Skip to main content

Posts

Showing posts with the label BF journey

Perjalanan Penyusuan Saya Dari Ibu Bekerjaya kepada WAHM

Alhamdulilah, syukur ya Allah atas nikmat yang Engkau berikan buat diriku, suami dan anak-anak. Pesanan saya buat semua ibu-ibu baru atau lama yang ingin menjayakan penyusuan.  " Percayakan diri sendiri... in shaa Allah susu yang anda hasilkan cukup untuk bayi anda.  B/feeding tu tak mudah.. tapi tak susah sebab semangat ibu-ibu yang menentukan kejayaan penyusuan anda.  Setiap orang punya cara yang berbeza untuk berjaya dan tiada satu pun cara yang boleh dinilaikan salah kerana setiap manusia mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri... pokok pangkal Jangan berputus asa!! " Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, Jika masih jauh dekatkanlah.  limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untu...

Cabaran Menyusu anak Kembar dari Kaca mata Suami - SUAMI AMBIL CUTI SETAHUN SEBAB MENYUSU

Speechless. Berfamili dengan matlamat yang luar biasa! Terharu bab 'balancing' kebapaan dan kesuamian to match keisterian dan keibuan. Tahniah Mohd Yazid Ismail dan isteri Widyana Ali. Terima kasih kerana berkongsi.  ----/ "SUAMI AMBIL CUTI SETAHUN SEBAB MENYUSU" (Nukilan mohd Yazid Ismail pada 25 Julai 2013) Bulan ni (Julai 2013) cukup setahun saya cuti dari mengajar. Ramai orang tanya kenapa cuti lama sangat? Saya jawab "MENYUSU". Memang ada yang pandang sinis dan fikir bukan2 bila dengar jawapan tu.. tapi sy senyum je. Mereka tak tahu keadaan sebenar. Banyak dugaan yg dilalui untuk sempurnakan 2 tahun penyusuan ni. Pada 8/10/2011 anak kembar kami dilahirkan pramatang. Dhia 2.07kg dan Fina 1.73kg. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun pembedahan dilakukan secara emergency. Tapi Fina kena tahan di NICU selama 3 minggu sebab tak cukup berat. Hari2 saya ulang alik dari Cheras ke hospital Putrajaya 2x kali sehari untuk...