5 Ikon Wanita di zaman moden ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri
dalam menyebarkan syiar Islam bagi mengekalkan kesucian Islam itu
sendiri. Inisiatif mereka dalam membangunkan diri mereka sendiri
seharusnya dipuji dan dijadikan panduan yang mana mereka seterusnya
dapat memberi dorongan dalam membantu insan yang lain. Semoga dengan
lahirnya Ikon Wanita ini menjadi pembakar semangat buat wanita-wanita di
zaman era pemodenan ini mencapai kejayaan bukan sahaja di dunia malah
untuk akhirat nanti. InsyaAllah.
#1 Prof. Dr. Muhaya Mohamad
Beliau berjaya meletakkan dirinya sebagai wanita Islam pertama mendapat
pengiktirafan sebagai ahli Fellow Royal College of Surgeons (FRCS)
Edinburgh. Kejayaan demi kejayaan yang ditempa sehingga membawa kepada
pelbagai pengiktirafan, sudah cukup untuk menggambarkan betapa sosok ini
telah mengecap suatu legasi kejayaan yang sering diimpikan oleh semua
orang. Itulah Dr. Muhaya.
Beliau mengatakan kerjaya sebagai doktor
memberi peluang pada kita untuk melakukan amal jariah. Adakalanya kita
akan bertemu dengan pesakit yang susah, jika kita beri dia lima puluh
sen pun dia terima. Itulah antara kata-kata yang terus menusuk dalam
minda saya sehingga mengubah impian hidup demi mengejar kebajikan dalam
bekerja,” kata seorang pakar perubatan Oftalmologi, ahli akademik serta
pakar motivasi yang tidak asing lagi di tanah air kita ini. Ikuti laman
web Prof. Dr. Muhaya > http://drmuhaya.com/
#2 Wardina Safiyyah
Wardina Safiyyah pula adalah antara selebriti popular terkenal Malaysia.
Wajahnya dikenali ramai, personalitinya cukup disenangi. Wardina
dikenali dan sinonim dengan imej seorang ibu yang prihatin dan sering
menjadi ikutan ramai remaja wanita dan ibu muda. Di sebalik
kelembutannya, Wardina juga dikenali sebagai seorang lantang dan tegas
bersuara. Wardina tidak gentar dalam membicarakan apa yang benar.
Beliau
merupakan seorang bekas pelakon. Wardina bergiat aktif menyertai
pelbagai program kemasyarakatan bersama NGO, badan kerajaan dan bukan
kerajaan untuk bersama-sama berganding bahu, bersama sesiapa sahaja bagi
mengajak masyarakat mengubah diri dan pemikiran kepada perkara-perkara
yang positif dan baik. Wardina juga gemar menghabiskan masanya menyertai
program-program ilmu dan agama secara tidak formal untuk memantapkan
diri sebagai seorang Muslim. Ikuti laman web Wardina Safiyyah > http://www.wardinasafiyyah.com/
#3 Fatimah Syarha Mohd Noordin
Wanita muda yang menggunakan pendidikan ilmu dakwah melalui penulisan
cinta. Nama beliau mula dikenali di bibir kerana penulisan dan kini
secara lisan melalui medium dakwah. Beliau dan suami Dr. Farhan Hadi
adalah penulis novel bersama ‘Cinta High Class’. Berkelulusan UIAM
jurusan Kulliyyah Ilmu Wahyu & Sains Kemanusiaan, pengkhususan Fiqh
dan Psikologi. Beliau juga menjadi ko-editor 'ANAKKU HEBAT ANAKKU
SOLEH'. Wanita yang menjadikan 'Lailahaillallah Muhammadurrasulullah'
sebagai prinsip hidup ini amat menitik- beratkan nilai-nilai keindahan
agama dalam penulisannya. Beliau menjadikan bidang penulisan sebagai
landasan untuk menyebarkan syiar Islam. Ikuti blog Fatimah Syarha > http://sebarkanbahagia.blogspot.com/
#4 Ustazah Nor Hafizah Musa
Beliau merupakan seorang pensyarah dari UTM, penceramah motivasi,
personaliti TV9, Astro dan Radio IKIM. Wajah keibuan dan cara
penyampaian lembut, sifat yang sentiasa besederhana dengan pemakaian
yang mengikut syariat menjadikan diri beliau mampu dicontohi dengan
semua imej yang diberikan dan membawa inspirasi kepada para pendengar
dan menonton. Sifat yang ditonjolkan menggambarkan diri beliau cuba
mencontohi sifat semua ikon wanita Islam. Ikuti Ustazah Nor Hafizah melalui laman facebook.
#5 Dato’ Siti Nor Bahiyah Mahmood
Beliau merupakan pakar motivasi dalam bidang kekeluargaan dan
terkenal menerusi rancangan “Semanis Kurma” di Tv9. Mendapat pendidikan
di Universiti al-Azhar, Mesir dalam jurusan Pengajian Islam dan Bahasa
Arab seterusnya memulakan karier sebagai seorang pendakwah yang
berkebolehan. Berbekalkan ilmu, pengalaman serta teknik penyampaian yang
berkesan, merupakan aset utama beliau dikenali ramai di kalangan
masyarakat.
Beliau sangat komited terhadap bidang pendakwahan secara
profesional. Sentiasa berfikiran positif dalam menangani isu-isu yang
berkaitan dalam rumahtangga disamping idea-idea baru dan cara yang
paling berkesan di dalam menjaga keharmonian rumahtangga. Beliau
menjadikan institusi kekeluargaan sebagai salah satu cara menyampaikan
konsep Islam yang sebenar bagi melahirkan generasi baru yang mengikut
konsep Islamiah. Ikuti Ustazah Siti Nor Bahiyah di facebook
P.S Senarai yang disediakan hanya mewakili pilhan yang dipersetujui
secara bersama oleh Team SK dan tidak bertujuan untuk memberi kesan
negatif dari aspek susunan. Senarai hanyalah pendapat bersama Team SK
bagi tujuan memberi manfaat bersama secara kolektif.
Comments