Skip to main content

The Outsider's Edge MommaMia dalam Penyusuan 2 Tahun Lil Dzakirah

Artikel pilihan:: Mengapa mereka yang dalam keadaan susah dan tertekan AKAN BERJAYA? Oleh: Irfan Khairi 

Saya ada baca buku ini yang agak menarik "The Outsider's Edge" oleh Brent D Taylor. Buku tersebut menerapkan konsep mengenai mereka yang tesisih dan mereka yang gagal... lagi mudah mencapai kejayaan! Dalam buku tersebut di beri contoh Oprah Winfrey, bagaimana daripada seorang anak yatim piatu, menjadi billionaire. 

Kalau nak tengok contoh terdekat, bagaimana Tan Sri Mokhtar Bukhary daripada hidup susah di rumah papan tanpa katil, menjadi seorang billionaire. Mengapa mereka yang dalam keadaan susah dan tertekan, akan berjaya?

Jawapannya - the Outsider's Edge.

Maksudnya, mereka yang terasa diri terasing, akan mempunyai semangat yang luar biasa untuk berjuang mencapai kejayaan. Dari segi motivasi, mereka yang gagal, terbuang, tersisih daripada keramaian akan mempunyai satu motivasi yang hebat untuk keluar dari kepompong kesusahan dan kemiskinan.

Dari perkataan "Outsider" menunjukkan mereka yang "diluar"... Jadi di situ lah kita dapat lihat juga, mengapa ada orang Indonesia datang ke Malaysia jalankan perniagaan menjadi Jutawan. Bagaimana mereka yang hidup susah, tetapi diberi peluang, mencapai kejayaan yang cemerlang. Mereka yang gagal dalam perniagaan berkali-kali boleh berjaya juga akhirnya.  

Bagi diri saya juga, apa yang memotivasikan saya untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan Internet adalah kegagalan saya 10 tahun lalu di mana saya hanya mendapat 3 pelanggan selama setahun. Bila terasa diri tersisih, atau gagal, maka, di situ timbul semangat luar biasa untuk berjaya.

--------

Itu kata Irfan Khairi, Jutawan Internet. Bagi mommaMia pula bukan ler sebab tersisih atau terasing, tapi apa yang memotivasikan untuk kejayaan perjalanan penyusuan SusuIbu untuk lil Dzakirah sepanjang 2 Tahun adalah sebab "ketiadaan persediaan - mental & fizikal" semasa menyusukan kakak Damia. Persediaan hanya dari persiapan untuk bersalin dan pakaian baby tapi tentang Ilmu penyusuan "so-so" jer... 

Ilmu penyusuan digali semasa di dalam berpantang, akibatnya apa jua yang melanda terutama bila susu drop, susu EBM cair atau bila mengandung semasa menyusukan Damia, kita tak tahu apa nak buat... siapa perlu dirujuk. Dah terkena baru menggelabah untuk bertindak, akibatnya stresss, menyerah dan ikut jer apa orang kata.

Titik tolak dari pengalaman itulah, mommaMia bangkit \o/
  • Tetapkan matlamat & pasang niat untuk buat lebih baik. Hanya SusuIbu 2 tahun. Bila MATLAMAT jelas, walau apa jua penyakit "M" - malas, moody...  kita akan mudah muhasabah & fokus semula. Malas hanya akan wujud jika individu itu tidak nampak dengan jelas matlamat hidupnya.
  • lebih bersemangat menggali ilmu seawal mengandung lil Dzakirah 2 bulan sehinggalah kini. Knowledge is power - dengan ilmu kita akan lebih bersedia untuk berjuang andai dilanda badai susu tak keluar selepas bersalin... andai kekok untuk melekap dengan baby... andai bayi keliru puting... Dengan ilmu kita akan berjuang sepenuhnya untuk baby... bukan menyerah... mengalah dan menyumbat susu formula kepada baby!!
  • Jaga MINDSET - always think +ve yang susu sentiasa ada.. NEVER think susu kurang/susu tak cukup. Elakkan berada dalam keadaan stress/penat... BF is all in your mind :)
  • Gagal sekali tak bererti gagal selamanya kan?? Kita yang MEMILIH untuk menjadi lebih baik atau tak dari sebelumnya. 
  • Sentiasa memohon & berdoa dengan Allah - Semoga kita diberi sekeping hati yang "degil" dan cekal untuk terus berusaha dan menjayakan penyusuan susu ibu untuk lil Dzakirah.
 Alhamdulillah...

Kalau kita belum mencapai kejayaan cemerlang, mungkin juga kerana kita belum pernah gagal-segagal-gagalnya yang memaksa kita ke dalam keadaan Outsider's Edge untuk timbulkan semangat luar biasa!

Semoga anda juga akan berjumpa dengan your "Outsider's Edge" !! Gambate'. 
Kami menyusu dimana-mana shj.

Comments