Sungguh ajaib jika difikirkan tentang proses pembentukan susu. Tiada kilang di dunia ini yang mempunyai teknologi canggih yang boleh memproses DARAH MERAH serta ZAT-ZAT Makanan menjadi susu putih. Inilah kehebatan dan kekuasaan Allah s.w.t Yang Maha Mencipta. Subhanallah!!! Apabila lahirnya seseorang bayi ke dunia, dia mesti menyesuaikan tubuh badannya dengan alam kehidupan yang baru. Semasa di dalam kandungan, segala perlindungan dan bekalan makanan telah diberikan oleh ibunya melalui rahim dan juga plasenta (uri). Namun, apabila dilahirkan semua perlindungan tersebut telah terputus dan ia memerlukan sesuatu sebagai ganti untuk perlindungan diri mereka. Selepas dilahirkan, tugas-tugas rahim dan plasenta telah diambil alih oleh makanan pertama yang mereka makan iaitu SUSU IBU. Penghasilan susu ibu ditentukan oleh sejenis hormon dalam badan ibu, iaitu Hormon Prolaktin . Hormon ini dirembeskan oleh kelenjar pituitari di otak yang akan meransang payudara untuk menghasilkan susu . Semas...