0

Sesaje je survey apa petanda2 bila mata kita berkedip2 .... jom kita tengok, apa orang kata >__<
  • Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas - nak tengok / akan berjumpa dengan orang jauh ATAU akan mendapat berita baik .
  • Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah - akan mendapat berita gembira
  • Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas - seseorang yang jauh atau lama terpisah nak jumpa kita .
  • Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah - akan menangis ( akibat berita kurang baik / musibah ).
 
Orang dulu kala suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat. Sejauh mana kebenaran dia tidaklah diketahui . Ada juga disenaraikan sikit2 pasal petanda yang dikaitkan dengan pergerakan tubuh badan kita. Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah untuk dipercayai semata-mata . 
  1. Kelopak mata kanan bergerak = beroleh keamanan
  2. Kelopak mata kiri bergerak = melihat perempuan
  3. Kelopak mata kiri ke atas bergerak = ada orang akan berjalan jauh
  4. Kelopak mata kiri dibawah bergerak = hendak menangis
  5. Ekor mata kanan bergerak = menerima kedatangan orang jauh
  6. Ekor mata kiri bergerak-gerak = mendapat sedikit kepayahan
  7. Biji mata kanan bergerak-gerak = akan menangis dalam bercinta
  8. Biji mata kiri bergerak-gerak = gembira di hati
  9. Ubun bergerak = berbahagia pada hari tersebut
  10. Kening kiri bergerak-gerak = beroleh kelapangan
  11. Bibir bawah bergerak = akan menangis
  12. Waktu subuh kepala kita bergerak = beroleh kerja yang baik
  13. Siku kanan bergerak-gerak = beroleh kebahagiaan.
  14. Siku kiri bergerak-gerak = orang yang mengasihi kita akan datang
  15. Pelipis telinga bergerak = alami kebahagiaan
  16. Telinga bergerak-gerak = berkelahi
  17. Kepala bergerak = ada orang menyakiti hati kita
  18. Kepala bergerak ke kiri = beroleh kebesaran
  19. Bahu kanan bergerak-gerak = harta hendak datang
  20. Bahu kiri bergerak-gerak = bakal berjumpa pembesar/ketua
  21. Lengan kanan bergerak-gerak = akan sakit kepala
  22. Lengan kiri bergerak-gerak = beroleh harta
  23. Pipi kanan bergerak-gerak = alamat sakit mata
  24. Pipi kiri bergerak-gerak = sentiasa bahagia

Kebetulan atau memang betul, wallahua'lam...kita hanya mampu berdoa kepadaNYA semoga permudahkan segala urusan yang kita hendak lakukan. AMIN :))

Post a Comment

 
Top