Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Info Penyusuan

Perjalanan Penyusuan Saya Dari Ibu Bekerjaya kepada WAHM

Alhamdulilah, syukur ya Allah atas nikmat yang Engkau berikan buat diriku, suami dan anak-anak. Pesanan saya buat semua ibu-ibu baru atau lama yang ingin menjayakan penyusuan.  " Percayakan diri sendiri... in shaa Allah susu yang anda hasilkan cukup untuk bayi anda.  B/feeding tu tak mudah.. tapi tak susah sebab semangat ibu-ibu yang menentukan kejayaan penyusuan anda.  Setiap orang punya cara yang berbeza untuk berjaya dan tiada satu pun cara yang boleh dinilaikan salah kerana setiap manusia mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri... pokok pangkal Jangan berputus asa!! " Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, Jika masih jauh dekatkanlah.  limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untu...

Cabaran Menyusu anak Kembar dari Kaca mata Suami - SUAMI AMBIL CUTI SETAHUN SEBAB MENYUSU

Speechless. Berfamili dengan matlamat yang luar biasa! Terharu bab 'balancing' kebapaan dan kesuamian to match keisterian dan keibuan. Tahniah Mohd Yazid Ismail dan isteri Widyana Ali. Terima kasih kerana berkongsi.  ----/ "SUAMI AMBIL CUTI SETAHUN SEBAB MENYUSU" (Nukilan mohd Yazid Ismail pada 25 Julai 2013) Bulan ni (Julai 2013) cukup setahun saya cuti dari mengajar. Ramai orang tanya kenapa cuti lama sangat? Saya jawab "MENYUSU". Memang ada yang pandang sinis dan fikir bukan2 bila dengar jawapan tu.. tapi sy senyum je. Mereka tak tahu keadaan sebenar. Banyak dugaan yg dilalui untuk sempurnakan 2 tahun penyusuan ni. Pada 8/10/2011 anak kembar kami dilahirkan pramatang. Dhia 2.07kg dan Fina 1.73kg. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun pembedahan dilakukan secara emergency. Tapi Fina kena tahan di NICU selama 3 minggu sebab tak cukup berat. Hari2 saya ulang alik dari Cheras ke hospital Putrajaya 2x kali sehari untuk...

3 Asas diri untuk Jayakan Penyusuan Susuibu

Setiap ibu/wanita mempunyai susu badan. Allah telah memberikan rezeki susu badan kepada semua ibu... Yakin dengan rezeki Allah dan anggap JIHAD jika pengalaman menyusukan anak menyakitkan, meletihkan, menyusahkan, meSTRESSkan, dll" ~ Prof Muhaya Pokok pangkal nak berjaya dalam perjalanan penyusuan kena  (1) UBAH CARA KITA FIKIR !! (2) BE +VE  (3) Selalu BERSANGKA BAIK DGN ALLAH !! Salam Sayang, Master Azlin Call / Whatsapp / SMS : 019-2682709   Email : azlin.mohdatan[@]gmail.com COD Shaklee : Shah Alam . Putra Height . Denai Alam . Bukit Jelutong . HICOM #FightforwhatmakesYOUhappy #superMakcorner

Set Breastfeeding Shaklee – Apakah Kelebihannya

Bismillahirrahmanirahim... Tahukah anda apa s et Breastfeeding Shaklee yang kini hangat diperkatakan? Ia adalah susunan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh seorang wanita, terutama ibu menyusu, kerana kita dapati tidak semua orang sedar akan pertambahan ‘keperluan nutrien’ bagi setiap ibu yang menyusukan anaknya. Lihat senarai ini: 1. Tenaga (kilokalori) • Wanita Normal : 2000 • Wanita Mengandung : + 150 – 350 • Wanita Menyusu : + 550 2. Protein (g) • Wanita Normal : 37 • Wanita Mengandung : + 13 • Wanita Menyusu : + 24 3 . Kalsium (mg): • Wanita Normal : 450 • Wanita Mengandung : + 750 • Wanita Menyusu : + 750 4. Ferrum (mg) : • Wanita Normal/Mengandung dan Menyusu : 28 5. Vitamin A (mcg) : • Wanita Normal/ Mengandung : 750 • Wanita Menyusu : + 450 6. Vitamin D (mcg): • Wanita Normal : 2.5 • Wanita Mengandung/Menyusu : + 7.5 7 . Thiamine (mg) : • Wanita Normal : 0.8 • Wanita Mengandung/Menyusu : + 0.2 8. Riboflavin (mg) : • Wa...

Hebatnya Susu Ibu

   Hebatnya Susu Ibu! by Rita Rahayu Omar, IBCLC Price: RM23, RM26 (Sabah & Sarawak) Antara kandungan dalam buku ini : Susu Ibu: Menyingkap misteri ‘cecair’ emas Susu ibu Vs susu formula Susu ibu bukan punca obesiti Tip elak bayi tersedak Tip menyusukan bayi jika melahirkan secara caesarean Ibu yang menyusukan bayi tak perlu berpantang makan Pesanan Wardina dalam buku ini  "... JANGAN SESEKALI BERKATA TIDAK CUKUP SUSU.." 5 aspek penting dlm penyusuan susu ibu ... Pegang 5 ni, insyaAllah anda pasti boleh berjaya dalam perjalan an penyusuan si manja anda ^_____________^ BERUSAHA!!! Kemahuan Komitmen Kekuatan mental Sokongan  Belajar dan membaca  

Jom HEBOH .. HEBOH...

  Bismillahirrahmanirahim...     PERCUMA JER !!! JOM JOM ... JOM HEBOH HEBOHHHHH...  

Cabaran Penyusuan buat ibu beranak kembar

Bismillahirrahmanirahim...   Salam penuh tulus ikhlas daripada saya buat semua teman-teman anggun jelitawan yang slalu sudi membaca Blog ini, moga kalian sentiasa dilindungi Allah swt, Amin~ *hugk* Hari ni nak suntik sedikit motivasi Penyusuan buat ibu-ibu ... walaupun Alin dah mencapai penyusuan 2 tahun, penyusuan susibu sesuatu topi yang Alin sangat enjoy & happy untuk sharing... ilmu kan. Mana tahu Allah kurniakan pula rezeki beranak kembar nanti... Ameen ya rab :) Hati ibu bapa mana yang tidak gembira apabila menimang bayi kembar, tak kira ler 2, 3 mahupun 4 sekali gus. Namun, di sebalik kegembiraan pasti sedikit sebanyak timbul rasa cuak bagaimana mahu menguruskannya - sedangkan seorang pun ...

Anda dah ganti pusa ke?? Jom start puasa

Bismillahirrahmanirahim... M emandangkan mlm ni dah masuk 1 Rejab.. dan bulan rejab ni bulan menyucikan diri.. Jom kita perbanyakkanlah istigfar & persiapan utk berpuasa Ramadan terutama buat ibu-ibu yang masih menyusu... Anda semua sudah membayar hutang puasa ker?? So apa ada dengan puasa dan penyusuan. Ramai ibu2 yang khuatir jika berpuasa itu menyebabkan gangguan kepada penghasilan susuibu... mommaMia juga dulu pk camtu. Hakikatnya berpuasa tidak mengganggu penyusuan JIKA si ibu sudah mempunyai persediaan yang rapi dari segi fizikal dan minda.   Jika kita sudah tahu yang keesokkannya kita akan berpuasa, maka pastikan malam itu kita mempunyai dinner yang seimbang dengan segala keperluan . Pastikan menu mengandungi sayur dan buah-buahan demi memastikan kita tidak sembelit during berpuasa . Serat sangat penting agar pembuangan menjadi lawas dan mengelakkan penyakit buasir. Pengambilan air perlulah disukat dengan sukatan yang khusus. Sebagai con...

RESULT ~ Miakididdles Giveaway - Cabaran Penyusuan si Manja

Bismillahirrahmanirahim... Cabaran Penyusuan si Manja Result dah ada yer... Keputusan penuh sila ke >> Blog Miakididdles Conway # susu ibu # So jom kita ikuti pengkongsian dari semua ibu-ibu hebat ini.... semoga mendapat manfaat & inspirasi... Remember walau susah senang kita semuanya dari Allah... mohon & yakin hanya padaNya. InsyaAllah Allah pasti bantu !! Pastikan juga anda tidak ponteng mengepam yer... kalo terponteng pandai-pandai gantikan semula sesi tuh, sebab mostly utk ibu-ibu baru anda akan rasai masuk bulan ke-5 susu anda akan drop sama ada sebab anda ponteng mengepam atau anak anda melalui fasa Growth Spurts. Walau apa jua dugaan melanda sabar & jangan stress yer!! pasti ada jalan untuk menyelesaikan setiap masalah...  Kisah 1:: Puteri aliyah at 13 months. she used to pronounce susu as shushu.  "ini kenangan semasa aliyah berusia 15 bulan, lebih kurang. masa tu aliyah dah minum formula, selang seli dengan ...

Alhamdulillah kami sudah berjaya grad Phd in breastfeeding

Bismillahirrahmanirahim... Alhamdulillah... alhamdulillah... sujud syukur kepadaMu ya Allah di atas keizinanMu untuk kami menyulusuri perjalanan breastfeeding selama 2 tahun seperti tuntutanMu...  Now, banyak soklan berlegar-legar kat otak ni... patut ke momma continue pumping ek?? dah boleh start ke bagi formula... berapa banyak ek... perlu ke momma balik menyusukan lil Dzakirah lagi ?? Tolong mommies \o/ yang dah ada pengalaman... bagaimana ek?? need URGENT advice plsssssssssssssss...  Kami doakan semoga anda juga akan berjaya utk breastfeeding 2 tahun... amin ya rab... yang diraikan  Dzakirah & Rafiqy both dilahirkan pada 1 April 2012 ” Ya Allah, panjangkanlah umur anak-anak kami ini, terangilah hatinya, teguhkanlah imannya, bagusilah amal perbuatannya, lapangkan rezkinya, dekatkanlah menuju kebaikan, jauhkanlah dari keburukan. Ya Allah, kabulkanlah doa kami ini, agar anak kami menjadi anak yang soleh dan ...

Tinggal 2 hari lagi momma nak dapat Phd in Breastfeeding

Bismillahirrahmanirahim... Alhamdulillah alhamdulillah... tinggal 2 hari lagi... di minggu-minggu terakhir ni dak tecik Dzakirah ni tak moh dah minum susu EBM momma dari botol nak direct feed jer... Slalu minum tak abis. Penat momma mengepam sayang... hehehe takpe momma akan tetap "degil" gigih mengepam tendum pumping dengan sayang yer....  Alhamdulillah hasil tendum pumping kami mlm smlm Masih cukup yer...  3x mengepam tendum pumping sehari  camni la momma dapat diakhir fasa ni Jom layan aksi budak yang nak grad ni juga... semakin genius mengacau si kakak sampai sanggup gigit badan kakak Damia... heheh sian kakak dah kena buli skarang adik kena sayang kakak Damia tau!!! ".. breastfeed baby memang akan camni tau... "

The Outsider's Edge MommaMia dalam Penyusuan 2 Tahun Lil Dzakirah

Artikel pilihan:: Mengapa mereka yang dalam keadaan susah dan tertekan AKAN BERJAYA?  Oleh: Irfan Khairi  Saya ada baca buku ini yang agak menarik "The Outsider's Edge" oleh Brent D Taylor. Buku tersebut menerapkan konsep mengenai mereka yang tesisih dan mereka yang gagal... lagi mudah mencapai kejayaan! Dalam buku tersebut di beri contoh Oprah Winfrey, bagaimana daripada seorang anak yatim piatu, menjadi billionaire.  Kalau nak tengok contoh terdekat, bagaimana Tan Sri Mokhtar Bukhary daripada hidup susah di rumah papan tanpa katil, menjadi seorang billionaire. Mengapa mereka yang dalam keadaan susah dan tertekan, akan berjaya? Jawapannya - the Outsider's Edge. Maksudnya, mereka yang terasa diri terasing, akan mempunyai semangat yang luar biasa untuk berjuang mencapai kejayaan. Dari segi motivasi, mereka yang gagal, terbuang, tersisih daripada keramaian akan mempunyai satu motivasi yang hebat untuk keluar dari kepompong kesusahan dan kemiskinan. Dari per...

Mendaki Gunung 7...Tujuh puncak yg perlu didaki oleh seseorang sebelum memulakan sebarang usaha

Imam AlGhazali menyenaraikan tahap-tahap berikut utk menjadi seorang usahawan. Tapi sedar tak anda bahawa tip 7 Gunung ini boleh digunakan dalam apa jua yang bakal anda usahakan terutama dalam penyusuan si manja ... Cuba anda relatekan. memiliki ilmu asas dan ilmu utk mengenal sesuatu (bidang khusus yg dipilih) taubat dari dosa2 yg lalu tahan menghadapi godaan tabah mengharung rintangan ada kuasa pendorong muhasabah diri atas kelemahan dan kecacatan akhlak memuji dan bersyukur ke hadrat Allah SWT     7 tahap ini sering dikenali sebagai gunung 7.. iaitu 7 puncak yg perlu didaki oleh seseorang utk menyediakan diri sebagai seorang hamba Allah yg taat dan patuh pada Tuhannya sebelum memulakan sebarang usaha/pekerjaan... Renung2kan dan dalami maksud setiap 7 tahap tersebut dan applykan... InsyaAllah tiada apa yg mustahil...     Credit :: MamaCery - extract dari buku yang beliau baca (langkah usahawan terbilang nukilan Dr Fadzillah ...

Alhamdulillah, kami semakin hampir... lil Dzakirah menyusu dengan susu ibu 2 tahun

 Preciuos moment semasa di children centre Empire Thanks abang for this lovely piccas... Selesai menyusu kita ucap... Alhamdulillah Semalam genap 1 tahun 11 bulan our breasfeeding journey. Allhamdulillah, Alhamdulillah... Alhamdulillah syukur ya Allah.   Breastfeeding ni tak mudah kan, mommies2?? tapi... ia juga tak susah kalo kita mahu kan?!! Nantikan entry penyusuan perjalanan penyusuan mommaMia sepanjang 2 tahun bermula March ini, InsyaAllah.  Happy breastfeeding.

Perhatian :: Bahaya sedak susu & punca yang perlu anda tahu!!

Ibu bapa usah panik, pelajari CPR sebagai persediaan saat cemas!   KES bayi tersedak susu sebenarnya sering berlaku. Namun keadaan ini yang boleh dikawal dengan teknik tertentu, menjadi sesuatu yang amat ditakuti berikutan meningkatnya laporan kes bayi yang mati akibat tersedak susu.    Umum mengetahui tumbesaran awal bayi bergantung sepenuhnya kepada pemakanan berbentuk cecair iaitu susu. Sebaik dilahirkan, bayi yang masih kecil perlu secara automatik menyelaraskan mulut, bibir dan lidah untuk menyedut susu.    Faktor yang boleh mengganggu penyusuan bayi dan menyebabkan tersedak ialah gejala seperti selesema, bayi tidak cukup bulan, tidak sihat atau menyusukan bayi dalam keadaan yang tidak betul. - Dr Anthony James Mansul, Perunding Pediatrik Pusat Perubatan Prince Court. Selepas menelannya, ia perlu diselaras pula dengan otot di belakang tekak. Semua proses itu jika difikirkan, sangat rumit bagi seorang bayi kerana ia...