Thursday, April 11, 2013

Bolehkah saya berpuasa ketika hamil ?!

Bismillahirrahmanirahim...


Bila dikira-kira, ada 90 hari sebelum kita menyambut bulan Ramadan. Sudah kah anda berpuasa ganti bagi yang masih berhutang. Atau sudajkah anda bersedia untuk berpuasa ketika hamil ?

Alin in shaa Allah akan berpuasa dan hamil sebab due in Aug so kalau tercepat mungkin bersalin masa Hari Raya if not selepas 2 minggu kita menyambut Hari Raya. Ya Allah mohon selepas Hari Raya sebab dapat berhari raya sambil menjamu ketupat rendang... Doktor pun happy sebab tak ganggu masa Berhari Raya. 

Antara persediaan Alin, gali ilmu untuk mempersiapkan diri menggantikan baki hutang puasa sambil melatih diri untuk persediaan Ramadan. Apa-apa muhasabah diri yer... larat tak larat, tu semua datang dari mindset kita jer tapi kena tahu tahap kesihatan masing-masing yer jangan sampai membahayakan diri, baby & sekeliling kita.

Antara Tips pemakanan dari sumber Dr. Zubaidi
Untuk mengelakkan kekurangan tenaga dan nutrient yang sepatutnya digunakan oleh bayi di dalam rahim, ada beberapa tips yang boleh digunakan bagi persiapan berpuasa.
  • Minumlah air yang banyak ketika bersahur dan berbuka (Iftar) bagi mengurangkan dehidrasi yang merbahaya pada bayi.
  • Makanlah makanan yang memberikan tenaga secara beransur-ansur seperti kurma dan kekacang ketika berbuka puasa. Makanan seperti ini akan memberikan tenaga berterusan walaupun beberapa jam telah berpuasa.
  • Elakkan makanan yang bergula yang boleh menyebabkan paras gula tinggi secara mendadak, kerana apabila insulin dikeluarkan ia akan menyebabkan paras gula menjadi rendah, dan kita akan rasa mengantuk. Selain itu ia hanya memberikan tenaga yang cepat tetapi hanya sebentar saja.
  • Makan makanan yang banyak protein – daging dan telur untuk pembesaran fizikal bayi.


 Pilihan Alin
Semoga dipermudahakan segala urusan harian semasa berpuasa ni.
Supplement yang lain makan selepas berbuka & sebelum tidur.

Selain itu bagi wanita yang hamil, boleh mengikuti cara-cara berikut untuk mengelakkan keletihan ketika berpuasa untuk wanita hamil.
  • Rancang jadual seharian agar dapat rehat secukupnya.
  • Elakkan berjalan jauh atau membawa barang-barang berat.
  • Elakkan terdedah pada cuaca yang panas kerana ini akan mempercepatkan dehidrasi.
  • Kurangkan kerja-kerja rumah yang berat dan minta tolong suami untuk melakukannya.
  • Elakkan membuang masa dengan memperbanyakkan bacaan al- Quran.
Bagi yang mempunyai komplikasi kehamilan seperti berikut sila berbincang dengan Doktor anda. Ini sangat penting terutama bagi wanita yang mempunyai sejarah kehamilan yang bermasalah (complicated pregnancy) sebelum ini.
  • diabetes mellitus
  • penyakit buah pinggang
  • penyakit hati (liver) yang tidak berfungsi
  • penyakit bronchial asthma yang kuat
  • penyakit tekanan darah tinggi yang tidak terkawal
  • kehamilan kembar
  • mengalami risiko kelahiran pramatang
  • masalah-masalah lain berkaitan kehamilan yang serius
Jika terdapat tanda-tanda berikut, sebagai panduan asas, wanita hamil boleh berbuka puasa. Antaranya :
  • Rasa pening, lemah, pitam atau penat walaupun telah berehat selama 30 min hingga sejam.
  • Rasa loya dan mula muntah sehinggakan tiada cara lain selain memakan ubat penahan muntah.
  • Rasa sangat haus, warna air kencing menjadi keruh dan baunya sangat hancing, menandakan fenomena dehidrasi. Bila dehidsrasi berlaku wanita hamil akan berasa amat lemah dan membahayakan diri dan bayinya. Beliau haruslah berbuka jika perlu meminum air atau dimasukkan air saline ke dalam saluran darahnya secaraintravenous.
  • Jika umur kehamilan melebihi 20 minggu dan bilangan pergerakan bayi dalam rahem menjadi kurang daripada 10 kali pergerakan. Kebiasaannya bayi akan bergerak selepas ibunya makan kerana pada masa itu bayi dalam rahem mendapat nutrisi yang dibekalkan. Kekurangan pergerakan bayi menunjukkan bayi itu memerlukan nutrient dan berada dalam keadaan yang bahaya. Adakalanya apabila wanita itu berbuka puasa, pergerakan bayi dapat dirasakan semula.
  • Rasa sakit perut memulas-mulas seperti mahu melahirkan. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang. Dengan makan dan minum, nutrien dapat diberikan kepada bayi dan proses kelahiran pra matang dapat dielakkan.
  • Wanita hamil tidak mengalami pertambahan berat badan atau mengalami kekurangan berat badan. Ini bermakna tenaga dan nutrient yang disimpan semakin berkurangan yang sepatutnya disimpan secukupnya untuk proses kelahiran nanti.
  • Mengalami sakit kepala, atau demam yang mana harus memakan ubat bagi menyembuhkan kesakitan dan demamnya.
  
Semoga membantu ;) Yang masih belum mengganti puasa tu cepat-cepat rancang sebelum terlambat !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails