0
Alhamdulillah pagi tadi diizinkan Allah untuk bersama-sama sertai Brainy Walk sejauh 2km di Wetland Park, Putrajaya.

Walk for Huminity ni adalah untuk mencari dana bagi tabung pendidikan saudara-saudara diGaza dan diSyria. Yang best ada aunty dan uncle dari Gaza yang sedang dalam latihan untukmengajar di sekolah Brainy di Gaza nanti. Sekarang pembinaan sekolah diGaza sudah semakin siap. Semoga Allah permudahkan usaha mereka untuk membolehkan anak-anak Gaza meneruskan pembelajaran di Brainy Bunch diGaza.



Walaupun penat, tapi anak-anak seronok. Sambil-sambil jalan dapat main bubble dan jumpa kawan baru. Stick bubble tu satu RM20. Tapi bila pulangkan stick dapat RM10 semula. Lagi RM10 masuk tabung dana. Gerai-gerai yang disediakan semua hasil kutipan akan disumbangkan kedalam tabung dana pendidikan. 


Semoga usaha murni kami yang kecil ni sedikit sebanyak dapat membantu saudara-saudara kita di Gaza & Syria. 

Post a Comment

 
Top