Bismillahirrahmanirahim... Tinggal beberapa hari jer lagi kita bakal menyambut bulan Ramadhan.Apakah persediaan anda? Apa-apa pun jangan stress yer. Semoga sedikit panduan dari ~ DuniaSusuIbu ~ ini memberikan anda sinar serta semangat untuk lakukan yang terbaik buat Ramadhan kali ini. Happy Breastfeeding semua. S emoga segala urusan ibu-ibu yang menyusukan anak-anak dipermudahkan selalu. 1. Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah. YAKIN Allah yang beri susu. Bukan susu untuk ibu menyusu jenama ABC, XYZ atau sebarang produk lain. 2. Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”. 3. Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur. Nabi saw bersabda, Umatku tetap berada di dalam kebaikan, selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur". 4. Fokus pada ...