Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Ikon Wanita

Senarai 5 Ikon Wanita Zaman Moden Pilihan Team Telekung Siti Khadijah

5 Ikon Wanita di zaman moden ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri dalam menyebarkan syiar Islam bagi mengekalkan kesucian Islam itu sendiri. Inisiatif mereka dalam membangunkan diri mereka sendiri seharusnya dipuji dan dijadikan panduan yang mana mereka seterusnya dapat memberi dorongan dalam membantu insan yang lain. Semoga dengan lahirnya Ikon Wanita ini menjadi pembakar semangat buat wanita-wanita di zaman era pemodenan ini mencapai kejayaan bukan sahaja di dunia malah untuk akhirat nanti. InsyaAllah. #1 Prof. Dr. Muhaya Mohamad Beliau berjaya meletakkan dirinya sebagai wanita Islam pertama mendapat pengiktirafan sebagai ahli Fellow Royal College of Surgeons (FRCS) Edinburgh. Kejayaan demi kejayaan yang ditempa sehingga membawa kepada pelbagai pengiktirafan, sudah cukup untuk menggambarkan betapa sosok ini telah mengecap suatu legasi kejayaan yang sering diimpikan oleh semua orang. Itulah Dr. Muhaya.  Beliau mengatakan kerjaya sebagai dokt...

Senarai 5 Ikon Wanita Sejarah Islam Pilihan Team Telekung Siti Khadijah

Senarai yang disediakan hanya mewakili pilhan yang dipersetujui secara bersama oleh Team SK dan tidak bertujuan untuk memberi kesan negatif dari aspek susunan. Senarai hanyalah pendapat bersama Team SK bagi tujuan memberi manfaat bersama secara kolektif. “Wanita seindah hiasan, seindah hiasan adalah wanita solehah” Allah swt memuliakan wanita di dalam Al-Quran dengan menamakan surah An- nisa'. Begitulah istimewa dan hebatnya wanita. Sempena Hari Wanita pada kali ini, SK ingin berkongsi ikon atau srikandi Islam di zaman Rasulullah yang boleh dijadikan ikutan. Semoga perkongsian ini dapat membantu para wanita agar menjadi wanita solehah dan memberi anjakan paradigma dalam diri setiap muslimah demi memperbaiki diri ke arah yang lebih baik di samping mengamalkan syariat Islam. "Tangan yang menghayun buaian mampu mengoncang dunia" #1 Saidatina Khadijah Binti Khuwailid Seorang isteri sejati, muslimah yang dengan segenap kemampuan dirinya berkorba...