Gestational Diabetes Melitus (GDM) - semasa kehamilan merupakan keadaan di mana kandungan gula dalam darah tinggi semasa hamil dan ia dialami oleh sesetengah wanita. Ia adalah keadaan dimana badan kita tidak berupaya untuk memproses gula dalam badan, menyebabkan badan tidak dapat makanan yang secukupnya. Sekiranya kencing manis tidak dirawat, ia boleh menjadi serius dan membahayakan bayi dalam kandungan. Sekiranya tidak dapat dikawal dengan baik, bayi mungkin menjadi terlalu besar dalam rahim meyebabkan kesukaran untuk melahirkan dan boleh menjurus kepada pembedahan ceasarean. Apakah bezanya antara diabetes semasa kehamilan dengan diabetes yang lain? Di luar kehamilan, diabetes dikelaskan sama ada jenis 1 (Diabetes Melitus bersandarkan insulin, IDDM) atau jenis 2 (Diabetes Melitus tidak bersandarkan insulin, NIDDM). Sebanyak 10% pesakit Diabetes menghidap Diabetes jenis IDDM. Bagi kes IDDM, insulin yang dihasilkan oleh sel b-islet di dalam pankreas adalah...