0
5 Ikon Wanita di zaman moden ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri dalam menyebarkan syiar Islam bagi mengekalkan kesucian Islam itu sendiri. Inisiatif mereka dalam membangunkan diri mereka sendiri seharusnya dipuji dan dijadikan panduan yang mana mereka seterusnya dapat memberi dorongan dalam membantu insan yang lain. Semoga dengan lahirnya Ikon Wanita ini menjadi pembakar semangat buat wanita-wanita di zaman era pemodenan ini mencapai kejayaan bukan sahaja di dunia malah untuk akhirat nanti. InsyaAllah.

#1 Prof. Dr. Muhaya Mohamad

Beliau berjaya meletakkan dirinya sebagai wanita Islam pertama mendapat pengiktirafan sebagai ahli Fellow Royal College of Surgeons (FRCS) Edinburgh. Kejayaan demi kejayaan yang ditempa sehingga membawa kepada pelbagai pengiktirafan, sudah cukup untuk menggambarkan betapa sosok ini telah mengecap suatu legasi kejayaan yang sering diimpikan oleh semua orang. Itulah Dr. Muhaya. 

Beliau mengatakan kerjaya sebagai doktor memberi peluang pada kita untuk melakukan amal jariah. Adakalanya kita akan bertemu dengan pesakit yang susah, jika kita beri dia lima puluh sen pun dia terima. Itulah antara kata-kata yang terus menusuk dalam minda saya sehingga mengubah impian hidup demi mengejar kebajikan dalam bekerja,” kata seorang pakar perubatan Oftalmologi, ahli akademik serta pakar motivasi yang tidak asing lagi di tanah air kita ini. Ikuti laman web Prof. Dr. Muhaya > http://drmuhaya.com/ 


#2 Wardina Safiyyah

Wardina Safiyyah pula adalah antara selebriti popular terkenal Malaysia. Wajahnya dikenali ramai, personalitinya cukup disenangi. Wardina dikenali dan sinonim dengan imej seorang ibu yang prihatin dan sering menjadi ikutan ramai remaja wanita dan ibu muda. Di sebalik kelembutannya, Wardina juga dikenali sebagai seorang lantang dan tegas bersuara. Wardina tidak gentar dalam membicarakan apa yang benar. 

Beliau merupakan seorang bekas pelakon. Wardina bergiat aktif menyertai pelbagai program kemasyarakatan bersama NGO, badan kerajaan dan bukan kerajaan untuk bersama-sama berganding bahu, bersama sesiapa sahaja bagi mengajak masyarakat mengubah diri dan pemikiran kepada perkara-perkara yang positif dan baik. Wardina juga gemar menghabiskan masanya menyertai program-program ilmu dan agama secara tidak formal untuk memantapkan diri sebagai seorang Muslim. Ikuti laman web Wardina Safiyyah > http://www.wardinasafiyyah.com/


#3 Fatimah Syarha Mohd Noordin

Wanita muda yang menggunakan pendidikan ilmu dakwah melalui penulisan cinta. Nama beliau mula dikenali di bibir kerana penulisan dan kini secara lisan melalui medium dakwah. Beliau dan suami Dr. Farhan Hadi adalah penulis novel bersama ‘Cinta High Class’. Berkelulusan UIAM jurusan Kulliyyah Ilmu Wahyu & Sains Kemanusiaan, pengkhususan Fiqh dan Psikologi. Beliau juga menjadi ko-editor 'ANAKKU HEBAT ANAKKU SOLEH'. Wanita yang menjadikan 'Lailahaillallah Muhammadurrasulullah' sebagai prinsip hidup ini amat menitik- beratkan nilai-nilai keindahan agama dalam penulisannya. Beliau menjadikan bidang penulisan sebagai landasan untuk menyebarkan syiar Islam. Ikuti blog Fatimah Syarha > http://sebarkanbahagia.blogspot.com/


#4 Ustazah Nor Hafizah Musa

Beliau merupakan seorang pensyarah dari UTM, penceramah motivasi, personaliti TV9, Astro dan Radio IKIM. Wajah keibuan dan cara penyampaian lembut, sifat yang sentiasa besederhana dengan pemakaian yang mengikut syariat menjadikan diri beliau mampu dicontohi dengan semua imej yang diberikan dan membawa inspirasi kepada para pendengar dan menonton. Sifat yang ditonjolkan menggambarkan diri beliau cuba mencontohi sifat semua ikon wanita Islam. Ikuti Ustazah Nor Hafizah melalui laman facebook. 


#5 Dato’ Siti Nor Bahiyah Mahmood 

Beliau merupakan pakar motivasi dalam bidang kekeluargaan dan terkenal menerusi rancangan “Semanis Kurma” di Tv9. Mendapat pendidikan di Universiti al-Azhar, Mesir dalam jurusan Pengajian Islam dan Bahasa Arab seterusnya memulakan karier sebagai seorang pendakwah yang berkebolehan. Berbekalkan ilmu, pengalaman serta teknik penyampaian yang berkesan, merupakan aset utama beliau dikenali ramai di kalangan masyarakat. 

Beliau sangat komited terhadap bidang pendakwahan secara profesional. Sentiasa berfikiran positif dalam menangani isu-isu yang berkaitan dalam rumahtangga disamping idea-idea baru dan cara yang paling berkesan di dalam menjaga keharmonian rumahtangga. Beliau menjadikan institusi kekeluargaan sebagai salah satu cara menyampaikan konsep Islam yang sebenar bagi melahirkan generasi baru yang mengikut konsep Islamiah. Ikuti Ustazah Siti Nor Bahiyah di facebook


P.S Senarai yang disediakan hanya mewakili pilhan yang dipersetujui secara bersama oleh Team SK dan tidak bertujuan untuk memberi kesan negatif dari aspek susunan. Senarai hanyalah pendapat bersama Team SK bagi tujuan memberi manfaat bersama secara kolektif.

Post a Comment

 
Top