Skip to main content

5 Sebab Kenapa Perlu Pilih Vitamin Semulajadi Berbanding Vitamin Sintetik yang anda kena ambil tahu >_-


Di pasaran terdapat dua jenis vitamin dan supplemen yang dijual iaitu vitamin semulajadi dan vitamin sintetik.

Vitamin semulajadi adalah vitamin yang diekstrak daripada bahan yang semulajadi manakala vitamin sintetik adalah vitamin buatan yang dibuat manusia melalui tindak balas kimia. Contohnya formula empirik vitamin C adalah C6H8O6. Vitamin C sintetik dihasilkan melalui tindak balas kimia dari apa-apa bahan yang mengandungi oksigen, hydrogen dan carbon yang membentuk bahan kimia yang mempunyai formula C6H8O6.

Ramai pengguna di Malaysia tidak tahu mengenai perbezaan vitamin semulajadi dan vitamin sintetik di mana mereka cenderung untuk membeli vitamin sintetik yang harganya lebih murah berbanding harga vitamin semulajadi yang dikatakan mahal.

Bagi mereka, kenapa perlu beli vitamin yang mahal sedangkan terdapat vitamin yang murah. Pengambilan vitamin semulajadi amat penting dan kesedaran perlu diwujudkan kerana:

(1) Sumber vitamin 
  • Sumber vitamin semulajadi adalah daripada bahan semulajadi itu sendiri. Contohnya vitamin C di ekstrak daripada limau. 
  • Sumber bagi vitamin sintetik pula adalah daripada tindak balas kimia.
(2) Kesan pada tubuh 
  • Vitamin semulajadi pula di perbuat daripada bahan semulajadi di mana ia akan menambah baik kesihatan tubuh badan anda.
  • Sumber vitamin sintetik akan beri kesan sampingan kepada tubuh anda kerana ia diperbuat daripada bahan kimia 
(3) Masa untuk tindak balas 
  • Apabila kita makan vitamin semulajadi, ia akan bertindak balas pantas dengan badan kerana ia mempunyai keserasian dengan tubuh badan. Maksudnya, vitamin tersebut akan diserap dengan segera. 
  • Berbeza dengan vitamin sintetik, ia mengambil masa untuk diserap kerana ia tidak serasi dengan tubuh badan kerana ia adalah bahan kimia. Silap-silap vitamin tersebut tidak diserap langsung.
(4) Kesan jangka panjang 
  • Bagi pengambilan vitamin semulajadi, kesan jangka panjangnya adalah positif kerana ia tidak melibatkan tindak balas kimia yang luar biasa. 
  • Berbeza dengan pengambilan vitamin sintetik, ia akan beri kesan jangka panjang yang tidak elok kepada tubuh badan anda kerana tindak balas kimia yang di ambil badan untuk menyerap vitamin sintetik yang di perbuat daripada bahan kimia. Antara kesan jangka panjang hasil daripada pengambilan vitamin sintetik adalah penyakit kanser.
(5) Harga yang mampu milik 
  • Ramai tidak mahu membeli vitamin semulajadi kerana harganya yang mahal berbanding dengan harga vitamin sintetik. Namun, kita perlu sedar bahawa harga bagi vitamin semulajadi sebenarnya mampu milik dan tidak membebankan.
Kesihatan yang baik adalah antara perlaburan yang menguntungkan. Ingat SIHAT ITU JIHAD !!

---/

Azlin
Call / Whatsapp / SMS : 019-2682709  
Email : azlin.mohdatan[@]gmail.com
COD Shaklee : Shah Alam . Putra Height . Denai Alam . Bukit Jelutong . HICOM

Comments

Salina Mat Isa said…
suplement semulajadi maksudnya dari fresh fruits ye?thanks for info..
Unknown said…
antibiotik diketegorikan sebagai ubat or vitamin..please jawab soalan saya..trima kasih :)
alinalan said…
Sara Manja @ ubat & vitamin tu sangat2 berbeza yer... Ubat digunakan utk mengubati sebaliknya vitamin more kepada mencegah...

Kebiasaannya antibiotik diberikan utk mengubati sesuatu penyakit kan? so antibiotik tu lebih kepada ubat dr vitamin.