dlm pemberian susu 5x ni...3x pon dah boleh jadi anak susuan. Tapi kalau tak yakin buat 5x penyusuan

 
Top