Perkongsian dari Widyana Ali.
dengan rendah diri saya kongsikan di sini serba sedikit pengalaman saya menyusukan si kembar saya Dhia Illiyin & Fina Illiyin.
1.Proses penyusuan memerlukan persediaan mental & fizikal. Pasang niat dan azam untuk menyusukan bayi sehingga dua tahun sejak awal kehamilan.
2.Beli gadget keperluan asas dalam penyusuan sebelum kelahiran bayi seperti breastpump, deep freezer, milk storage bottles dsb.
3.Banyakkan pembacaan mengenai penyusuan drpd buku,laman web,artikel dsb.
4.Beritahu suami anda niat untuk menyusukan bayi sehingga dua tahun dan pinta sokongan moral drpdnya.
5.Beritahu doktor/hospital tmpat anda akan bersalin bhw anda mahu menyusukan bayi anda nanti supaya bayi tidak diberikan susu formula di nurseri bayi selepas dilahirkan.
6.Setelah bayi dilahirkan, terus susukan bayi anda bagi memastikan si manja dapat kolostrum awal susu ibu (berwarna kuning pekat)
7. Susukan bayi sekerap yang mungkin bagi mengelakkan bayi anda terkena jaundis.
8. Dua minggu selepas bersalin, anda sudah boleh mula mengepam dan menyimpan stok ebm untuk dihantar kepada pengasuh/nurseri.Jgn lupa labelkan susu (tarikh,nama ank & masa)
9.Jangan lupa latih bayi anda untuk minum susu ebm melalui botol selepas umur sebulan. Elakkan penggunaan botol terlalu awal supaya bayi tdk keliru puting dan menolak direct feeding.
10.Selepas habis cuti bersalin, hantar susu ebm di dalam botol storage mengikut sukatan oz yg bayi anda minum. cth: 5botolx 3oz bekalan utk jam 8pg-5ptg.Jumlah oz akan meningkat seiring dgn peningkatan umur bayi anda.
11. Pada awal masa anda mula bekerja, anda akan dapati susu sangat banyak bila diperah. Jadi jangan skip pumping session. Buat jadual pump smasa di ofis mengikut kesesuaian waktu bkerja. cth: pkul 6pg,9pg,12tgh,3ptg,5ptg.
Disiplin sangat penting dlm pumping.Bila anda skip satu sesi, otak akan dapat signal bhw susu tidak perlu dihasilkan byk.Jadi kilang susu akan slowkan production.
Lagi kerap anda skip, lagi merudum susu.
12. Biasakn tandem nursing. Bagi yang menyusukan seorang bayi, boleh susu sebelah pump sebelah. Kenapa? Otak akan hantar signal pada kilang susu bahawa anda memerlukan supply yg banyak seolah2 anda sedang menyusukan kembar. Jadi susu akan dihasilkan lebih byk.
13. Sekiranya susu merudum jangan stress. cuba troubleshoot apa yg buat susu anda merudum. Skip sesi pump?Skip meal? Stress? dsb. Tarik nafas pnjg2. Doa pd Allah. Positif!
14. Sekiranya stok susu semakin berkurang atau tidak cukup utk dihantar ke nurseri, jangan stress. bertenang dan termenung sekejap di depan peti ais sambil tenung stok susu. tarik nafas. selawat. doa. cakap pd diri: sy boleh!
Korbankan masa tidur anda dan pump di waktu malam 1-6pagi..bg menampung stok ebm.
15. Bersedia menempuh dugaan2 di dlm breastfeeding cth: luka, melecet, bengkak, saluran susu tersumbat, demam dsb. Sabar tabah dan kuat. Jangan jadikan dugaan2 ini sebab berhenti menyusu. Lagi banyak dugaan lagi banyak PAHALA yg ibu dapat.
16. Jangan stress. Letak target utk mnyusukan bayi sehingga 6bln,12bln,18bln,24bln. Yg terbaik hingga 2thn. Jangan sebut ayat2 yg demotivate mcm "susu sy kurang/ sy xde masa/ penatlah". Ayat2 negativ ni akan merangsang otak utk ikut apa yg kita cakap. Percakapan adalah satu doa.
17. Demand vs supply adalah konsep asas penyusuan. Lagi banyak demand lagi banyak susu akan dihasilkan.cth lagi kerap anda pump/direct feed lg byk susu dihasilkan.
18. Banyakkan minum air kosong. makan buah& sayur.makan kurma.
19.Jangan skip waktu makan. Anda perlu makanan berzat dan seimbang untuk terus menyusukan bayi anda.
20. Yakinlah dengan Allah. kerana Allah lah yang Maha Memberi Rezeki. Selalu doa dan merintih mohon pertolonganNya bagi memudahkan proses penyusuan anda.
Mama Bashir & Illiyins
(14 Disember 2013)
Comments