1. “Kamu diwajibkan berperang, sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka pada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Surah al-Baqarah, 2:216)
2. “Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah): sesungguhnya Aku amat dekat; Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah ia menyahut seruan-Ku, dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik dan betul“. (Surah al- Baqarah, 2:186)
3. “Sungguh, Allah tidak akan menzalimi seseorang walaupun sebesar dzarrah, dan jika ada kebajikan (sekecil dzarrah), niscaya Allah akan melipatgandakannya dan memberikan pahala yang besar dari sisi-Nya. (Surah An-Nisa, 4:40).
4. “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! Dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al’Rad, 13:28)
5. “Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran di sertai kemudahan.” (Surah al-Inshirah, 94:6).
Gais, kita bangkit sama-sama okey.
Semoga bermanfaat.
Salam Jumaat penuh barokah.
Comments