2
Salam Kemerdekaan !!!

Alhamdulillah tahun ke-2 menyambut kemerdekaan diri didunia dari Fulltime Working Mom ((FTWM) kepada Working at Home Mom (WAHM), Fulltime Housewife (FTHW) dan Fulltime Working Everywhere (FTWE)... Hahah bukan tamak tetapi kebebasan masa tu berikan flexibility untuk kita MEMILIH.

Rasanya keseimbangan antara KERJA dan KELUARGA lebih mudah kini berbanding masa Bekerja sebab kita tak terikat dengan majikan. Kalau selalu kena outstation tinggalkan anak- anak, weekend pun bekerja tak masuk meeting yang berlarutan. Aaarghh mana mungkin boleh seimbangkan?? Orang boleh kata alasan sahaja tu dan ia hanya memerlukan pengurusan masa sahaja.. tapi cuba anda bayangkan. Itu sebelum anak-anak mula bersekolah. Bayangkan kalau sudah bersekolah??? Pasti akan lebih terkejar-kejar dan boleh trigger banyak emosi jiwa raga dalam diri dan keluarga. Hahah over tak pemikiran itu?!


Itu tak termasuk lagi masa nak bermain dengan anak-anak kita, Kalau mereka pun dah terlalu penat, kita pun penat, bagaimana ingin mewujudkan masa yang berkualiti untuk membentuk mereka menjadi pewaris generasi akan datang. Masa yang berlalu semasa mereka membesar sudah passti tidak boleh diulang semula. Lagi-lagi gejala sosial semakin "bernanah" sekarang ni. Peranan ibu bapa lebih lebih mencabar. Apa yang kita PILIH untuk corakkan anak-anak kita? Ibu memainkan peranan secara PROFESIONAL.

“Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang meninggalkan dibelakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khawatir terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar”. QS : 4. An Nisaa', 9.
Hanya TAKWIM seorang IBU, hanya keBENARan, keikhlasan kata nasihat dari seorang ibu saja yang paling murni dan berkesan terhadap pembangunan anak. Itulah hakikat “TAKWA” – iaitu bagaimana seorang ibu mengatur takwim mengasuh anak-anaknya. Itulah cara kita TAKUTkan Allah, dengan BERUSAHA melaksanakan peraturanNya. Ya, dengan tidak meninggalkan anak-anak yang lemah…! 
Ayat ni sentiasa menjadi PESAN dan KESAN di dalam hati saya


#Trowback; 1 Nov 2010
Perjalanan pencarian untuk "second income" saya bermula bersama Shaklee. Awalnya hanya sekadar part-time tanpa meninggalkan pekerjaan asal saya sebagai seorang Engineer di syarikat swasta Oil and Gas. Siapa sangka dalam masa 3 tahun saya memilih untuk BERKORBAN dan BERUBAH, saya berjaya mencapai DREAM JOB saya untuk menjadi Work@home working mom sebelum anak sulong saya Damia mula bersekolah darjah satu. Malah saya berjaya mencapai setahun lebih awal dari yang saya impikan. MasyaAllah, hebat sungguh aturan Allah itu. Bila MATLAMAT sudah jelas, IMPIAN sudah dipasak dalam diri in shaa Allah, Allah pasti bantu. 

Selepas sesi  WOHOWO Workshop dulu. Waktu itu Damia baru 2 tahun. 

#Throwback; 31 Aug 2013
Saya merancang sebelum menyerahkan surah perletakan jawatan saya pada May 2013, saya akan mencapai rank tertinggi Shaklee Master Cordinator, bersalin anak ke-3, bercuti bersalin dan seterusnya bercuti dari masuk kerja 8-6 saya. Alhamdulillah allah permudahkan dan makbulkan doa semasa saya mengerjakan Umrah ziarah Dhubai 2013 bersama Shaklee.


#Throwback; 31 Aug 2014
Setahun berlalu. Setahun yang sangat-sangat mencabar tetapi seronok. Tak senang tapi tak susah mana jika berjaya menguruskan masa. Jika dulu uruskan 2 anak, bila bertiga pastilah lebih mencabar. Semakin hari group bisnes juga semakin berkembang. Kemana sahaja anak kecil pasti dibawa demi menjayakan penyusuan 2 tahun. Penyusuan anak ke-3 ni cukup berbeza sebab tak perlu rushing mengepam dan simpan stok. Merasa la pengalaman bagaimana suri rumah ibu menyusu sambil bekerja dari rumah. Masalah  TAK CUKUP MASA memang cabaran utama sebab SAHM lebih sibuk dari FTWM. Tapi bagi saya bila kita kehilangan momentum begini, perkara pertama yang boleh dibuat adalah memulakan langkah mencatat apa perkara yang perlu diselesaikan dan diuruskan setiap hari. Tiada jalan lain. Selain itu kena bijak dan cuba-cuba setiap cara yang ada.

Hanya alasan malas sahaja yang membantutkan usaha kita. Bila sibuk dengan facebook jer memang boleh leka tu sebab perlu adanya to do list. Inilah Universiti Kehidupan!! Tak boleh lari.


#Kini; 31 Aug 2015
Masuk tahun ke-2, bila anak dah membesar cara sebelum ni mungkin ada yang dah tak sesuai lagi tapi TO DO LIST STILL IS A MUST. Lebih-lebih lagi Big WHY saya semakin hari semakin kuat dan kuat. Bakal melahirkan anak-ke-4 pada October ni dan pasti cabaran yang bakal mendatang lebih besar untuk diri, keluarga dan kerjaya. Satu lagi pengalaman Universiti Kehidupan baru akan dilalui. Semoga Allah sentiasa berikan ketabahan, kesabaran dan kekuatan untuk sentiasa istiqamah dalam "BERISLAH" (berubah/pembaikan) setiap hari lebih baik untuk diri, keluarga dan bisness. 

Itu yang membentuk BIG WHY saya. Bagaimana anda? Jadilah orang yang selalu MENCERMIN DIRI SETIAP HARI. Bersihkanlah diri sentiasa agar mampu dijadikan cerminan orang lain terutama anak-anak kita. Saya tahu ramai ibu yang seperti saya juga.




:: Berminat untuk order dan / atau sertai kami? Hubungi saya ::
Azlin
Call / Whatsapp / SMS / Telegram : 019-2682709  
Email : azlin.mohdatan[@]gmail.com
COD Shaklee : Shah Alam . Putra Height . Denai Alam . Bukit Jelutong . HICOM

Post a Comment

Noriza Abdul Rahman said... September 1, 2015 at 10:35 AM

Bestnya membaca throwback Alin...Tahniah dan Good Luck!

Azlin Mohd Atan said... September 1, 2015 at 11:14 PM

Thanks @Noriza.
Semoga sukses juga yer

 
Top