Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2015

Resepi chicken onion cum Ayam campak-campak sayang

Bahan-bahan  3 biji bawang merah 2 ulas bawang putih Seinci halia Sesudu besar lada hitam Semua ni saya blender jer.  Kalo ikut puan Aishah resepi beliau tumbuk sehingga lumat 5 ketul ayam Kicap 4 sudu besar 1 sudu kecik cili giling 1/2 biji bawang banggala Sebatang carrot cincang tebal2 Segugus  kobis bunga 3 sekawan sebatang kulit kayu manis, 2 biji pegaga, 2 bunga lawang (Lupa letak air asam seperti yang dicadangankan.. hahah baru prasan) Campak semua sekali bahan termasuk yg diblender tadi dlm periuk dan tenggek atas api perlahan Masak le dlm 20minit.  Rasa garam dia kalau perlu tambah garam sikit aje.. Tadaaa, jadi dah lauk yg sedap dan easy peasy.  Khusus untuk ibu-ibu yang masa terhad tapi nak juga masak disamping anak yang merengek tak kasi ibu ke dapur.  Nama asal lauk ni chicken onion, tapi kami beri nama Ayam campak-campak sayang.. hahah Thanks Aishah dan Ayu aiman for sharing. Kami punya  kurang be

TIPS BERJAYA sebagai USAHAWAN SHAKLEE

Adakah anda seorang yang suka membantu orang lain ?? Adakah  a nda seorang yang tidak BERKIRA-KIRA untuk membantu orang lain ?? Jika YA, apa kata anda rebut peluang untuk terokai menjadi seorang usahawan Shaklee. Tahukah anda keuwujudan seorang usahawan adalah untuk membantu masyarakat menyelesaikan masalah mereka setiap hari. Tidak kira sama ada secara sepenuh masa mahupun secara part-time. Hatta yang makan sendiri pun anda boleh terokai peluang untuk menjadi  seorang usahawan Shaklee. Seorang penjual ikan, membantu surirumah mendapatkan ikan tanpa perlu menjala, memancing dan turun ke laut. Mereka bukan saja menjual ikan, malah membantu menyiang ikan-ikan yang dibeli oleh pelanggan.  Jadi untuk menjadi usahawan yang berjaya, anda : 1) Mesti membantu pelanggan menyelesaikan masalah mereka. 2) Memberi tambah  nilai   dalam setiap belian atau servis yang diberikan. Dua elemen di atas adalah dasar yang harus dipegang oleh seseorang yang berminat untuk menjadi se

Product Mastery series #1

Alhamdulillah Jumaat lepas selamat berkongsi ilmu tentang asas nutrisi dan asas sistem tubuh. Gabungan dari 3 generasi Master Coordinator dari team Success Super Mommies (SSM) >> Puteri and Friends (PAF) >> Leaders in Shaklee with Aishah (LiSA) memang sangat mantap. Rugi siapa yang tak hadir. Tak percaya cuba tanya mereka yang hadir.  Yang best tentang Product Mastery series ni selepas anda kenali asas nutrisi dan sistem tubuh anda, anda akan lebih hargai tubuh anda dan hanya akan sumbatkan makanan yang terbaik sahaja. Anda akan lebih hargai vitamin anda dan ingin makan konsisten. Paling tidak anda juga akan mula berkira-kira untuk membeli atau memberikan makanan yg kurang berkhasiat seperti makanan sejuk beku seperti hot dog, nugget, dll yang banyak buruk dari baiknya kepada anak-anak anda. Bila ada ilmu kita akan berfikir 2x. Setidak-tidak kita dapat mengurangkan walau tak dapat berhenti 100%. Kalau dapat stop memang lagii baik tapi ... sentiasa ada cabaran

Pesan Ustaz Ebit Lew - Buat ibu, isteri, anak dan insan yang bergelar wanita

Hari ini anak-anak sikit-sikit nak mama jer. Nak tidur nak mama, nak makan nak mama, nak mandi nak mama, nak segalanya pasti nak mama disisi. Walau sesusah mana kita, anggap Allah sedang nilai setiap kesusahan kita. Setiap peluh, tangisan, letih, sakit badan, sakit kepala semuanya akan diberi ganjaran pahala yang sangat besar.  Jom baca pesanan Ebit Lew yang ni. Sesama kita para ibu mencari kekuatan untuk sentiasa berimpian menjadi wanita Syurga. In shaa Allah, niat murni kita diberkatiNya.  ---/ Muhasabah wanita syurga 110913 (Ebit Lew  | 24 August) Nasihat buat isteri wanita pejuang agama. Baca dan Fahamilah kerana wanita pernah mendapat salam dari Allah sendiri yakni Khadijah RA.  Khadijah sangat kaya tapi dia mencintai Allah dan Rasul yakni suaminya sendiri sehingga ketika hendak pejamkan mata dari dunia tiada apa yang tinggal melainkan baju yang bertampal. kata Syeikh Tariq Jamil  tidak kurang dari 200 tampal. Y

Tips Menyusukan Bayi dengan Susu Ibu Sehingga Dua Tahun - Anak Kembar

Perkongsian dari  Widyana Ali . Bismillah. dengan rendah diri saya kongsikan di sini serba sedikit pengalaman saya menyusukan si kembar saya Dhia Illiyin & Fina Illiyin. 1.Proses penyusuan memerlukan persediaan mental & fizikal. Pasang niat dan azam untuk menyusukan bayi sehingga dua tahun sejak awal kehamilan. 2.Beli gadget keperluan asas dalam penyusuan sebelum kelahiran bayi seperti breastpump, deep freezer, milk storage bottles dsb. 3.Banyakkan pembacaan mengenai penyusuan drpd buku,laman web,artikel dsb. 4.Beritahu suami anda niat untuk menyusukan bayi sehingga dua tahun dan pinta sokongan moral drpdnya. 5.Beritahu doktor/hospital tmpat anda akan bersalin bhw anda mahu menyusukan bayi anda nanti supaya bayi tidak diberikan susu formula di nurseri bayi selepas dilahirkan. 6.Setelah bayi dilahirkan, terus susukan bayi anda bagi memastikan si manja dapat kolostrum awal susu ibu (berwarna kuning pekat) 7. Susukan bayi sekerap yang mungkin bag

Cabaran Menyusu anak Kembar dari Kaca mata Suami - SUAMI AMBIL CUTI SETAHUN SEBAB MENYUSU

Speechless. Berfamili dengan matlamat yang luar biasa! Terharu bab 'balancing' kebapaan dan kesuamian to match keisterian dan keibuan. Tahniah Mohd Yazid Ismail dan isteri Widyana Ali. Terima kasih kerana berkongsi.  ----/ "SUAMI AMBIL CUTI SETAHUN SEBAB MENYUSU" (Nukilan mohd Yazid Ismail pada 25 Julai 2013) Bulan ni (Julai 2013) cukup setahun saya cuti dari mengajar. Ramai orang tanya kenapa cuti lama sangat? Saya jawab "MENYUSU". Memang ada yang pandang sinis dan fikir bukan2 bila dengar jawapan tu.. tapi sy senyum je. Mereka tak tahu keadaan sebenar. Banyak dugaan yg dilalui untuk sempurnakan 2 tahun penyusuan ni. Pada 8/10/2011 anak kembar kami dilahirkan pramatang. Dhia 2.07kg dan Fina 1.73kg. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun pembedahan dilakukan secara emergency. Tapi Fina kena tahan di NICU selama 3 minggu sebab tak cukup berat. Hari2 saya ulang alik dari Cheras ke hospital Putrajaya 2x kali sehari untuk

Best Vitamin Untuk Anak-anak @ Kanak-Kanak is BACK !! Apa formulation yang baru tuh??

Multivitamin perlu ke beri kepada anak-anak?! Ramai anak-anak hari ini yang memilih makanan. Ada yang hanya suka makan ikan sahaja, malah ada yang makan ayam sahaja tak kisah pagi, tengahari dan malam. Nak makan sayur jauh sekali. Secara tak langsung anak-anak terdedah dengan makanan tak seimbang setiap hari. Makanan kita hari ini pun banyak yang dah diubah genetik demi memenuhi keperluan harian khusyusnya seperti ayam. Disuntik untuk mempercepatkan tumbesaran. Solusi kami ialah berikan vitamin. Multivitamin dalam bentul tablet perisa anggur yang mudah dihisap dan dikunyah dengan IMPROVED FORMULA. Masih ingat kah anda? Multivitamin vitalea ni lama menghilang sejak 20 Februari 2012 tau. Ramai yang cari. Sekarang ia kembali. Best kan?! Kembali dengan formula yang lebih baik. 14 nutrient ditambah baikkan lagi. Tak percaya?? Cuba lihat tuh.  Ini menjadikan Vitalea antara multivitamin terbaik yang tidak boleh anda sangsikan lagii.  Ant

1.1.2015 | setiap tahun bukan hanya tahun baru tapi ...

Alhamdulillah bubbye 2014, welcome 2015. Cara anak-anak sambut malam tahun baru. Gigih berart... hasil picassa davinci lil Dzakirah buat abahnya happy day !!! Kad dan kek yang anak-anak pilih "You're the world greatest dad.  Thank you for your love,  you're one in a million.  No, one in a billion.  Actually, one in a trillion.  In other words, you're one of a kind.  The best, most loving kind.   Love you always !!" ---/ Salam Sayang, Master Azlin Call / Whatsapp / SMS : 019-2682709   Email : azlin.mohdatan[@]gmail.com COD Shaklee : Shah Alam . Putra Height . Denai Alam . Bukit Jelutong . HICOM #FightforwhatmakesYOUhappy #superMakcorner

Resepi Sandwish Telur Special untuk anak-anak

Sarapan sihat penuh nutrisi untuk anak-anak. Mealshakes Sandwish Telur Special. Senang sangat nak buat. Campur semua bahan, lenyek dan kacau semua bahan, sapu pada roti, dah boleh makan. Semudah ABC kan??!  Nak cepat rebuskan telur sebelum tidur malamnya. Bangun pagii esoknya, selesai solat subuh dah boleh mengadap kupas kulit telur. Jadi tiada alasan tak cukup masa nak buat.  Kat kantin sekolah sekarang dengarnya sekeping roti sandwich ini pun di jual RM1. Kalau buat sendiri untuk bekal anak-anak bawa ke sekolah sudah pasti jimat kan sebab anak boleh makan berkeping-keping.  Bahan-bahan yang diperlukan  3 biji telur - direbus dan dibuang kulit 1 sudu besar mealshakes 1 sudu mentega 10 keping roti * boleh tambah timun dan tomato dipotong dadu kalau nak. * tak perlu tambah garam atau mayonis sebab mealshakes dah bagi rasa sedap lemak berkrim dan mentega pun dah bagi rasa masin. Kata nak sihat kan?! * boleh juga picit 1 biji omega ke dalam campuran. Ada