Skip to main content

RESULT ~ Miakididdles Giveaway - Cabaran Penyusuan si Manja

Bismillahirrahmanirahim...

Cabaran Penyusuan si Manja Result dah ada yer... Keputusan penuh sila ke >> Blog Miakididdles Conway

# susu ibu #

So jom kita ikuti pengkongsian dari semua ibu-ibu hebat ini.... semoga mendapat manfaat & inspirasi... Remember walau susah senang kita semuanya dari Allah... mohon & yakin hanya padaNya. InsyaAllah Allah pasti bantu !!

Pastikan juga anda tidak ponteng mengepam yer... kalo terponteng pandai-pandai gantikan semula sesi tuh, sebab mostly utk ibu-ibu baru anda akan rasai masuk bulan ke-5 susu anda akan drop sama ada sebab anda ponteng mengepam atau anak anda melalui fasa Growth Spurts.

Walau apa jua dugaan melanda sabar & jangan stress yer!! pasti ada jalan untuk menyelesaikan setiap masalah... 

Kisah 1:: Puteri

aliyah at 13 months. she used to pronounce susu as shushu. 
"ini kenangan semasa aliyah berusia 15 bulan, lebih kurang. masa tu aliyah dah minum formula, selang seli dengan susu ibu. pada masa tu, ilmu breastfeeding saya agak kurang, bila dah cukup setahun, rasa nak give up tu memang tinggi la. perlahan- lahan saya wean off aliyah. tak ada masalah pun, dia tak berapa nak demand pun bila saya tak offer. bila saya dan aliyah dah ready, saya pun mula travel untuk kerja. yang pertama pergi banda aceh. walaupun saya dah stop mengepam, saya masih breastfeed aliyah di rumah selepas kerja dan pada waktu malam. jadi, saya tak mahu susu kering begitu saja. saya bawak pam pegi banda aceh, tapi saya tak plan untuk bawak pulang susu yang dipam. saya bangun malam dan subuh untuk pam, dan *insert tears here* buang. emosi saya memang terganggu. rasa kesal, sedih, rasa bodoh pun ada. 
tiba hari nak pulang ke KL, saya bersiap awal, mahu lekas pulang. saya tak mahu pun pergi beli souvenirs. kalau boleh subuh2 lagi nak pergi airport. tapi ahli rombongan nak jugak pegi beli souvenir. dan teka? teka la! WE MISSED THE FLIGHT! apa lagi, depan- depan semua orang saya menangis! menangis! menangis! flight banda aceh- kL ni sehari seketul je pulak! satu malam lagi di banda aceh??! orang lain ingat saya sedih pasal anak ditinggal di KL (itu pun betul juga) tapi diaorang tak tau yang saya memang dah emosional pasal buang susu tu! aiyayayaya! bos saya masa tu, ambik keputusan cari flight ke medan, dan ambik pulak flight medan ke KL. bila dah boarding, ada pulak yang gatal mulut bersuara "hai puteri ni, tak sabar ye nak balik KL". saya jawab "saya ada yang tersayang tunggu, i am not sure about you!" lepas jawab gitu, rasa menyesal ok. tapi takla menyesal sangat pasal sebab mamat ni la kitaorang terlepas flight. sibuk sangat nak pegi beli souvenirs! padahal sebulan sekali pegi banda aceh! hmmph!

Kisah 2 ::  Nidya Ned

Saya pernah alami zaman stok EBM yang melimpah ruah sehinggakan terbeli deep freezer semata-mata nak simpan EBM yang banyak tu. Malangnya stok yang dlm deep freezer tu semuanya rosak dek kerana tangan kecil anak sulong yang suka main bukak tutup suis deep freezer. Habis semua usaha mengepam susu selama ini. Tinggallah yang stok dalam peti ais biasa sahaja. Malang berganda pulak lepas tu pintu peti ais tu pulak tak tutup rapat. Rosak lagi stok EBM tersayang.

Walaubagaimanapun pada saya yang paling mencabar ialah berpunca dari diri sendiri. Sungguh mencabar rasanya nak menangani masalah malas nak mengepam susu secara konsisten. Seperti yang kita maklum kurang permintaan (pam atau direct feeding) maka kuranglah pengeluaran. Jadi sampai sekarang tak terganti stok-stok yang rosak tu sebab susu pun dah tak semeriah dulu.

Pesanan untuk pembaca dan diri sendiri, rajin-rajinkanlah mengepam susu secara konsisten. Demi anak-anak anda yang disayangi!

Jemputlah singgahlah blog saya, saya ada cerita pasal ini >> http://www.milkymommy.com.my/cabaran-dalam-penyusuan/

Kisah 3 :: Lily

OOhhh tidak, susu ku mula merundum, semakin hari semakin sikit, semalam dapat jugak 2 oz, pagi nie ini aje yang dapat.... adakah????? ooh tidak, biar aja ayat tu tergantung...., hari nie terpaksalah ambil stok beku kat umah mak........ 
Kisah susu tumpah pula >> http://lily280477.blogspot.com/2011/11/susu-ibu.html

Nanti kisah-kisah yang lain juga... dan mostly nantikan pengkongsian Cabaran Penyusuan mommaMia dari 0-2 tahun, InsyaAllah.

Comments