Hari ni nak berkongsi tentang tips untuk mengurangkan Stretch Mark selepas bersalin. Tetapi sebelum itu nak tanya uols apa itu Stretch Mark?!
Sama ke Stretch Mark dengan selulit ni? Sebab ada yang kata sama malah ada yang kata berberza. Jom kita tengok pencerahan dari abang sado kita Kevin Zahri tentang perbeza kedua-dua ni.
:: Stretch Mark ::
Kehadiran stretch mark adalah disebabkan kulit badan meregang terutamanya bagi wanita yang mengandung dan juga yang mengalami pertambahan berat badan. Bagi wanita mengandung, semakin besar kandungan maka makin besarlah regangan.
:: Selulit ::
Selulit pula terjadi akibat pembentukan lemak dan air di bawah kulit yang bercantum dengan collagen di kawasan-kawasan tertentu badan. Kebiasaannya ia berpunca dari pemakanan yang tidak sihat yang dilakukan oleh seseorang individu. Selain daripada itu, ia juga berpunca dari keturunan di mana wanita yang kurus dan mengamalkan hidup yang sihat juga mengalami masalah selulit.
Jelas, jelas?? Sangat berbeza kan.
Jadi, antara cara yang boleh diamalkan jika nak kurangkan kesan Stretch Mark selepas bersalin ini ialah :
1. Setiap kali sebelum menyapu gel pengempis perut atau campuran kapur dan air limau nipis, sapukan dulu losyen di perut. Losyen tersbut bukan sahaja membantu mempercepatkan tanda hitam diperut hilang, ia juga membantu melembabkan kulit. Pilihan saya Krim Herba Blend Multipurpose Cream.
Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki. Juga masalah gatal-gatal kulit dapat diatasi. no more garu-garu!! Ianya Dingin, bermentol dan tidak berminyak. Diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary. Yang best its ORGANIC and PARABEN Free!!
2. Minum air suam atau air panas mengikut kuantiti yang disyorkan iaitu 2 liter sehari. Oh ya... saya tau. Ada diantara kita yang terpaksa bertekak dengan ibu atau ibu mertua yang sangat tegas tentang soal berpantang sehinggakan tidak boleh minum air masak dengan banyak sewaktu didalam pantang bersalin. Namun begitu, perlu saya ingatkan, kesannya agak tidak bagus buat jika uols kurang minum air kerana amalan ini bukan sahaja boleh mengurangkan pengeluaran susu badan tapi juga menyebabkan kulit uols menjadi kering akibat kekurangan air selain dari masalah sembelit.
3. Amalkan pemakanan yang baik. Di sarankan ambil supplemen untuk kulit seperti vitamin A, C, E, kolagen dan protien.
Walau apa sekali pun, sebenarnya cara terbaik untuk atasi Stretch Mark ini adalah melalui pencegahan. Alhamdulillah, kini kehamilan nak masuk 8 bulan, stretch Mark saya sangat-sangat minor dan yang paling best juga kaki tak bengkak. Kalau masa kehamilan ke-3 rasa dah macam kaki gajah dah bila masuk 8 bulan. Mungkin faktor banyak bergerak gak kot tu. Tapi ranya sejak WAHM ni lagi banyak bergerak berbanding masa bekerja dulu.
Nasihat saya pada bakal-bakal ibu, cuba luangkan sedikit masa untuk menyapu losyen diperut dan di bahagian lain badan yang mudah mengalami regangan untuk mengelakkan stretch mark dari berlaku serta mula amalkan pemakan yang baik seawal masa hamil lagi.
Juga, jika ada terasa gatal diperut, paha, pinggul dan punggung terutama sewaktu didalam tempoh hamil, jangan sekali-kali menggarunya. Sebaliknya ambil losyen dan sapu ditempat yang terasa gatal. Ingatlah, mencegah lebih mudah dari menghilangkannya kerana untuk menghilangkan stretch mark, peratus kejayaannya amat kecil sekali.
Dapat sesuatu?
Berminat nak harga jimat atau nak cuba jana inkam? Wasap Alin di 019-2682709. Klik di sini untuk fast feedback.
Comments