Jumaat - 9.4.2010
Sabtu - 10.4.2010
Ahad - 11.4.2010
- Confirm Dzakirah kene jaundis fisiologikal with bilirubin reading agak tinggi dlm 360. Dulu Damia 342 jer. Mengikut Doktor Roliza (DEMC) Dzakirah patut kena tahan di hospital. Since momma tak nak berpisah dgn Dzakirah, momma insist to have Home Phototheraphy dgn syarat we ouls kene g hospital esok ptg utk doktor monitor reading bilirubin Dzakirah.
- Dalam kul 5pm, Home Phototheraphy Services sampai rumah & hantar mobile phototheraphy light. Then, Alat fototerapi dipasangkan & cara-cara menggunakan alat & menjaga baby semasa berfototerapi ditunjukkan. Perkara yg perlu dilakukan mudah, TETAPI begitu penting untuk keselesaan & kesejahteraan baby anda.
- Tepat jam 7.30pm, Dzakirah start sesi fototerapi dibawah lampu biru. 4 jam yg pertama memang waktu penyeksaan utk jiwa & raga momma. Sapa tahan mendengar tangisan si anak teresak-esak & memanggil2 minta diambil. Urusan persiapan fototerapi semua Abang yg uruskan sbb momma dah tau apa akan jadi next... 1-2 jam pertama, momma berjaya melawan segala suara negatif yg memujuk utk mengambil Dzakirah dr lampu biru. Masuk jam ke-3 momma dah tak tahan, emo emo... sian anak momma. Abang yg perasan terus tenangkan momma & bgtau that momma kene kuat semangat & make sure that Dzakirah hanya akan melalui 1x fototerapi jer meaning esok tak bleh kene tahan masuk hospital. Momma & Abang kene sesama tolong Dzakirah...
- After 4 hours, lampu biru ditutup & momma dapat memeluk, membelai, menyusukan & menukar lampin Dzakirah. Dzakirah juga dah start poh poh. Then sambung lagi sesi fototerapi. Most of the time Abang & nenek yg uruskan Dzakirah i.e bagi susu via botol sbb Dzakirah tak mau minum kalo momma bagi. Momma tak prasan biler momma terlelap.
Sabtu - 10.4.2010
- Kul 4 am, momma terjaga. Nenek bgtau that dah tukar pampers Dzakirah 2x. So total 3x. Abang pun dah terlelap kat depan bilik. Siannya momma tengok. Nenek pun dah tak larat. So momma take turn plak jaga Dzakirah.
- Kalo ikut 16 jam, sesi fototerapi tamat jam 11am, but after tolak campur masa off kan lampu biru masa menyusu/tukar pampers, we decided to end the session dlm kul 2pm. Most of the time Dzakirah menyusu di bawah lampu biru sbb we oul nk make sure she gets the 16 hours as instructed by Dr. Roliza.
- We ouls bertolak to DEMC dlm kul 3pm utk ujian darah Dzakirah & antibiotics injection for Damia. Alhamdulillah, ujian darah Dzakirah menunjukkan penurunan tahap bilirubin dlm darah from 360 to 253. Dr. Roliza says its good and Dzakirah tak perlu datang lagi esok utk ujian darah. Hanya datang on 3rd day (Monday morning) for final blood test.
- Fototerapi hari nih bersambung semula dalam kul 7.30pm. Sesi fototerapi hari nih tak se-stress spt smlam. Dzakirah juga dah tak nangis2. Most of the time, Dzakirah tido & uwek bila nak menyusu jer.
Ahad - 11.4.2010
- Kul 8.30 am, we stop the fototerapi. Then, Dzakirah momma susukan & mandikan. Almost 1 hour we spent time togehter-gether.
- Sesi Fototerapi diteruskan sehingga esok pagi. Plan to stop at 8.30am. Mlm ni juga abang akan balik to Bukit Mertajam, bas kul 10.30pm. So mlm ni momma & nenek akan take turn jaga Dzakirah.
Isnin - 12.4.2010
- Jam 12.30 - 2.30 am, Dzakirah asyik poh poh jer. Ni membuatkan Dzakirah on/off bawah lampu biru. Dzakirah juga asyik menangis everytime we ouls put her under the blue light. Momma kuatkan hati & cakap kat Dzakirah hanya tinggal beberapa jam jer lagi we ouls akan off the blue light. Bertahan yer. Emo jap... Sib baik dlm 4.30 am Dzakirah manage to sleep sampai pagi. Momma yg tak bleh tido. Harap masa ujian darah nnti bacaan bilirubin Dzakirah turun lagi.
- As promise to Dzakirah, by 8.30 am, we stop the fototerapi. Then, Dzakirah momma susukan dulu & baru mandi dgn nenek. By 10.00 am we oul bertolak to DEMC. Sampai jer, org ramai la plak. Then g amik darah. Dzakirah kuat. Tak nangis pun masa amik darah. Sayang Dzakirah.
- Dalam kul 11.30 am baru dpt jumpa Dr. Roliza. Dr puji sbb bacaan Dzakirah menujukkan byk penurunan dari 360 >> 253 >> 159. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Anak momma dah bebas dr Jaundis. Thank you Allah sbb byk beri momma kekuatan utk melalui sesi2 fototerapi dgn Dzakirah. Its not easy peasy. Terima kasih juga to Abang dan nenek atas sokongan & dorongan serta teman2 yg mendoakan Dzakirah & Damia cepat sembuh.
- Dr. Roliza juga check Damia skali. Dr. kata Damia dah sihat & x de infection kat anak tekak lagi. Alhamdulillah.
" Thank you Allah sbb sembuhkan kami dua beradik...
thank you juga to Dr. Roliza, staff nurse & aunty-aunty yg doakan kami cepat sembuh.
Damia & Dzakirah sayang momma & abah!!!
thank you juga to Dr. Roliza, staff nurse & aunty-aunty yg doakan kami cepat sembuh.
Damia & Dzakirah sayang momma & abah!!!
Fakta ttg fototerapi di rumah from momma point of view :
- Ibu bapa tak stress sangat akibat berpisah dgn baby & berulang alik ke hospital. Anak2 yg lain juga tidak perlu berpisah dgn ibu mereka lebih lama drpd sepatutnya.
- Penyusuan ibu tak terganggu. Dgn ibu di samping baby, penyusuan lebih teratur & kerap.
- Baby memerlukan sentuhan & belaian kerap ibunya. Fototerapi di rumah membantu ibu memberi perhatian yg semaksimum krn baby sentiasa ada di depan ibu.
- Fototerapi di rumah juga selamat berdasarkan kajian2 yg dibuat di luar negara & di malaysia.
- Berfototerapi di rumah juga mudah dilakukan & berkesan apabila peralatan yg sesuai disediakan
- Boleh menjimatkan sehingga 75% kos rawatan keseluruhan berbanding rawatan hospital.
Sesiapa yg berminat utk Home phototheraphy Services bleh dapatkan maklumat dr doktor anda atau menghubungi 03-7957 8137 atau 012-395 1311.
Comments
sweetnye damia n dzakirah.dua2 chubby!
kalau kena tahan kat hospital, mesti tensen giler..
kalau kat rumah, scr tak langsung, hubby pun boleh tolong sama2 pantau baby..hati kita pun senang..
very good gurl Dzakirah ye...
banyak turun tu.. ;)
Sweet je tgk dua beradik tu :)
kadar harga dia ikut pakej 3 hari bukan kira 1 hari. keseluruhan 3 hari termasuk penghantaran, pemasangan & pengambilan RM445. Deposit RM300 masa mesin dihantar ke rumah. Sekurang2 ada option lain kan utk rawatan jaundis nih selain di hospital
Geram tgk budak bedua tuh kalo main sesama nnti...