Skip to main content

Anak-anak giler ber-Art ~ Apakah kepentingan pendidikan Art ni?

" PENDIDIKAN seni dapat membantu melahirkan imaginasi yang membina dan merangsang keupayaan berfikir secara kreatif.Menerusi pendidikan seni, pemikiran kreatif ini akan berkembang ke dalam minda kanak-kanak dan menghasilkan keupayaan menyelesaikan masalah, memahami pembacaan dan pemikiran analitikal yang jauh lebih baik.
Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. "

 
Tahukah anda ?? 
KEPENTINGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KEPADA KANAK-KANAK 
  • (a) Aspek Kognitif - Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan.
  • (b) Aspek Fizikal - Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.
  • (c) Aspek Kreativiti - Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir.
  • (d) Aspek Persepsi - murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.
  • (e) Aspek Sosial dan Emosi - Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk.



Secara kesimpulan KANAK-KANAK DAN SENI LUKIS merupakan satu medium yang membentuk dan mencorak kreativiti minda anak-anak...
  • (a) Melukis sebagai Medium Komunikasi - Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi.

  • (b) Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri - Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak.
  • (c) Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem) - Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera.

Cuba tengok cara Damia pegang berus tuh?? Cuba tengok adik Dzakirah pula...
Gaya master in Art tuh...



Tadaaaa... ni la hasil seni kami...
cantik kan??!! jom kita ber-ART

Comments

mamaQai said…
hihi bgusla ibu bapa skrg..klau dulu seni ni dipandang sepi je..lagi2 pendidikan seni kat sekolah..tapi skrg pun kerajaan dah lahirkan cikgu2 berijazah major seni ni..so bgus jg utk anak2 nanti..
Mommy Lyna said…
uhuhuh. lepas ber-painting habis dindig kena tampal hasil diorang, tak kira la dinding rumah sapa hehehe


diorang = hafiy & fahry
alinalan said…
mamaQai - dulu kebebasan utk anak2 terbatas.. semua parent dah tentukan...
alinalan said…
@ mommyLyna - hehe kalo hasil tangan ART didinding menjadi taruhan memang tak tahan... tapi kalo tahan dinding umah orang pun layan... teror tuh... heheh

kat umah biasa dorang gemar berkarya didinding bilik ibu ayahnya sbb suh hari2 kene tengok & remind to them la tuh..
ida ahmad said…
nice..tak comot pun meja tu diorang kerjakan.. bagusla anak2 dara ni..

artwork pun cantik. boleh jual ni.:D