Skip to main content

Anda Hamil @ Mengandung?? Kenalpasti vitamin yang PERLU & vitamin yang DILARANG dimakan

Tahniah Ya!! saya ucapkan tahniah kepada anda yang bakal bergelar ibu ataupun bapa. Tiada apa yang lebih mengembirakan daripada mengetahui berita yang kita bakal bergelar ibu atau bapa.

 
Apabila seseorang wanita itu disahkan mengandung, doktor akan memberikan wanita itu beberapa jenis supplement. Supplement amat penting  bagi memastikan ibu hamil serta kandungannya memperolehi cukup zat dan nutrien yang diperlukan. Namun bagi ibu mengandung anda perlu tahu bahawa hanya ada beberapa vitamin yang disarankan diambil semasa mengandung demi memastikan bayi dalam kandungan membesar dengan sihat dan cukup zat.

VITAMIN YANG PERLU

Vitamin yang perlu diambil oleh ibu yang mengandung adalah ... 
  • protien, 
  • multivitamin yang lengkap dengan zat besi, 
  • vitamin b complex yang lengkap dengan folik asid,
  • Vitamin C, 
  • Kalsium dan 
  • Omega.

FUNGSI VITAMIN

Secara ringkasnya kepentingan vitamin tersebut adalah :

  • Protien : untuk bina sel. Sel terbina dari protien. Tanpa protien, pembinaan dan perkembangan sel boleh terbantut.
  • Multivitamin dengan zat besi : demi memastikan sel mendapat semua vitamin penting dalam membentuk membentuk organ. Zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin.
  • B complex : penting untuk pembinaan sel darah, sarah dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala.
  • Vitamin C : pembentukan kolagen dan membantu sistem antibodi.
  • Kalsium : pembinaan sel darah merah serta tulang bayi.
  • Omega : membantu pembentukan sel otak. Pengambilan hanya dibenarkan selepas bulan ke-4 kehamilan (trimester ke-2)

VITAMIN YANG DILARANG

Namun ada beberapa vitamin yang tak disarankan diambil semasa mengandung ialah antaranya 
  • vitamin E, 
  • Alfalfa, 
  • GLA, 
  • Vivix, 
  • Cinch 
kecuali atas saranan doktor sendiri.

Vitamin2 yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.

Maka sebelum anda membeli apa jua vitamin, pastikan konsultasi diberikan agar pengambilan vitamin memberi kesan kesihatan yang optimum.


Ingin membeli vitamin pada harga istimewa? 
Meh lekas Wasap Alin di 019-2682709. Klik di sini.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Comments

Kak, apa komen akak utk ibu2 yg mengandung tapi meruskan lagi penyusuan (i.e-jarak antara baby 1 and baby 2 xsmpai 1thn)?
adakah ok utk teruskan penyusuan spt biasa w/pn dh disahkan hamil semula?
Saya pnh tnya soalan ni pd org lain, tp xmendapat jawapan :(
alinalan said…
@ Zara - Hai Zara. Meneruskan penyusuan semasa hamil ni subjektif.

1. Kalo tanya doktor, biasanya doktor tak galakkan. Tu yg alin kena masa menyusukan Damia (1 tahun 2 bulan), bila nak sambung selepas kelahiran, Damia dah takmo susuibu...

2. Jika punya history keguguran, biasa tidak digalakkan meneruskan penyusuan.

3. Penyusuan semasa hamil adalah satu yg tak mustahil berlaku.. ada je ibu2 yg berjaya menyusu semasa hamil. cth terdekat Mardziah (dunia susu ibu) boleh dapatkan pandangn beliau secara lebih details >> http://duniasusuibu.com/

apa2 pun bergantung kepada si ibu... perlu pastikan kesihatan dijaga agar anak yg dilahirkan juga sihat.