5
Bahan ini boleh dimuat turun secara PERCUMA di http://www.ustazmelaka.net

Anak-anak adalah amanah dr Allah s.w.t dan ianya sebahagian dari ujian Allah s.w.t kepada kita hamba-hambaNya. Firman Allah s.w.t :
"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yg besar"(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)
Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yg malang ialah orang yg mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :
"Tahukah engkau siapakah orang yg mandul." Berkata para sahabat: "Orang yg mandul ialah orang yg tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yg mandul itu ialah orang yg mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." Maksud Al-Hadith

Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.


1. Kesilapan pertama - Kurang berdoa

1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yg digalakkan di amalkan semasa mengandung ialah ...
  • Saidul (penghulu) istighfar
  • Doa memohon rahmat. Al-Quran - Surah Ali Imran, 3 : 8-9
  • Doa memohon zuriat yg baik. Al-Quran - Surah Ali Imran, 3 : 38
  • Doa agar anak mengerjakan solat. Al-Quran - Surah Ibrahm, 14 : 40-41
1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yg digalakkan di amalkan semasa anak membesar ialah ...
  • Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t. Al-Quran - Surah Al-Baqarah, 2 : 128
  • Doa diberi zuriat yg menyejukkan hati. Al-Quran - Surah Al-Firqan, 25 : 74
  • Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Kesilapan kedua - Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti :
  • menakutkan anak-anak dengan sekolah
  • menakutkan dengan tempat gelap
  • menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
  • menggunakan kekerasan & paksaan semasa menyuruh anak tidur
3. Kesilapan ketiga - Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
  • tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
  • terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka
4. Kesilapan keempat - Menegur anak secara negatif
  • mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
  • membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain
5. Kesilapan kelima - Memberi didikan yg tidak seimbang antara jasmani, rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
  • ramai yg lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani
6. Kesilapan keenam - Kurang menberi sentuhan kepada semua anak-anak
  • Sedangkan Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.: Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yg tidak mengasihi tidak akan dikasihi." (Maksud Al-hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).

7. Kesilapan ketujuh - Penampilan diri yg kurang anggun dan kurang kemas
  • Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yg kemas dan yg menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.
8. Kesilapan kelapan - Susunan rumahtangga yg tidak kemas
  • Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9.Kesilapan kesembilan - Kurang menghidupkan sunnah di rumah
  • Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yg lebih baik dari salam yg diberi.

10. Kesilapan kesepuluh - Tidak menggantungkan rotan di tempat yg mudah dilihat oleh anak-anak
  • Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.
11. Kesilapan kesebelas - Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yg cemerlang
  • Seperti para ulama' dan oarang-orang yg berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yg bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas - Bertengkar depan anak-anak
  • Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas - Membenarkan orang yg tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
  • Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yg tidak baik kepada anak-anak yg masih membesar.

14. Kesilpan keempatbelas - Kurang mengawasi rancangan-rancangan yg ditonton
  • Samada dari TV ataupun radio. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yg kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yg tidak menepati syarak dan perbualan yg boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas - Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
  • Sebagai ibu bapa, kitalah yg akan di soal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu, adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Wallahu a'lam.

Renungan bersama,
Ummi B, As Sharifah (ummuBee@ustazmelaka.net)


Post a Comment

AshAnas said... November 3, 2009 at 2:29 PM

Astaghfirullahal azim... (Insaf, memohon keampunan dari-Nya)

adianiez AIDA said... November 3, 2009 at 4:06 PM

very good reminder kpd aida.
akan tingkat diri.

nadnye said... November 4, 2009 at 3:51 PM

bagus info nie.. kadang2 kita tahu dan selalunya terlupa dengan kegiatan dan kerja-kerja harian..

Ummi Salsabila said... November 5, 2009 at 2:08 AM

thanks akak..ingatkan kan kite..:(

Momma Mia said... November 5, 2009 at 8:48 AM

[To AshAnas, Aida, Nadnye & US]
Sesamala kite ingat mengingat kan ek.

 
Top