Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2014

Bila anak-anak dapat "adik-adik" angkat

6 Oct 2014 - kami sepakat setuju untuk memenuhi impian anak-anak untuk punya rasa tanggungjawab menjaga sesuatu yang bernyawa.  Huhu... Jenuh gak masa memilih. Kami beri pilihan kepada anak-anak utk memilih A-Z, dari warna, jenis ikan, bentuk akuarium, hiasan dalaman dll, bagaimanapun ada gak yang tak approve so pilih lain.       Beli di sini. Kat tepi jalan nak ke sungai buloh. Service pun tip top. Layanan best jer.  12 anak ikan selamat jadi "adik angkat" Damia Tenang rasa bila melihat ikan-ikan berenang tau. Setiap pagi rutin Damia sebelum pergi sekolah dan balik sekolah bagi makan ikan. Betul kata orang, melihat ikan berenang satu terapi. Bukan sahaja untuk kita yang dewasa ni, kanak-kanak pun suka siap nak buat art pun depan ikan. Tak percaya tengok tuh aksi mereka. Idea anak-anak mencurah-curah... Hihi Bagi kita yang sering stress dengan kerja-kerja seharian, sangat disarankan bela laa ikan ni.  Abah la helper Mia

Brainy Walk #walkForHuminity

Alhamdulillah pagi tadi diizinkan Allah untuk bersama-sama sertai Brainy Walk sejauh 2km  di Wetland Park, Putrajaya. Walk for Huminity ni adalah untuk mencari dana bagi tabung pendidikan saudara-saudara diGaza dan diSyria. Yang best ada aunty dan uncle dari Gaza yang sedang dalam latihan untukmengajar di sekolah Brainy di Gaza nanti. Sekarang pembinaan sekolah diGaza sudah semakin siap. Semoga Allah permudahkan usaha mereka untuk membolehkan anak-anak Gaza meneruskan pembelajaran di Brainy Bunch diGaza. Walaupun penat, tapi anak-anak seronok. Sambil-sambil jalan dapat main bubble dan jumpa kawan baru. Stick bubble tu satu RM20. Tapi bila pulangkan stick dapat RM10 semula. Lagi RM10 masuk tabung dana. Gerai-gerai yang disediakan semua hasil kutipan akan disumbangkan kedalam tabung dana pendidikan.  Semoga usaha murni kami yang kecil ni sedikit sebanyak dapat membantu saudara-saudara kita di Gaza & Syria. 

Jangan lupa baca doa Akhir tahun dan Awal tahun

Antara perkara yang disarankan dalam menyambut Awal Muharam ... membaca doa akhir tahun iaitu selepas solat Asar atau sebelum Azan Maghrib. Dibaca doa awal tahun sebaik azan maghrib berkumandang. Dibaca doa ini sebanyak 3 kali.  Berdoa merupakan amalan yang sangat digalakkan dalam Islam. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud; " Berdoalah padaku, sesungguhnya Aku akan perkenankannya," Nabi saw; " doa itu senjata bagi orang mukmin" Marilah kita sama-sama berdoa supaya Allah swt menerima amalan kita yang lalu dan mengampunkan dosa-dosa kita yang lalu.  Doaku:  "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu kebaikan hari ini dan tahun baru ini, kemenangannya, pertolongannnya, cahayanya, keberkatannya dan petunjuk. Dan aku memohon perlindunganMu dari kejahatan yang ada di dalamnya dan kejahatan yanga ada sesudahnya. Ya Allah, permudahkan dan lancarkanlah segala urusanku, urusan keluargaku, urusan teman-temanku dan sekelian umat di

Resepi Smoothie Mudah

Sejak merasa air Mealshakes French Vanilla di Grand Opening Shaklee Home Office di Sunway Pinnacle baru-baru ni semakin jatuh cinta dengan Mealshakes.  Biasa kami bancuh mealshakes + performance + ESP. Kali ni mealshakes sahaja pun boleh. Bau mealshakes ni sangat sedap tau. Bau french Vanilla. Anak-anak pun suka. Biasa campur dalam susu mereka.  Ok siapa yang ada Mealshakes dirumah patut cuba resepi ni. Yang tiada boleh rebut promo membeli sambil menyumbang Shaklee Cares beli 3 PERCUMA 1 Mealshakes sehingga akhir bulan Oct 2014 ni.  Haa, cane. Mudah jer kan?!  Selamat mencuba. Rasa sekali pasti nak lagii.  Salam sayang, Alin

Jerebu, IPU shah Alam meningkat

Pagi tadi duk monitor index pencemaran udara (IPU) area Shah Alam ni. Dari bacaan 82 pukul 8 pagi meningkat dah ke angka 89 pada pukul 11 pagi tadi. Sure petang ni capai bacaan kurang sihat melebihi 100-200.  Anak-anak sibuk ajak nak pergi main kat taman. Terpaksa la kurangkan aktiviti luar dan minum lebih banyak air. Susah-susah kita bancuh mealshakes bersama performance drink -- ala2 homemade vitagen gitu.  Semoga semua sihat ceria hendakNya. Aamin. 

4 Amalan Ibu Imam Ghazali buat ibu-ibu Menyusu.

Sumber gambar : majalah IMAN Bismillahirrahmanirahim Dengan  nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang Surah  Luqman  (  Luqman  ) 1.   Alif Lam Mim  ( hanya Allah yang tahu ). 2.   Inilah ayat-ayat Al-Qur’an yang mengandung hikmah, 3.   Sebagai petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang berbuat kebaikan, 4.  ( yaitu ) orang-orang yang melaksanakan shalat, menunaikan zakat dan mereka meyakini adanya akhirat. 5.  Merekalah orang-orang yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. 6.   Dan di antara manusia ( ada ) orang yang mempergunakan percakapan kosong untuk menyesatkan ( manusia ) dari jalan Allah tanpa ilmu dan menjadikannya olok-olokan. Merak itu akan memperoleh azab yang menghinakan. ---/ 17.  Wahai anakku! Laksanakanlah shalat dan serulah ( manusia ) berbuat yang makruf dan cegalah ( mereka ) dari yang munkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu, sesungguhny