Semoga kelahiran anak momma kali nih tak kena Jaundis, Amin!! Artikel nih dapat masa Damia kena Jaundis. Tak sanggup rasanya melihat baby kena rawatan fototerapi tuh. kesian sesangat!!! Nak baca details citer Damia Click SINI JAUNDIS merupakan penyakit yang biasa dialami bayi yang baru dilahirkan. Lazimnya ia dapat dikesan selepas 24 jam bayi itu dilahirkan. Hari ini, sekitar 50 peratus bayi yang dilahirkan mendapat jaundis. Biarpun jaundis adalah suatu penyakit yang biasa dihidapi bayi namun ia boleh menjejaskan kesihatan bayi. Jaundis yang teruk, jika tidak ditangani dengan betul boleh mengundang risiko. Bayi boleh menjadi pekak dan kemungkinan kerosakan otak. Pakar Kanak-kanak Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, Selangor Dr. Roliza Ibrahim dalam satu pertemuan, menasihatkan ibu bapa jangan memandang ringan penyakit jaundis ini. “Jaundis berbahaya sekiranya bayi itu menghidap jaundis yang teruk dan kesannya boleh dilihat dalam proses perkembangan fizikal dan mental bayi...