Skip to main content

Gestational Diabetes, Diabetes Pada Masa Kehamilan yang anda perlu tahu

Gestational Diabetes Melitus (GDM) - semasa kehamilan merupakan keadaan di mana kandungan gula dalam darah tinggi semasa hamil dan ia dialami oleh sesetengah wanita.  Ia adalah keadaan dimana badan kita tidak berupaya untuk memproses gula dalam badan, menyebabkan badan tidak dapat makanan yang secukupnya. Sekiranya kencing manis tidak dirawat, ia boleh menjadi serius dan membahayakan bayi dalam kandungan. Sekiranya tidak dapat dikawal dengan baik, bayi mungkin menjadi terlalu besar dalam rahim meyebabkan kesukaran untuk melahirkan dan boleh menjurus kepada pembedahan ceasarean.


Apakah bezanya antara diabetes semasa kehamilan dengan diabetes yang lain?

Di luar kehamilan, diabetes dikelaskan sama ada jenis 1 (Diabetes Melitus bersandarkan insulin, IDDM) atau jenis 2 (Diabetes Melitus tidak bersandarkan insulin, NIDDM). Sebanyak 10% pesakit Diabetes menghidap Diabetes jenis IDDM. Bagi kes IDDM, insulin yang dihasilkan oleh sel b-islet di dalam pankreas adalah tidak mencukupi atau tiada langsung. Manakala bagi NIDDM, reseptor insulin yang tidak sensitif dianggap menjadi penyebab utama masalah ini dan pesakit NIDDM biasanya gemuk.

Semasa kehamilan, kesan insulin akan terganggu sedikit oleh berbagai-bagai hormon yang dihasilkan oleh uri. Ini dikenali sebagai rintangan insulin. Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan “human placental lactogen” akan menyekat pengeluaran insulin. Ia biasanya bermula pada pertengahan kehamilan (20-24 minggu). Pada masa ini uri semakin membesar dan mengeluarkan hormo dengan banyaknya dan menyebabkan gula kebal kepada insulin. Bagi kebanyakan wanita, uri dapat menghasilkan insulin tambahan untuk mengatasi rintangan insulin. Jika ia gagal maka GDM akan berlaku. Biasanya pesakit akan pulih selepas melahirkan anak. Walau bagaimanapun pesakit menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap Diabetes kemudian nanti.
 
Risiko-Risiko

Beberapa faktor yang boleh menjurus kepada kencing manis semasa mengandung. Anda akan mempunyai risiko yang tinggi sekiranya:

  1. Anda pernah mengalami kencing manis semasa kandungan terdahulu.
  2. Berlebihan berat badan
  3. Wanita yang lebih berusia
  4. Wanita yang mempunyai penyakit darah tinggi
  5. Wanita yang pernah menlahirkan bayi 4 kg ke atas
  6. Wanita yang mempunyai ayah dan ibu yang mengidap kencing manis
Gejala
Bagi kebanyakan wanita, gestational diabetes menyebabkan tanda atau gejala nyata. Gestational diabetes juga dapat menyebabkan rasa haus yang berlebihan atau buang air kecil yang meningkat.

Bagaimana Ia Dirawat?

Anda perlu mengawal tahap gula dalam darah. Ini dilakukan dengan mengamalkan diet yang optimal. Kurangkan pengambilan karbohidrat sementara makan makanan yang mengandungi banyak vitamin dan zat galian, seperti sayur-sayuran dan bijirin. Amalkan senaman setiap hari.
  1. Awasi berat badan. Berbagai-bagai jenis penyakit boleh berlaku akibat kegemukan, khususnya ketika mengandung. Dalam hal ini setiap wanita perlu mengawasi timbang beratnya supaya sepadan dengan ukuran tingginya.
  2. Kawalan makanan khususnya makanan yang mengandungi pula dan zat kanji seperti nasi, roti atau mi adalah sangat penting ketika mengandung. Pemakanan ini perlu dikawal dengan rapi dan tidak boleh diambil berlebihan kerana dikhuatiri akan berlaku penyakit kencing manis dan darah tinggi. Sebaliknya makanan waktu hamil hendaklah mengandungi bahan atau zat protein, vitamin dan zat logam seperti besi yang terdapat dalam daging, ayam, sayur-sayuran dan bijian kacang.
  3. Lakukan senaman aerobik sederhana (contoh berjalan kaki cergas) selama 30 minit sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali seminggu atau, jika boleh, setiap hari.
  4. Mengamalkan pemakanan sihat
Sekiranya gula masih tidak dapat dikawal, doktor mungkin menyarankan pengunaan insulin. 97-98% wanita yang menalami kencing manis semasa mengandung akan kembali normal selepas bersalin. Walaubagaimana, segelintir dari mereka mempunyai risiko untuk mengalami kecing manis semasa lebih berusia. Sekiranya anda mampu untuk mengawalkan kencing manis ini semasa hamil, peluang untuk mendapat anak yang sihat adalah tinggi.

Bagaimana pengambilan Shaklee dapat membantu?

Kami mencadangkan pengambilan Eu-Four-Pack bersama ESP untuk ibu mengandung yang mempunyai diabetes. Jom lihat fungsinya satu persatu.
  • Vita-lea Iron formula : Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal. Membantu meningkatkan Hb ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.
  • B complex : lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil. Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress ,menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.
  • Vitamin C : membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Penambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh
  • Ostematrix : kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsium yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan.
  • Energizing Soy Protein : rendah lemak, bukan GMO dan protein biologi lengkap yang mengandungi kesemua sembilan asid amino penting. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. Berindeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3
Berminat nak Alin bantu, meh lekas Wasap Alin di 019-2682709. 

:: Sumber rujukan ::
  1. http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/masalah-hamil/144-kencing-manis-semasa-hamil.html 
  2. http://doktersehat.com/gestational-diabetes-diabetes-pada-masa-kehamilan/ 
  3. http://abimuslih.wordpress.com/2007/08/27/risiko-kandungan-gula-glokosa-meningkat-semasa-mengandung/

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Comments

Asna said…
saya detected as GDM pregnancy mum...1st baby pun kena jugak..2nd ni pun awal2 pun dh ada..Now, 5 1/2 mnths pregnant n saya amik kesemua saranan yg tersenarai...gembira dgr bila semua tu dpt membantu selain diet control..:)
alinalan said…
@ Asna - thanx for sharing sis. semoga dipermudahkan segala urusan sis yer.