0
 Bismillahirrahmanirahim...

Hari ni nak citer tentang anak-anak... rindu sangat. Jika anda diberikan pilihan apakah pekerjaan yang anda idamkan untuk anak-anak anda ?? Ianya bukan ler satu paksaan, tetapi doa itu kan senjata mukmin, dan doa ibu makbulkan... Kita sekadar berdoa dan berusahalah yang terbaik, InsyaAllah Allah pasti bantu.

Masih ingatkah anda dengan entry post kami tentang Damia & Dzakirah fantasy?? Kalau tak tau sila ler terjah yer... macam-macam fantasy yang sangat menarik tertarik untuk future dream anak-anak...

Ramai cakap jadi doktor tak ada life. Kalo Perempuan not suitable, nanti macam mana nak didik anak bila ada zuriat... tapi dimana ada kemahuan di situ ada jalan.. sebagai contoh Prof Dktr Muhaya Muhammad. Seorang doktor mata, ada anak, waktu anak dia membesar... pasti kehidupan dia juga sibuk, tapi dia berjaya didik anak dia.. menjadi seorang muslimah. Bukanlah bila hidup sibuk bekerja anak terabai kan?

Dr zulkifli ada juga sebut dalam ceramahnya. Boleh jadi seorang doktor itu mendidik anak lebih baik dari yang lainnya, tuntasnya semua orang mampu melahirkan seorang yang soleh dan solehah.. tinggal caranya dalam mendidik, pengabdiannya sebagai hamba dan bagaimana hubungannya dengan sesama makhluk..

Doktor in the making... adik Dzakirah tidor dah waktu ni tak leh nk posing

Semua pekerjaan yang bersumberkan halal adalah mulia, pekerjaan menjadi seorang doktor itu juga mulia..
Dr.Zulkifli pernah berkata dalam ceramahnya - "... untungnya menjadi seorang doktor kerana dapat melihat pesakit, itu buatkan diri sentiasa sedar dan syukur akan nikmat yang diberi..."
Dr.Muhaya juga pernah berkata - "... selain tugas merawat pesakit, doktor juga berperanan mengingatkan pesakit agar redha atas ujian diberi. Boleh memberi nasihat, kata-kata semangat. Maka dalam masa yang sama, seorang doktor boleh berdakwah... walau hanya satu perkara yang disampaikan... "
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit, seolah-olah dia berada dalam ‘Kharfah’ sehinggalah dia pulang.” Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan ‘Kharfah’ itu?” Rasulullah saw bersabda: “Iaitu kebun di syurga (yang penuh dengan buah-buahan yang boleh dipetik pada bila-bila masa)”. [HR Muslim]
Daripada Ali ra, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: 
“Tiada seorang pun yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik pada bila-bila masa.” [HR At-Tirmizi: Hasan]
 Jadilah doktor yang sentiasa murah dengan senyumana yer sayang...

Subhanallah... bestnya !!! Banyak kan kelebihan jadi doktor ni... Semoga anak-anak momma berjaya di dunia dan diakhirat. walau apa jua pekerjaan halal yang kalian pilih. Doa momma sentiasa mengiringi kalian walau dimana jua berada.

Dari jauh set doktor tu datang...
nun jauh dr Mesra Mall, Kerteh Terengganu
Aksi selepas beriftar dengan "anak Shaklee" - Nash sekeluarga
Semoga semua anak-anak momma sentiasa berjaya di dunia & akhirat 
serta dlm redha Allah sentiasa

Post a Comment

 
Top