Hari ni nak berkongsi tentang tips untuk mengurangkan Stretch Mark selepas bersalin. Tetapi sebelum itu nak tanya uols apa itu Stretch Mark?! Sama ke Stretch Mark dengan selulit ni? Sebab ada yang kata sama malah ada yang kata berberza. Jom kita tengok pencerahan dari abang sado kita Kevin Zahri tentang perbeza kedua-dua ni. :: Stretch Mark :: Kehadiran stretch mark adalah disebabkan kulit badan meregang terutamanya bagi wanita yang mengandung dan juga yang mengalami pertambahan berat badan. Bagi wanita mengandung, semakin besar kandungan maka makin besarlah regangan. :: Selulit :: Selulit pula terjadi akibat pembentukan lemak dan air di bawah kulit yang bercantum dengan collagen di kawasan-kawasan tertentu badan. Kebiasaannya ia berpunca dari pemakanan yang tidak sihat yang dilakukan oleh seseorang individu. Selain daripada itu, ia juga berpunca dari keturunan di mana wanita yang kurus dan mengamalkan hidup yang sihat juga mengalami masalah selulit. Jelas, jelas??...