Hari ini anak-anak sikit-sikit nak mama jer. Nak tidur nak mama, nak makan nak mama, nak mandi nak mama, nak segalanya pasti nak mama disisi. Walau sesusah mana kita, anggap Allah sedang nilai setiap kesusahan kita. Setiap peluh, tangisan, letih, sakit badan, sakit kepala semuanya akan diberi ganjaran pahala yang sangat besar. Jom baca pesanan Ebit Lew yang ni. Sesama kita para ibu mencari kekuatan untuk sentiasa berimpian menjadi wanita Syurga. In shaa Allah, niat murni kita diberkatiNya. ---/ Muhasabah wanita syurga 110913 (Ebit Lew | 24 August) Nasihat buat isteri wanita pejuang agama. Baca dan Fahamilah kerana wanita pernah mendapat salam dari Allah sendiri yakni Khadijah RA. Khadijah sangat kaya tapi dia mencintai Allah dan Rasul yakni suaminya sendiri sehingga ketika hendak pejamkan mata dari dunia tiada apa yang tinggal melainkan baju yang bertampal. kata Syeikh Tariq Jamil tidak kura...