Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Tips Penyusuan

3 Tips Kami suntik "kaw kaw" untuk Ceraikan Susu Anak

Perhatian korang, s iapa kat sini masih menyusu baby? Kita geng taww. Mama Alin masih susukan imam muda Ammar (1 tahun 3 bulan) dan lil solehah Darwisyah (3 tahun 5 bulan). Alhamdulillah. Ehh siapa sini ada niat atau on the way plan nak ceraikan susu anak? Meh duduk rapat rapat share tips plssss. So far hari ni genap 1 mingu lil genius Darwisyah dah bersekolah di tahun 2017. Walau kami belum cerai susu sepenuhnya, tanda tanda tu makin ceroh dah. Phewww, takpe slo slo. Kami pilih guna teknik psikologi jer. Takmoh la letak macam-macam sebagai pelakon extra sebab imam muda Ammar masih menyusu. 3 tips yang kami suntik kaw kaw adalah (1) Beritahu lebih awal dan ulang skrip setiap hari 2 bulan sebelum naik sekolah memang dah hint awal awal kat anak dara ni. "Icha dah besar, nak pergi school tak boleh dedek lagi taw". "Hhmmm, ok". Tu jer respon dari anak dara ni. Pastu selamba jer dia nak menyusu. Ikut suka hati. Rasa makin kerap dan lebih lebih pulak dari adiknya. Uishhh...

10 Cara Hentikan Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,  Disini nak kongsi 10 cara praktikal yang saya cuba dan orang kata boleh lakukan untuk membantu menghentikan penyusuan susuibu. So far semua dah buat cuma no.10 jer belum cuba lagi. 1. Jangan tawar dan jangan tolak Ia merupakan cara paling selamat dan efektif untuk berpisah susu. Barikan susu apabila anak minta dan jangan sesekali menolak jika anak mahu menyusu. 2. Mengubah rutin harian Anak kita pasti mempunyai rutin harian untuk menyusu. Contohnya dia akan menyusu jika kita berada di sofa yang selalu diduduki. Oleh itu, elakkan diri daripada duduk di sofa berkenaan agar dia lupa tentang rutin yang biasa dilakukan. 3. Pertolongan daripada ayah Ayah perlu memainkan peranan dengan mengalihkan perhatian anak yang mahu menyusu dengan melakukan aktiviti lain seperti menonton program televisyen kegemarannya, bermain alat permainan kesukaannya, membaca buku atau aktiviti yang diingininya ketika itu. 4. Alihkan perhatiannya ...

Perjalanan Penyusuan Saya Dari Ibu Bekerjaya kepada WAHM

Alhamdulilah, syukur ya Allah atas nikmat yang Engkau berikan buat diriku, suami dan anak-anak. Pesanan saya buat semua ibu-ibu baru atau lama yang ingin menjayakan penyusuan.  " Percayakan diri sendiri... in shaa Allah susu yang anda hasilkan cukup untuk bayi anda.  B/feeding tu tak mudah.. tapi tak susah sebab semangat ibu-ibu yang menentukan kejayaan penyusuan anda.  Setiap orang punya cara yang berbeza untuk berjaya dan tiada satu pun cara yang boleh dinilaikan salah kerana setiap manusia mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri... pokok pangkal Jangan berputus asa!! " Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, Jika masih jauh dekatkanlah.  limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untu...

Tips Menyusukan Bayi dengan Susu Ibu Sehingga Dua Tahun - Anak Kembar

Perkongsian dari  Widyana Ali . Bismillah. dengan rendah diri saya kongsikan di sini serba sedikit pengalaman saya menyusukan si kembar saya Dhia Illiyin & Fina Illiyin. 1.Proses penyusuan memerlukan persediaan mental & fizikal. Pasang niat dan azam untuk menyusukan bayi sehingga dua tahun sejak awal kehamilan. 2.Beli gadget keperluan asas dalam penyusuan sebelum kelahiran bayi seperti breastpump, deep freezer, milk storage bottles dsb. 3.Banyakkan pembacaan mengenai penyusuan drpd buku,laman web,artikel dsb. 4.Beritahu suami anda niat untuk menyusukan bayi sehingga dua tahun dan pinta sokongan moral drpdnya. 5.Beritahu doktor/hospital tmpat anda akan bersalin bhw anda mahu menyusukan bayi anda nanti supaya bayi tidak diberikan susu formula di nurseri bayi selepas dilahirkan. 6.Setelah bayi dilahirkan, terus susukan bayi anda bagi memastikan si manja dapat kolostrum awal susu ibu (berwarna kuning pekat) 7. Susukan bayi sekerap yang mungkin...

Cabaran Menyusu anak Kembar dari Kaca mata Suami - SUAMI AMBIL CUTI SETAHUN SEBAB MENYUSU

Speechless. Berfamili dengan matlamat yang luar biasa! Terharu bab 'balancing' kebapaan dan kesuamian to match keisterian dan keibuan. Tahniah Mohd Yazid Ismail dan isteri Widyana Ali. Terima kasih kerana berkongsi.  ----/ "SUAMI AMBIL CUTI SETAHUN SEBAB MENYUSU" (Nukilan mohd Yazid Ismail pada 25 Julai 2013) Bulan ni (Julai 2013) cukup setahun saya cuti dari mengajar. Ramai orang tanya kenapa cuti lama sangat? Saya jawab "MENYUSU". Memang ada yang pandang sinis dan fikir bukan2 bila dengar jawapan tu.. tapi sy senyum je. Mereka tak tahu keadaan sebenar. Banyak dugaan yg dilalui untuk sempurnakan 2 tahun penyusuan ni. Pada 8/10/2011 anak kembar kami dilahirkan pramatang. Dhia 2.07kg dan Fina 1.73kg. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun pembedahan dilakukan secara emergency. Tapi Fina kena tahan di NICU selama 3 minggu sebab tak cukup berat. Hari2 saya ulang alik dari Cheras ke hospital Putrajaya 2x kali sehari untuk...

3 Asas diri untuk Jayakan Penyusuan Susuibu

Setiap ibu/wanita mempunyai susu badan. Allah telah memberikan rezeki susu badan kepada semua ibu... Yakin dengan rezeki Allah dan anggap JIHAD jika pengalaman menyusukan anak menyakitkan, meletihkan, menyusahkan, meSTRESSkan, dll" ~ Prof Muhaya Pokok pangkal nak berjaya dalam perjalanan penyusuan kena  (1) UBAH CARA KITA FIKIR !! (2) BE +VE  (3) Selalu BERSANGKA BAIK DGN ALLAH !! Salam Sayang, Master Azlin Call / Whatsapp / SMS : 019-2682709   Email : azlin.mohdatan[@]gmail.com COD Shaklee : Shah Alam . Putra Height . Denai Alam . Bukit Jelutong . HICOM #FightforwhatmakesYOUhappy #superMakcorner

4 Amalan Ibu Imam Ghazali buat ibu-ibu Menyusu.

Sumber gambar : majalah IMAN Bismillahirrahmanirahim Dengan  nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang Surah  Luqman  (  Luqman  ) 1.   Alif Lam Mim  ( hanya Allah yang tahu ). 2.   Inilah ayat-ayat Al-Qur’an yang mengandung hikmah, 3.   Sebagai petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang berbuat kebaikan, 4.  ( yaitu ) orang-orang yang melaksanakan shalat, menunaikan zakat dan mereka meyakini adanya akhirat. 5.  Merekalah orang-orang yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. 6.   Dan di antara manusia ( ada ) orang yang mempergunakan percakapan kosong untuk menyesatkan ( manusia ) dari jalan Allah tanpa ilmu dan menjadikannya olok-olokan. Merak itu akan memperoleh azab yang menghinakan. ---/ 17.  Wahai anakku! Laksanakanlah shalat dan serulah ( manusia ) berbuat yang makr...

Tip untuk banyakkan air susu ibu

selamat beramal !! so jgn sedih2... sedih pun bole buat susu jadi kurang..

Set Breastfeeding Shaklee – Apakah Kelebihannya

Bismillahirrahmanirahim... Tahukah anda apa s et Breastfeeding Shaklee yang kini hangat diperkatakan? Ia adalah susunan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh seorang wanita, terutama ibu menyusu, kerana kita dapati tidak semua orang sedar akan pertambahan ‘keperluan nutrien’ bagi setiap ibu yang menyusukan anaknya. Lihat senarai ini: 1. Tenaga (kilokalori) • Wanita Normal : 2000 • Wanita Mengandung : + 150 – 350 • Wanita Menyusu : + 550 2. Protein (g) • Wanita Normal : 37 • Wanita Mengandung : + 13 • Wanita Menyusu : + 24 3 . Kalsium (mg): • Wanita Normal : 450 • Wanita Mengandung : + 750 • Wanita Menyusu : + 750 4. Ferrum (mg) : • Wanita Normal/Mengandung dan Menyusu : 28 5. Vitamin A (mcg) : • Wanita Normal/ Mengandung : 750 • Wanita Menyusu : + 450 6. Vitamin D (mcg): • Wanita Normal : 2.5 • Wanita Mengandung/Menyusu : + 7.5 7 . Thiamine (mg) : • Wanita Normal : 0.8 • Wanita Mengandung/Menyusu : + 0.2 8. Riboflavin (mg) : • Wa...

Hebatnya Susu Ibu

   Hebatnya Susu Ibu! by Rita Rahayu Omar, IBCLC Price: RM23, RM26 (Sabah & Sarawak) Antara kandungan dalam buku ini : Susu Ibu: Menyingkap misteri ‘cecair’ emas Susu ibu Vs susu formula Susu ibu bukan punca obesiti Tip elak bayi tersedak Tip menyusukan bayi jika melahirkan secara caesarean Ibu yang menyusukan bayi tak perlu berpantang makan Pesanan Wardina dalam buku ini  "... JANGAN SESEKALI BERKATA TIDAK CUKUP SUSU.." 5 aspek penting dlm penyusuan susu ibu ... Pegang 5 ni, insyaAllah anda pasti boleh berjaya dalam perjalan an penyusuan si manja anda ^_____________^ BERUSAHA!!! Kemahuan Komitmen Kekuatan mental Sokongan  Belajar dan membaca  

6 Tip Efektif - Susukan Si Kembar

  Bismillahirrahmanirahim... Oleh: Editorial PaMa Tarikh: 12 Disember 2011    Sememangnya diakui menyusukan si kembar boleh menimbulkan kesukaran kepada ibu. Maklum sahajalah, kebiasaannya ibu hanya menyusukan seorang bayi tapi kali ini berganda pula. Walau apa pun masalahnya, namun jika disertakan dengan niat yang ikhlas, perkara susah akan jadi senang. 1. Pelaburan Menguntungkan Antara langkah awal yang perlu dilakukan untuk memastikan diri berjaya menyusukan sepenuhnya si kembar ialah anda perlu melabur! Pelaburan yang dimaksudkan ialah membeli pam payu dara yang berkualiti. Dengan memiliki pam yang bagus, anda dapat meningkatkan penghasilan susu. Anda pasti berpuas hati dengan hasilnya nanti. Kebanyakan ibu yang memiliki anak kembar menyarankan penggunaan pam elektrik berganda. Ia mampu memerah susu di kedua-dua belah payu dara pada satu-satu masa. Pam yang bagus mungkin boleh mencecah ratusan rin...

Jangan menyerah !! Making more MILK is easy !!!

Bismillahirrahmanirahim...  klik gambar utk lebih jelas

19 Panduan Persediaan Ibu Menyusu dibulan Ramadhan

Bismillahirrahmanirahim... Tinggal beberapa hari jer lagi kita bakal menyambut bulan Ramadhan.Apakah persediaan anda?  Apa-apa pun jangan stress yer. Semoga sedikit panduan dari ~ DuniaSusuIbu ~ ini memberikan anda sinar serta semangat untuk lakukan yang terbaik buat Ramadhan kali ini.   Happy Breastfeeding semua. S emoga segala urusan ibu-ibu yang menyusukan anak-anak dipermudahkan selalu. 1. Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah. YAKIN Allah yang beri susu. Bukan susu untuk ibu menyusu jenama ABC, XYZ atau sebarang produk lain. 2. Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”. 3. Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur. Nabi saw bersabda,  Umatku tetap berada di dalam kebaikan, selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur". 4. Fokus pada ...