Skip to main content

Kisah benar Puteri, road to pendapatan 4 angka... Alhamdulillah

Bismillahirrahmanirahim...
 
Beri lalulan.. beri laluan... ni kisah benar yer. Pengalaman cik Puteri tiba-tiba jer jadi distributor Shaklee... Perkongsian yang sangat santai. jemput baca semua ek... Ada ke sesipa yang merasakan seperti Puteri tuh??
"setiap hari saya menjenguk blog "dia"... bila jenguk mesti nk order ahaha! magnet ok!"
Maaf ler yer kalo ada yang terasa begitu, tapi percaya ler mommaMia niat untuk berkongsi... tiada paksaan kan? Bila anda dah cuba anda sendiri tahu akan keberkesanannya. Benda baik kita perlu berkongsi kan... hihi masa dia bgtau dulu rasa nak tergelak pun ada... Tahniah sis dah berjaya perolehi pendapatan 4 angka.
 
Jom zashhh... sesiapa yang berminat nak dapatkan COD dari Puteri anda boleh dapatkan di area Wangsa Maju, KLCC, Dayabumi... how to contact her, feel free to terjah her blog PUTERI. Jangan takut bermimpi yer kawan-kawan. Semoga impian kami utk fulltime "WAHM" akan tercapai... soooooooooooon \o/. Berminat nak join group kami?? Terjah sini & sinun.

peristiwa 1
semestinya bermula sebagai pengguna, sebab kalau saya sendiri tak suka dengan produk shaklee, takde la saya nak jadi distributor pun. bermula sebagai pengguna semasa dalam pantang adam, saya tak boleh berenti pulak order vitamin2 dari momma mia. dan disebabkan blog momma mia penuh sarat dengan info yang saya cari terutama nya tentang breastfeeding & pumping & pumping while travelling, hampir setiap hari saya menjenguk blog dia. bila jenguk mesti nk order ahaha! magnet ok!

peristiwa 2
lepas menghabiskan duit kat blog momma mia, saya share lah kebaikan2 vitamin yang sama ambik dengan kawan- kawan, terutama yang sedang breastfeeding ni. tak lama pun, kawan- kawan start order sendiri dengan momma mia, full pack dan sebagainya. saya tukang sembang je la. sembang tak bergaji ahahaha!

peristiwa 3
dan kemudian saya daftar sebagai ahli, sangat untung sebab saya memang tak miss order tiap bulan terutamanya ESP. confirm every month beli. dan satu hari saya dapat la bonus (hanya sebagai pengguna/ahli) sebanyak 24 hengget! teruja ok, sebab ni first time dapat bonus sbb shopping! sapa nk kasi kan? but anyway saya memang senang teruja ahahaha! so memang ada yang kata, hek? 24 hengget je?? alhamdulillah.

peristiwa 4
peristiwa 4 ni signifikan sangat pasal ini adalah turning point kepada matlamat saya dari sekadar jd pengguna- member/ distributor pasif kepada distributor aktif. peristiwanya berkaitan dengan musim saya-tanak-pegi-opis. kan ada musim2 gitu kan? hari- hari rasa masalah je nak pegi opis. masalah2 kat opis pun rasa besar sangat. hari- hari balik opis mengomel je. pegi lunch pun mengomel je pasal keje. saya dengan kawan baik saya di opis ler tu, berduet mengomel. letih ok! letih pasal hari- hari cakap, esok takde perubahan pun. rasa down dan negatif je. apa kes ni? one day, saya decided, ok, saya dah malas nak spend energy mengomel. baik aku cari distraction! something yang kepala otak leh fikir selain masalah opis. something yang seronok untuk kita sembang masa lunch atau masa naik lrt! tadaaaa teringat bonos 24 hengget ittew! mungkinkah 24 hengget menjadi 240 hengget? bukan lagi mungkin, dah jadi kenyataan pun!

the rest are they say is history. tapi saya nak pandang ke depan, tak mau jadi sebahagian dari sejarah yg berkubur pulok! saya belajar macam- macam dengan momma mia, dah hari- hari jadi semakin indah *ahahahaha over khen??* ini cerita yang seronok2 aje lah. yang tak seronok mesti lah ada, tapi semua tu pengajaran dan cabaran. saya decided nak buat side income ni secara serius dalam bulan december 2011. dan bulan february lepas daripada RM24, saya dapat merasa side income 4 figure yang pertama. bonus tengah- tengah bulan pulak tu shaklee kasi, memang la meriah dan rasa seronok sangat. again, saya memang senang je nak happy kot?!

anyway, kawan baik saya amek keputusan untuk aktif kembali sbg perunding unit trust. dia berangan nak pegi istanbul katanya masa kami mula bincang pasal side income. nampak gaya dia dapat pegi istanbul dulu kot, sebab unit trust ni tak main ler 24 ringgit je kan? main ribu riban. tapi memang menjadi sebab dia sendiri suka dgn product unit trust tu. sama juga dengan saya. saya suka product shaklee. dan alhamdulillah, kami berdua masih going strong untuk increase side income setiap bulan. dan saya tak rasa, saya akan jual unit trust sbb tak pandai bab ni. buat benda yang saya pandai je la. paling best sebab saya dapat share kebaikan product ni dengan lebih ramai orang, dan paling happy bila customer dapat benefit kepada kesihatan mereka.

dan daripada sekadar mahukan side income, saya dah berazam untuk pergi lebih jauh kerana nampak gaya nothing is impossible. objektif terbesar ialah untuk spend lebih banyak masa dengan anak- anak bila aliyah start ke sekolah tadika dalam 1 tahun lagi. saya mahu beroperasi dengan business shaklee ni daripada rumah saja, tak perlu bersesak dalam lrt, dan bergegas sana sini. ya Allah, makbulkan lah impian saya. doakan saya ya! amin...

saya dah tengok cery dapat lakukannya, kenapa tidak saya? gittew!

jangan takut bermimpi!

 Have faith in yourselves, 
Have faith in whatever you do, 
and most important have faith in Allah 
kerana Allah Maha Pemberi dan Maha Mengetahui apa yg terbaik buat hamba2Nya.....
Apa jua yg kita sedang lalui, sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama kita..
..
Have a nice and productive day ahead...
(^_-)

Comments