1

Kita sebagai wanita tidak boleh lari dari masalah osteoporosisi... mengapa? Kerana kita mengandung, menyusukan anak, period, Monepos dan kebiasaannya pilihan pemakanan nutrisi dan kehidupan kita juga yang kurang sihat (makanan segera, frozen food, terdedah kepada pencemaran dll). Maka pengambilan kalsium yang mencukupi sangat penting. 

Antara tanda kekurangan kalsium adalah sakit tulang belakang, badan mudah lenguh-lenguh, kaki mudah kebas, sakit kepala dan yang paling senang nak lihat.... CUBA LIHAT TAPAK KAKI BAHAGIAN BELAKANG, JIKA KELIHATAN KULIT KAKI KASAR DAN BANYAK PECAH-PECAH maka segeralah amik kalsium dalam diet harian.

Kita boleh dapatkan kalsium dengan mudah melalui susu namun perlu diingat susu mengandungi lemak yang tersembunyi. Walaupun dia tulis rendah lemak namun ianya tetap lemak. Sebab tu ramai yang memilih kalsium tablet sebagai pengganti. Saya tetap minum susu tetapi tidak secara harian.


Keperluan badan kita memerlukan 1000mg kalsium setiap hari. Kita diajar sejak dari bangku sekolah kalsium penting untuk tulang dan gigi yang kuat, tapi cikgu lupa nak ajar yang kalsium juga penting untuk membina sel darah. Jika kalian memang mengamalkan pengambilan kalsium tablet, pastikan ianya mengandungi bukan sahaja ada KALSIUM tetapi ada juga 

  • VITAMIN D : Bantu merangsang PENYERAPAN kalsium. Maksudnya macam Pintu dan tingkap Vitamin D ni. Sebab ia akan buka pintu & tingkap untuk tingkatkan PENYERAPAN dalam badan. Jadi jika Kalsium tiada Vitamin D penyerapan sia-sia.
  • MAGNESIUM : Bantu mengasimilasikan Kasium ke dalam TULANG & MENGUATKAN KANNYA. Maksudnya Magnesium ni bertindak sebagai SIMEN untuk MENCANTUMKAN BATU BATA. Kira untuk cantumkan Kalsium dalam tulang kita. Haa itu sebab Magnesium ni juga sangat penting.
  • BORON : Bantu dalam METABOLISMA tulang. Maksudnya Boron ni bertindak sebagai Cordinator/Mandur yang pastikan semua bahan jalankan tugas masng-masing untuk tingkatkan Metabolisma tulang.
  • MANGGAN, TEMBAGA, ZINC : Bantu dalam MENGAKTIFKAN ENZIM yang membantu dalam pembinaan KEPADATAN TULANG. Maksudnya mereka ni bertindak sebagai pekerja-pekerja buruh yang bantu untuk aktifkan enzim  untuk penghasilan Kalsium. 
tulang, sendi,kolagen, vitamin c
Makanan utama tulang adalah PROTEIN, KALSIUM dan VITAMIN C. 


Tulang merupakan benda hidup yang memerlukan makanan untuk boleh berfungsi dgn baik. Sendi pula adalah salah satu organ yang memungkinkan mahluk melakukanj berbagai gerakan yang memudahkan kehidupannya. itulah sebabnya "kerosakan sendi" boleh menyebabkan "disability". Salah satu faktor yang memudahkan sendi bergerak adalah jaringan tulang rawan didalamnya. Tulang rawan dibentuk oleh jaringan KOLAGEN dan untuk memelihara supaya kolagen dalam tubuh (dan sendi) selalu cukup pastikan KADAR VITAMIN C dalam tubuh kita selalu dalam keadaan optimal.

Tahukah Anda bahwa protein adalah bahagian terbesar dari tubuh manusia setelah air? Berdasarkan penelitian, hampir 1/5 tubuh manusia tersusun atas protein. Sebagian besar ada di dalam otot, kemudian sebagian lainnya tersebar di dalam tulang dan juga tulang rawan, di dalam kulit, serta jaringan-jaringan tubuh lainnya. Fungsi utama protein sendiri adalah untuk membentuk jaringan pada tubuh dengan menggunakan kandungan asam aminonya. Jika kekurangan protein (terutamanya pada anak-anak) boleh mengakibatkan terganggunya pertumbuhan tumbesaran anak itu. Proses sintesis dan juga degradasi protein akan membantu mempercepatkan pertumbuhan dan pemeliharaan sel atau jaringan di dalam tubuh. Apabila terjadi kerosakan, misalnya di bahagian sel, maka protein akan mengambil alih dan menggantikannya dengan sel baru yang sihat.

Secara keseluruhan kalsium sangat penting untuk
  • membina tulang dan gigi yang kuat
  • membaiki ransangan urat saraf
  • mengelakkan kekejangan otot
  • untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah
Seorang pakar nutrisi memaklumkan ... Ketika seorang wanita itu hamil maka dia memerlukan 400mg lebih kalsium harian dan semasa penyusuan dia memerlukan lebih 300mg.
hamil, kejang, gigi, osteoporosis
AMARAN KHAS BUAT IBU HAMIL :: JANGAN ABAI MAKAN KALSIUM ANDA !!!
Sesungguhnya kesihatan itu satu JIHAD dan rezeki sihat dariNya jua, Kita makhluk hanya mampu berusaha. Sayangi tulang anda dengan berikan makanan tulang setiap hari.

----/

Azlin
Call / Whatsapp / SMS : 019-2682709  
Email : azlin.mohdatan[@]gmail.com
COD Shaklee : Shah Alam . Putra Height . Denai Alam . Bukit Jelutong . HICOM

Post a Comment

mohdhafifi said... April 27, 2011 at 11:38 AM

kalsium dari sumber susu adalah yg terbaik

 
Top