0

Senarai yang disediakan hanya mewakili pilhan yang dipersetujui secara bersama oleh Team SK dan tidak bertujuan untuk memberi kesan negatif dari aspek susunan. Senarai hanyalah pendapat bersama Team SK bagi tujuan memberi manfaat bersama secara kolektif.
“Wanita seindah hiasan, seindah hiasan adalah wanita solehah”
Allah swt memuliakan wanita di dalam Al-Quran dengan menamakan surah An- nisa'. Begitulah istimewa dan hebatnya wanita. Sempena Hari Wanita pada kali ini, SK ingin berkongsi ikon atau srikandi Islam di zaman Rasulullah yang boleh dijadikan ikutan. Semoga perkongsian ini dapat membantu para wanita agar menjadi wanita solehah dan memberi anjakan paradigma dalam diri setiap muslimah demi memperbaiki diri ke arah yang lebih baik di samping mengamalkan syariat Islam.
"Tangan yang menghayun buaian mampu mengoncang dunia"

#1 Saidatina Khadijah Binti Khuwailid
Seorang isteri sejati, muslimah yang dengan segenap kemampuan dirinya berkorban demi kejayaan Islam. Berasal dari keturunan yang terhormat, mempunyai harta kekayaan yang tidak sedikit serta terkenal sebagai wanita yang tegas dan cerdas. Saidatina Khadijah RA merupakan wanita pertama beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Beliau banyak membantu dan memperteguhkan tekad Rasulullah SAW melaksanakan risalah dakwah. 

Beliau sentiasa berusaha meringankan kepedihan hati dan menghilangkan keletihan serta penderitaan yang dialami oleh suaminya dalam menjalankan tugas dakwah. Inilah keistimewaan dan keutamaan Khadijah dalam sejarah perjuangan Islam. Beliau adalah sumber kekuatan yang berada di belakang Rasulullah SAW.


#2 Saidatina Aisyah Binti Abu Bakar As-Siddiq
Kisah hidup Saidatina Aisyah r.a. telah membuktikan bahawa wanita mampu menguasai bidang keilmuan mengatasi kaum lelaki serta mampu menjadi pendidik kepada para ilmuan dan pakar-pakar dalam pelbagai bidang. Kehidupan beliau juga menjadi bukti kemampuan wanita dalam mempengaruhi pandangan masyarakat, baik lelaki mahupun perempuan, serta membekalkan sumber inspirasi dan kepimpinan yang mantap. 

Wanita yang kaya dengan pekerti tinggi, lemah lembut serta sopan santun ini juga telah membawa kebahagiaan dan ketenangan hati yang tidak putus kepada suaminya. Ini membuktikan bahawa ilmu mampu merubah persepsi masyarakat terhadap diri kita.


#3 Sumayyah Binti Khabbat
Dia merupakan orang ke tujuh yang masuk Islam dan merupakan tujuh orang pertama yang menampakkan keislamannya. Dengan iman yang kuat dan keberaniannya Sumayyah menentang Abu Jahal. Bukan hanya dirinya, suami dan anaknya juga menjadi sasaran kekejaman Abu Jahal. Sumayyah, suami dan puteranya diikat kaki dan tangannya lalu dilemparkan ke atas kerikil tajam dan panas. dia akan tetap mempertahankan keislamannya sekalipun dengan nyawa. Sangat sabar,teguh dan tegar. Kesabaran keluarga Yasir yang tiada tara tersebut memasukkan mereka dalam daftar para penghuni syurga.


#4 Zinnirah
Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Beliau dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. Beliau menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda. Beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan hamba. 

Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila matanya dicucuk dengan besi panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan. Walaupun diuji dengan pelbagai rupa, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengan karamah Allah. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah dengan penuh kesyukuran

#5 Rabiatul Adawiyah
Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangannya harus dicontohi oleh wanita Islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya dia memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup. Wallahua’lam.

Semoga kita dapat mencontohi ikon Wanita islam ini. In shaa Allah.


 

Post a Comment

 
Top