Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

Productive Muslim :: *DOODLE OF THE MONTH*

By Sr Aneesah Satriya 

Tinggal 2 hari lagi momma nak dapat Phd in Breastfeeding

Bismillahirrahmanirahim... Alhamdulillah alhamdulillah... tinggal 2 hari lagi... di minggu-minggu terakhir ni dak tecik Dzakirah ni tak moh dah minum susu EBM momma dari botol nak direct feed jer... Slalu minum tak abis. Penat momma mengepam sayang... hehehe takpe momma akan tetap "degil" gigih mengepam tendum pumping dengan sayang yer....  Alhamdulillah hasil tendum pumping kami mlm smlm Masih cukup yer...  3x mengepam tendum pumping sehari  camni la momma dapat diakhir fasa ni Jom layan aksi budak yang nak grad ni juga... semakin genius mengacau si kakak sampai sanggup gigit badan kakak Damia... heheh sian kakak dah kena buli skarang adik kena sayang kakak Damia tau!!! ".. breastfeed baby memang akan camni tau... "

Didiklah anak-anak perempuan kita untuk menjadi...

sumber :: AnakkuSoleh.com Jom kita sama-sama didik anak-anak perempuan kita untuk menjadi: 1. Dai’eyah (داعية) Berusaha untuk menghidupkan usaha dakwah Nabi saw, dengan tujuan untuk memperbaiki diri kepada iman yang sahih, dan amal yang mengikut sunnah Rasulullah saw. Dan dalam masa yg sama, menggalakkan suami & mahramnya utk memperbaiki diri mereka juga dgn membuat pengorbanan diri, harta dan masanya, untuk berjumpa dgn umat di serata alam. 2. A’limah (عالمة) Fasih dalam ilmu pengetahuan agama, mengetahui selok belok ilmu masaiel (hukum ahkam agama) dan fadhaiel (kelebihan amalan agama), dan berusaha untuk menghidupkan majlis taa’lim di dalam rumahtangganya dan untuk wanita & anak-anak di kawasan kejiranannya. 3. A’bidah (عابدة) Melapangkan masa hariannya, untuk beribadah kepada Allah dengan mengamalkan zikir-zikir, doa-doa, dan memperbanyakkan bacaan Al Quran. Dan yang paling penting, dia menjaga solatnya supaya ditunaikan di awal waktu,

4 rahsia yg anda perlu tahu... tentang faedah bersarapan untuk anak anda

Sumber asal: http://www.yoursupermom.com Kanak-kanak yang mengambil sarapan kebiasaannya lebih bijak. Kajian mendapati terdapat p erbezaan antara kanak-kanak yang mengambil sarapan dengan kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan seperti Markah lebih tinggi Daya fokus lebih tinggi Lebih kerap mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran Lebih cekap membaca dan membuat matematik Daya taakulan lebih cekap, terutama untuk latihan yang sukar Kurang stress Kanak-kanak yang mengambil sarapan kebiasaannya lebih sihat ; mempunyai daya ketahanan badan yang lebih tinggi berbanding dengan kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan. Mereka juga kurang 'ponteng' ke sekolah, Kanak-kanak yang mengambil sarapan juga didapat i mempunyai berat badan yang lebih ideal - kurang mendapat penyakit dan kecederaan berbanding kanak-kanak yang overweight. Kanak-kanak yang memulakan hari dengan keperluan nutrisi yang ideal (sarapan yang lengkap dan berkhasiat) cenderung untuk

Tak dapat main Pasir Pantai, beraksi renang berirama di Kolam pun syiok wooo

layanzzz aksi supermodel jr. Marah sungguh dia dipaksa kuar dari kolam... Lain kali kita mandi lagi yer sayang...

Gabungan vitamin untuk kulit Cantik dan Berjerawat

sumber: utusan.com.my Soalan: Saya mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari sebagai anti oksida selain dikatakan baik untuk kesihatan dan juga kulit. Bagaimana pula dengan vitamin lain seperti E, beta-karoten, mineral zink yang seringkali digabungkan bersama? Jawapan Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink . Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan. Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun.   Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit

Kisah benar Puteri, road to pendapatan 4 angka... Alhamdulillah

Bismillahirrahmanirahim...   Beri lalulan.. beri laluan... ni kisah benar yer. Pengalaman cik Puteri tiba-tiba jer jadi distributor Shaklee... Perkongsian yang sangat santai. jemput baca semua ek... Ada ke sesipa yang merasakan seperti Puteri tuh?? "setiap hari saya menjenguk blog "dia"... bila jenguk mesti nk order ahaha! magnet ok! " Maaf ler yer kalo ada yang terasa begitu, tapi percaya ler mommaMia niat untuk berkongsi... tiada paksaan kan? Bila anda dah cuba anda sendiri tahu akan keberkesanannya. Benda baik kita perlu berkongsi kan... hihi masa dia bgtau dulu rasa nak tergelak pun ada... Tahniah sis dah berjaya perolehi pendapatan 4 angka.   Jom zashhh... sesiapa yang berminat nak dapatkan COD dari Puteri anda boleh dapatkan di area Wangsa Maju, KLCC, Dayabumi... how to contact her, feel free to terjah her blog PUTERI . Jangan takut bermimpi yer kawan-kawan. Semoga impian kami utk fulltime "WAHM" akan tercapai... sooooooooooo

School Holiday - Yofe-yofe @ Penang part 2

Turun dari bukit Bendera, perut lapar lagi so harus diisi... Terus gerak gie ke Tesco Lepas lunch its playtime then gie solat kat masjid terapung subhanallah.. cantik pemanadangan hari tuh.. then ke pantai sesampai jer dah nk bentang tikar gerimis mengundang.. hati berat nk balik sbb sian kat anak2 tak sabo nk main pasir.. so rehat jap kat tempat  makan berhampiran minum2 dulu lechekang 3 plsss no piccas sbb momma sibuk layan call from Korea :( kalo ler gie holiday tak yah bawah phone best kan?? pastu rasa2 hujan dah berhenti kami terus gegas ke pantai.. dapat ler duduk-duduk & tukar baju anak2 tetiba ferimis mengundang lagi... abah kata jom ler lain kali kite gie pantai lagi yer sayang... cian anak2 so berbaju mandi dlm kete jer... aksi mandai pantai tahun sebelumnya boleh refer  SINI so pusing2 balik pulau jumpa Empangan ni tak kluar sbb hujan kan...  Lepas habis tour Balik Pulau perut lapar giler lagi so  gie c

School Holiday - Aksi hover budak comel bila cuti skolah

Bismillahirrahmanirahim... Lihat ler aksi hover anak dara momma yang sangat enjoy sebab tak yah gie school... ngehh.. ngehh ngehh... Skarang ni tak payah suh nak bergambar or berposing.... siap cakap "momma, cepat la amik gambar Mia..." hambik ko... sporting tak sporting... omak plak yang tak terkejor... hihihi... selamat cuci mata... ada yang berkenan nak jadikan supermodel ker?? hihi.. lupakan ajo ek sbb anak omak ni memang pemalu bila dengan orang yang dia tak biasa... Geram kan? Sejak skolah ni semakin peramah kekadang terlampau pemalu pun ada... Semakin lebih give and take bila dengan adik Dzakirah. Kurang membalas bila adik Dzakirah pukul or tarik rambut yang gojes tuh.. hihiii... lagi satu walupun dah semakin kurang minum susu, tapi berat masih maintain yer. Nak kata kuat makan idak ler juga.. biasa jer... cuma smlam dia kata "... nak kurangkan bahagian perut la, so jom la kita gie jalan-jalan..." uishhh... \o/ haaa pening momma, s

School Holiday - Yofe-yofe @ Bukit Bendera, Penang

Bismillahirrahmanirahim... As Salam semua...Bagaimana cuti sekolah anak anda... Since anak dah bersekolah walaupun tadika jer kira tempias ler skali kan.. so harus gie cuti-cuti Malaysia kan? Kebetulan ada weeding sedara terdekat so kami menyelam sambil bercuti skali ke Penang... So trip ke-3 buat Damia dan ke-2 buat Dzakirah. Holiday kami yemba2 dulu boleh refer sini  2011 & 2009 . Trip kali ni sangat best sebab misi mencari makanan yang sedap-sedap disamping terjah tempat yang asyik tak dapat dikunjungi 2 tahun lepas... berjaya. cer teka ???  Yup yup Bukit Bendera... Akhirnya sampai juga kami   Perkhidmatan kabel car yang terkini sangat laju yer 5 minit jer dah sampai ke puncak sampai-sampai..cuci-cuci mata tetiba perut berkeroncong.. so kita makan duluuuu... Lihatler ais kacang yang menggunung itu... yum yum... Alhamdulillah... Dah kenyang, its time jalan-jalan So melawat Taman Burung macam jenis burung ada... Pa